1. Pemasangan unit peranti internet satelit Starlink sejak empat hari lalu di Kampung Orang Asli suku Temuan Hulu Kemensah telah memberikan sinar baru kepada kehidupan masyarakat di situ, terutamanya bagi golongan pelajar.
2. Kawasan berkenaan merupakan perkampungan Orang Asli pertama dipilih untuk pemasangan Starlink, sekali gus menjadikannya lokasi kedua selepas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilih, Negeri Sembilan.
3. Sebelum ini, kualiti internet adalah sangat teruk, malah hampir tiada di perkampungan Orang Asli tersebut.
4. Kemudahan yang wujud hasil usaha Kerajaan Perpaduan itu juga tidak hanya membolehkan anak-anak Orang Asli menikmati pembelajaran atas talian, namun juga membuka ruang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat di kampung tersebut untuk memasarkan produk seperti hasil hutan, herba, tanaman, buluh dan juga kraf tangan secara lebih meluas dalam usaha menaik taraf kehidupan mereka.
5. Insya-Allah inisiatif Kerajaan Perpaduan ini akan diteruskan kerana YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun bertekad akan membela dan memperjuang nasib rakyat seluruhnya.
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana MenteriĀ