KERAJAAN PERPADUAN KUKUH DI BAWAH PMX – J-KOM

67
SHARES
217
VIEWS

1. Kerajaan Perpaduan telah berusia 7 bulan. Namun, mungkin terdapat segelintir rakyat yang masih ragu-ragu dengan kemampuan kerajaan ini untuk bertahan dalam tempoh 5 tahun. Keraguan yang berlaku disebabkan wujudnya kumpulan pemfitnah dan pentaksub yang sentiasa meniupkan sentimen kebencian kepada pentadbiran ini.

2. Fakta utama yang perlu kita ketahui, Kerajaan Perpaduan ini kukuh. Buktinya, ia mempunyai mandat besar dari rakyat dengan majoriti 2/3. Sebanyak 148 daripada 222 kerusi Parlimen adalah milik Kerajaan Perpaduan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, gabungan kerajaan ini adalah gandingan ideal kerana ia mewakili seluruh bangsa, agama serta latar belakang termasuk Sabah dan Sarawak.

3. Dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat dalam PRU-15, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik YAB DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke-10, bagi menerajui Malaysia untuk tempoh 5 tahun.

4. Segar dalam ingatan kita, dari tahun 2018 hingga 2022, rakyat dan negara terpaksa berhadapan dengan suatu insiden besar iaitu kemelut politik yang seakan tiada penghujung. Ini kerana kerajaan yang dibentuk dalam tempoh tersebut adalah rapuh disebabkan ia dibina di atas majoriti mudah dan Akta Lompat Parti yang belum diwujudkan. Setiap hari yang berlalu penuh dengan teka-teki dan ketidaktentuan.

5. Impaknya, banyak masa dihabiskan dengan berpolitik, menyebabkan kehidupan rakyat semakin susah, keyakinan pelabur semakin luntur sekaligus membantutkan rancangan dan gerak kerja untuk membangunkan negara.

6. Marilah kita menoktahkan episod hitam tersebut dan mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku. Kini masanya untuk kita kembali bersatu padu menghebatkan negara bersama kepimpinan PMX dengan acuan Malaysia Madani.

7. Sama-sama kita yakin dan panjatkan doa buat PMX dan barisan kepimpinan beliau agar terus diberi kekuatan untuk menerajui negara supaya hebat di mata dunia.

Berita dari laman Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts