1. Agak janggal apabila sehingga ke hari ini pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Presiden Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih berdiam diri setelah dokumen dalaman Pejabat Peguam Negara yang dibocorkan mendapati bahawa bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak langsung tidak patut didakwa di mahkamah
2. Sepatutnya Zahid dan Menteri-menteri Kabinet UMNO lainnya mengambil peluang membela Najib dengan menghentam Tun Mahathir dan Peguam Negara Tommy Thomas yang dilantiknya
3. Ini sekali gus dapat membantu ‘menjarakkan’ penganiayaan dan kebobrokan yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya yang dipimpin oleh Tun Mahathir dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
4. Ia juga boleh membantu Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari dihentam pula oleh penyokong-penyokong UMNO pro Najib yang melihat betapa teruknya pemimpin-pemimpin UMNO yang langsung tidak membela bekas pemimpinnya yang dianiaya oleh Tun Mahathir dan Tommy Thomas
5. Ia juga mampu mengelakkan Perikatan Nasional menangguk di air keruh ke atas isu ini kerana yang merancang sehingga menyebabkan Najib terpenjara ialah Tun Mahathir-Pakatan Harapan 1.0, Mahiaddin Yassin-Perikatan Nasional serta Ismail Sabri-Keluarga Malaysia yang diketahui menjadi boneka Mahiaddin
6. Kegagalan pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Zahid hanya memudahkan Perikatan Nasional mengambil kesempatan dan menipu rakyat kononnya mereka simpati dengan nasib Najib – sedangkan realitinya merekalah dalang utama yang menganiaya Najib dengan pelbagai dakwaan tidak masuk akal
7. Zahid perlu ‘terlihat’ membela Najib apatah lagi ketika ini beliau amat memerlukan sokongan penyokong-penyokong Najib bagi mengelakkan kumpulan pro PN mendesak beliau berundur diri, itupun jika Zahid benar-benar mahu melihat Kerajaan Perpaduan kekal stabil tanpa diganggu-gugat oleh mereka yang kecewa tidak dapat menjadi kerajaan
8. Jika Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO berterusan mendiamkan diri seperti ini maka Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri wajar campur tangan setelah Zahid dilihat tidak kompeten untuk membela nasib partinya sendiri
9. Dato’ Seri Anwar Ibrahim wajar mendesak Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO membela Najib agar semua dakwaan ke atas beliau dapat disemak semula dan sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh Tun Mahathir, Tommy Thomas, Mahiaddin dan Ismail Sabri dapat diperbetulkan
10. Jangan sampai Zahid menjadi beban kepada Kerajaan Perpaduan sehingga akhirnya menatijahkan peluang buat Perikatan Nasional mewujudkan ketidakstabilan dengan pelbagai siri cubaan untuk menumbangkan kerajaan
Cegahlah sebelum terlambat.