Aku lihat apabila UMNO dan DAP berkerjasama dalam kerajaan hari ini, isu-isu perkauman tidak lagi timbul seperti sebelum ini.
Dahulu UMNO memainkan sentimen Melayu dan DAP membakar emosi orang-orang Cina dan bukan Islam untuk mendapatkan sokongan sasaran masing-masing.
Lalu, keadaan hari ini lebih baik berbanding dahulu dalam isu ini kerana UMNO dan DAP terikat dalam satu keadaan.
Jadi, tentulah anda dapat membaca kenapa Dr Mahathir dan PN kembali memainkan isu-isu Melayu. Mereka semua ini hanya bermotif poltik, mahu memecah-belahkan dan menumbangkan kerajaan yang ada hari ini.
Mereka mahu UMNO kembali meracau mengenai Melayu dan DAP lebih keras memperjuangkan orang-orang Cina.
Maka, keadaan ini akan menyebabkan UMNO dan DAP akan kembali tegang.
Fikirlah, satu contoh mudah, jika Dr Mahathir benar-benar berjuang demi Melayu dan DAP musuh Melayu, kenapa dahulu beliau bersama DAP menumbangkan UMNO-BN?
Jangan jadi bodohlah terpedaya dengan perang saraf Dr Mahathir dan PN ini.
Tidak payahlah percayakan ahli-ahli politik ini semua, tidak kiralah PH, BN atau PN. Mereka hanya mahu menipu dan memanipulasi keadaan untuk kepentingan politik mereka.
Cuma, pilihlah untuk duduk di tempat (situasi) yang lebih selamat daripada semua keadaan.
Jusoh Gobek
Diambil dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid035AyAtYiVNcCEHJy2bvB32v5HZ1QoEDq7tHCKvMzDq7jUk3o2nrw9TcJLkAmpNDGml&id=100002164580936&mibextid=Nif5oz