GELOMBANG HIJAU GAGAL, ANWAR, ZAHID PULA DIPERSALAHKAN

156
SHARES
504
VIEWS

Keputusan muktamad Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri malam tadi menunjukkan bahawa realitinya Perikatan Nasional hanya berjaya mengekalkan penguasaan di tiga negeri sendiri sahaja.

Walaupun sudah berjuang bermati-matian dan semua dalil telahpun dikeluarkan, namun Perikatan Nasional tetap gagal mencapai satu-satunya matlamat penubuhan mereka iaitu untuk mensabotaj kerajaan, termasuk di Selangor.

Wang besar dan dana melampau telahpun dibelanjakan tetapi kepakaran mereka menebuk atap kini terbantut apabila majoriti rakyat sudahpun menolak mereka. Majoriti rakyat semalam membuat keputusan untuk memilih kestabilan dan kemakmuran, serta mahukan kerajaan yang mampu memerintah dengan baik.

Mereka tidak terpedaya dengan kerajaan mengarut yang hanya tahu mengurung rakyatnya di rumah, namun dalam masa yang sama membuat kerja kotor di belakang dengan ‘menyakau’ wang negara dan diagih-agihkan kepada anak menantu dan kaum keluarganya.

Oleh kerana itulah PAS dan Bersatu yang kecewa dan merasa malu kerana gagal menunaikan janji merampas Selangor sekaligus menumbangkan kerajaan, secara tiba-tiba cuba mengalihkan kesalahan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kedua-duanya diminta meletakkan jawatan sedangkan logiknya Mahiaddin yang gagal itu yang sepatutnya berbuat sedemikian.

Di sebalik “cakap besar” pemimpin-pemimpinnya yang “over confident” dapat merampas Selangor, Perikatan Nasional tetap gagal memikat pengundi-pengundi melalui “janji-janji syurga” mereka. Namun yang paling penting ialah cubaan mereka mahu menghantar ‘signal’ bahawa Kerajaan Perpaduan ditolak rakyat kini sudah berjaya dipatahkan oleh majoriti rakyat Malaysia sendiri.

Naratif dan propaganda kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaannya akan tumbang selepas PRN nampaknya tidak akan berhasil lagi tetapi tentu usaha rakus mereka ini tidak akan terhenti di situ sahaja.

Perikatan Nasional akan cuba sedaya upaya untuk memperguna rakyat bagi menunjukkan hayat kerajaan berada di hujung tanduk, termasuk menggunakan pemimpin-pemimpin UMNO pro-PN untuk mendesak Presiden UMNO meletakkan jawatan.

Apapun, Alhamdulillah manusia memang suka merancang pelbagai perkara namun selalu lupa perancangan dan ketetapan Allah SWT.

Justeru, Allah Taala jualah sebaik-baik Perancang dan hanya kepada-NYA kita berserah.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts