Nota ini merupakan sambungan kepada nota saya yang bertajuk “Melayu – Islam Wajib Tolak PN“. Rujuk pautan di; https://editormalaysia.com/31140/
Dalam nota tersebut saya memberikan hujah-hujah kenapa umat Melayu-Islam wajib menolak PN.
Saya sambung nota tersebut bagi memberi penerangan yang lebih jelas agar dapat menimbulkan kesedaran kepada sebahagian umat Melayu – Islam yang sedang ‘disesatkan’ oleh segelintir pemimpin politik.
Sekiranya tidak disedari, kesesatan ini mempunyai implikasi yang cukup besar terhadap pembinaan sebuah negara bangsa dalam sebuah negara Islam. Ini kerana Malaysia dari segi sejarah, tradisi dan konstitusi ialah sebuah negara Islam.
Oleh kerana itu sokongan terhadap PN mempunyai implikasi yang besar kepada Institusi Raja-raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Atas dasar itu nota-nota saya wajar diberikan perhatian dan dijadikan bahan renungan untuk semua pihak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.
Faktanya;
Kerajaan Perpaduan dibentuk atas titah YDP Agong sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara atau Ulil Amri bagi negara Malaysia dan diperkenankan oleh Majlis Raja-raja Melayu. Atas dasar itu maka wajib bagi seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Melayu – Islam untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.
Dalil naqlinya ialah pada ayat 59 dalam Surah An – Nisa yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu.“
Soalan saya kepada para penyokong PN atau golongan yang menentang titah Tuanku atau Kerajaan Perpaduan, adakah ada dalil yang dapat membatalkan dalil di atas?
Sekiranya ada sila datangkan dalil tersebut dan sekiranya tiada maka wajib bagi kamu untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dan haram bagi kamu untuk menyokong Perikatan Nasional.
Implikasi sokongan terhadap PN;
Pertama, sokongan itu mencemarkan ketinggian dan kemuliaan Institusi Raja-raja Melayu yang menjadi penjaga kepada Perlembagaan Persekutuan.
Kedua, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan pada perkara 3(1) Islam agama persekutuan, 32(1) YDPA sebagai Ketua Negara dan Perkara 37, Sumpah YDPA.
Ketiga, membatalkan lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
Atas dasar perkara-perkara yang tersebut di atas saya suka mengingatkan semua pihak bahawa;
Segala kecaman dan tohmahan terhadap Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat, kaki kencing, raja sembang kari dan sebagainya tidak membatalkan dalil dan hujah-hujah yang saya sebutkan di atas.
Mengecam Timbalan Perdana Menteri sebagai penyamun, perompak, perasuah dan sebagainya tidak membatalkan dalil dan hujah yang saya sebutkan di atas.
Mendakwa parti PKR sebagai parti pelbagai kaum tidak membatalkan dalil dan hujah-hujah yang saya sebutkan di atas.
Mendakwa UMNO sebagai parti perasuah, penyamun dan kluster mahkamah tidak membatalkan dalil dan hujah-hujah yang saya sebutkan di atas.
Mendakwa parti DAP sebagai ancaman kepada umat Melayu-Islam tidak membatalkan dalil dan hujah-hujah yang saya sebutkan di atas.
Mendakwa yang kononnya perjuangan PN adalah untuk umat Melayu – Islam dan untuk mengekalkan kuasa politik mereka tidak membatalkan dalil dan hujah-hujah yang saya sebutkan di atas.
Kesimpulannya, sekiranya anda tidak mampu membatalkan dalil dan hujah-hujah yang saya sebutkan di atas maka adalah wajib bagi kamu menyokong Kerajaan Perpaduan dan menolak gabungan parti-parti politik dalam PN.
Cadangan saya, adalah wajar para pemimpin PN ditangkap dengan menggunakan Akta Hasutan. Ini kerana jelas mereka sedang menghasut rakyat untuk menderhaka kepada titah Tuanku, menentang Perlembagaan dan menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat.
Dato’ Dr. Ramalan Yunus
Penganalisis politik & ekonomi bebas