PROGRAM TAKLIMAT KHAS MALAYSIA MADANI ZON UTARA

87
SHARES
282
VIEWS

Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Gagasan ini penting untuk difahami dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan bagi tujuan berkenaan, tiga agensi iaitu Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) meneruskan misi menyampaikan info mengenai gagasan itu kepada kakitangan di zon utara untuk dikembangkan di peringkat akar umbi.

Seramai 158 orang pegawai lapangan tiga agensi ini telah hadir di Institut Latihan Perindustrian, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini bagi mendengar taklimat khas yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Bin Yusoff, Ketua Pengarah J-KOM selaku penceramah utama.

Taklimat seterusnya telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) dan Encik Mohammad Azziyadi bin Ismail, Pengarah Zon Tengah J-KOM.

Turut hadir, YBrs. Tuan Kamarul Bahari Bin Mohd Salleh, Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang, YBrs. Encik Noor Azman Bin Abd Rahman, Pengarah KEMAS Negeri Kedah, YBrs. Encik Mohd Zaki Bin Haji Ismail, Pengarah KEMAS Negeri Perlis, YBrs. Puan Rubaayah Binti Osman, Pengarah Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia dan YBrs. Kapten (B) Azizi Bin Azizan, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Utara.

Siri taklimat seterusnya akan dilaksanakan di tiga lagi lokasi iaitu di Johor, Sabah dan Sarawak.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts