200 SEKOLAH AGAMA SWASTA DI SELANGOR BAKAL TUTUP HANYA FITNAH

133
SHARES
429
VIEWS

1. Tidak pernah pudar dari ingatan rakyat Malaysia tragedi menyayat hati kebakaran di sebuah pusat tahfiz swasta di ibu kota yang meragut 23 nyawa.

2. Ia dilaporkan secara meluas di seluruh negara dan meruntun hati rakyat. Namun, yang mengundang ralat di hati ramai, apabila pusat tersebut dilaporkan sebenarnya tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan.

3. Susulan dari itu, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyarankan pengendali sekolah tahfiz dan pondok diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan.

4. Sultan Selangor pada 2019 menitahkan agar sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak menggunakan sistem pendidikan moden ditutup.

5. Pada tahun sama, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya semua pusat tahfiz swasta di Pahang yang tidak berdaftar, untuk segera berbuat demikian bagi membolehkan kawal selia dilakukan meliputi aspek keselamatan, kewangan dan sistem pembelajaran.

6. Baru-baru ini, terdapat pihak yang mendakwa bahawa kononnya lebih 200 sekolah agama swasta di Selangor mendapat amaran untuk ditutup.

7. Hal itu dinafikan YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari yang meminta fitnah itu dihentikan. Sebelum itu juga Selangor berdepan fitnah hampir sama berkaitan notis perobohan sekolah tahfiz swasta, serta Amirudin pada Julai telah menegaskan bahawa tiada notis seumpama itu dikeluarkan pentadbiran negeri.

8. “Yang ada memang kesalahan dan tidak ikut spesifikasi bomba, takkan kita hendak gadai nyawa anak-anak kita?” beliau dipetik berkata pada Julai.

9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar turut menyatakan bahawa fitnah tersebut adalah berniat menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam.

10. JAIS menetapkan sekolah tahfiz swasta perlu memenuhi syarat pendaftaran melalui Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor yang berkuat kuasa bermula Januari 2021, bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar dan warga institusi.

11. Bahkan bertentangan dengan fitnah berkenaan, pada Jun, Kerajaan Selangor sebenarnya telah memberi kelonggaran dengan melanjutkan tempoh pendaftaran 55 sekolah agama swasta untuk beroperasi sekurang-kurangnya hingga tahun depan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts