Kini negara sedang hangat apabila ada pelawak asal Singapura Jocelyn Chia yang membuat lawak biadap menghina Malaysia dan rakyatnya. Lebih melampaui batas Jocelyn Chia ini memperlekeh insiden kehilangan pesawat MAS MH370 sehingga beliau sendiri kini dikecam oleh netizen di seluruh dunia.
Beliau yang buta sejarah juga sangat berbangga kononnya Singapura kini lebih maju dari Malaysia yang didakwanya ditinggalkan Malaysia begitu sahaja tanpa bantuan.
Jelas beliau bukan sahaja tidak pandai membuat lawak tetapi fakta dalam kandungan ‘lawak’nya juga jauh tersasar mengenai bagaimana Singapura berpisah dari Malaysia. Beliau berkata “Singapura mendapat kemerdekaan daripada British” sedangkan realitinya Malaysia yang memperoleh kemerdekaan dan bukannya mereka.
Walaupun tetap mempertahankan lawaknya yang kononnya tidak dapat diterima ramai kerana mereka terlalu serius, namun hakikatnya Jocelyn tidak memiliki kualiti dan mentaliti warga sebuah negara yang maju. Sebaliknya beliau memiliki low class mentality dan sukar mengikis sikap ‘kiasu’ dalam dirinya yang menebal kerana berasa lebih baik dari orang lain.
Malah kerajaan Singapura juga telah meminta maaf dan berkata bahawa pelawak biadap itu bukan lagi rakyat negaranya. Selain itu, rakyat negara maju itu sendiri malu dan bersyukur Jocelyn bukan lagi rakyat mereka kerana telah memalukan Singapura dengan lawak biadapnya.
Bagi rakyat dan kerajaan Singapura, Jocelyn ini hanyalah ‘sampah’ yang memalukan negara mereka. Lebih malang buat Jocelyn, rakyat dan netizen Singapura sendiri tidak dapat menerima ‘lawak’ beliau sehingga turut mengecam Jocelyn sebagai biadap, melampau dan tidak sensitif dengan tragedi MH370.
Justeru, tentu malang Amerika Syarikat yang dikatakan telah menerima “individu sampah” dan rasis seperti Jocelyn sebagai warganegaranya, kerana beliau bukan sahaja biadap, malah tidakpun memiliki kualiti dan mentaliti rakyat sebuah negara maju.
Apapun kita tunggu sama ada Jocelyn berani membuat lawak mengenai tragedi 9/11 ataupun tidak, kerana tentu beliau bukan sahaja akan ditangkap, silap haribulan kewarganegaraannya akan dibatalkan.
Kasihan Jocelyn.