Kali ini program Temu Anwar seterusnya akan merentasi sempadan ke negara jiran Indonesia yang akan dilangsungkan pada 5 September 2023, Selasa depan.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu teman-teman Indonesia dalam satu wacana yang bakal diadakan di Grand Emerald Ballroom, Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta.
Program itu turut menampilkan dua selebriti terkenal Indonesia iaitu Raffi Ahmad dan Nagita Slavina. Mahasiswa, rakyat Malaysia dan sahabat Indonesia dialu-alukan untuk menyertai Temu Anwar edisi Jakarta dan pendaftaram boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com
“Saya dijadualkan ketemu sahabat dan teman-teman Indonesia dalam satu acara wacana dan diskusi yang akan diadakan di Grand Emerald Ballroom, Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta pada Selasa ini bersamaan 5 September 2023.“
“Saya jemput semua, termasuk mahasiswa dan anak muda untuk ikut serta bersama saya dan selebritas terkenal Indonesia saudara Raffi Ahmad dan isteri saudari Nagita Slavina.”
“Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia.“