PROGRAM JALINAN MESRA KOMUNITI DITERUSKAN DI SUNGAI RUAL, JELI

75
SHARES
241
VIEWS

Program Jalinan Mesra Komuniti siri kedua telah berlangsung di Kampung Manok, Sungai Rual, Jeli, Kelantan. Lebih kurang 190 penduduk telah menyertai program ini dan turut diserikan dengan penyertaan seramai 15 orang sukarelawan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

Program Jalinan Mesra Komuniti merupakan program libat sama antara Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama-sama komuniti Orang Asli dengan matlamat untuk membawa mesej perpaduan serta memacu pemikiran rakyat sejajar dengan teras Malaysia MADANI.

Menerusi program ini, J-KOM cuba memperkenalkan generasi muda dengan aktiviti kemasyarakatan dalam membentuk sahsiah diri yang tinggi dalam diri mereka.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Cik Kazidi Zainuddin mewakili Ketua Pengarah J-KOM. Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga Jabatan Penerangan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts