PN SEPATUTNYA TIDAK TAKUT APABILA RAFIZI AJAK DEBAT

77
SHARES
247
VIEWS

Sepatutnya Perikatan Nasional (DS Azmin, DS Sanusi, YB Syahir Bachok) tidak menolak cabaran debat Rafizi. Sebab inilah masanya untuk anda semua menonjolkan idea ekonomi PN dan mematikan ‘sembang besar’ Rafizi selama ini.

Alasan menteri tidak sepatutnya ajak pembangkang berdebat ini tidak logik. Pada tahun 2008, Dato’ Sri Shabery Chik (ketika itu Menteri Penerangan) pernah mencabar Datuk Seri Anwar (ketika itu Ketua Pembangkang) berdebat dalam isu harga minyak.

Debat itu berlaku dan akhirnya ada 2 input penting yang dipersetujui bersama. Pertama, subsidi terus kepada rakyat dan kedua penyelesaian isu IPP.

Walaupun tidak dilaksanakan terus, tetapi 4 tahun selepas itu BR1M mula diagihkan dan kerajaan juga mula mengambil alih IPP-IPP yang selama ini mendapat konsesi sejak zaman PM4 (Tun Mahathir) sekaligus menyelesaikan bebanan besar Petronas.

Aset Petronas berjaya meningkat 341 peratus atau kepada RM389.2 bilion antara tempoh 2009 – 2018. Jadi siapa kata debat tidak memberi manfaat?

Begitu juga apabila memberi alasan kononnya ini adalah masa untuk bekerja dan bukan berdebat. Jika benar begitu, kenapa pula dalam masa 8 bulan ini sibuk merancang dan mendondang cerita kejatuhan kerajaan pula? Kalau betul mahu kerajaan bekerja yang mereka pergi kacau ini kenapa?

Alasan kononnya takut idea PN dicuri kerajaan pula alasan yang tidak menampakkan sikap negarawan. Apabila PN dahulu telah setuju untuk menjadi pembangkang dan menolak titah YDP Agong untuk bersama dengan 19 parti lain membentuk kerajaan, maka sepatutnya jadilah pembangkang yang berwibawa

Antara ciri pembangkang berwibawa ialah sentiasa memberi idea dan membahas tindakan kerajaan dengan fakta. Sebab dengan idea-idea inilah pembangkang boleh membantu rakyat walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa pentadbiran.

Najib Razak ketika PH dan PN menjadi kerajaan sangat kerap mengkritik tetapi dalam masa yang sama tidak segan memberikan idea-idea pada setiap masalah. Inilah yang menjadikan UMNO sebuah pembangkang yang berwibawa pada kedua-dua zaman.

UMNO pada ketika Najib masih bebas tidak bergantung kepada persepsi kaum dan agama sebaliknya menonjolkan diri mereka sebagai “government in waiting” pada zaman Mahathir dan Muhyiddin.

Politik kita sepatutnya sudah sampai ke tahap persaingan idea. Bukan lagi politik ‘cikai’ gelar-menggelar ‘Madanon’, ‘PasGelakan’, ‘UmDap’ atau kutuk adik-beradik yang tidak sebulu dengan kita dalam ceramah.

Sahaja sangatlah dalam usrah saya disuruh hafal wajadilhum billati hiya ahsan (dakwah dengan dialog/diskusi/hujah) kalau sekiranya ajak debatpun tidak berani.

Itu baru Rafizi, yang bagi saya pemikiran ekonomi beliau tidak begitu tinggi. Itupun sudah tidak berani. Belum jumpa Dato Jo Ghani lagi.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts