YDP AGONG BERTEMU PUTERA MAHKOTA ARAB SAUDI

82
SHARES
264
VIEWS

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan keizinan Allah SWT berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Yang Amat Mulia Putera Mohammed Bin Salman Bin Abdulaziz Al Saud di Mina, semalam (29 Jun 2023).

Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam majlis yang berlangsung selama 1 jam tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Yang Amat Mulia Putera Mohammed dalam pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala yang telah terjalin dengan erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan Kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, jumlah terbesar semenjak Covid-19.

Pertemuan itu juga adalah merupakan manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara.

Berita Istana Negara

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts