DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

129
SHARES
415
VIEWS

Alhamdulillah sebagaimana yang telah saya jangkakan, Kerajaan Tuanku atau Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Madani akan semakin kukuh pasca PRN. Madani menang besar di Pulai dan berjaya mempertahankan DUN Simpang Jeram.

Seterusnya apa yang akan berlaku kepada politik negara pasca PRK di negeri Johor ini? Mahu ke mana PN setelah PRK di negeri Johor ini? Apakah masih mahu meneruskan ‘duel‘ dengan Kerajaan Madani ataupun berdamai?

Saya tidak nampak sebarang faedah untuk rakyat Malaysia sekiranya PN mahu meneruskan penentangannya terhadap Kerajaan Madani. Penentangan mereka terhadap Kerajaan Madani langsung tidak berasas. Hanya sekadar permainan persepsi dan emosi sahaja.

Sebab itu kita tidak nampak ada pertembungan idea-idea yang hebat sama ada dalam PRN mahupun dalam PRK. Sekurang-kurangnya kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang dibentuk demi untuk menjunjung titah Tuanku atau Ulil Amri.

Gagasan Bina Malaysia Madani ialah sebuah gagasan yang hebat untuk mengulang kembali sejarah kegemilangan Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Sebuah tamadun yang dibina dengan iman, ilmu dan amal yang berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak yang benar. Tidak ada tamadun yang mampu menyaingi kehebatan tamadun yang telah dibangun oleh Rasulullah SAW dan para sahabat ini.

Bukankah ini merupakan tanda-tanda kebangkitan Islam yang syumul pada masa ini? Adakah umat Melayu-Islam masih gagal lagi untuk melihat tanda-tanda ini?

Sejak dari awal penentangan PN terhadap Kerajaan Madani hanyalah sekadar untuk menyelamatkan segelintir pemimpin PN dari menjadi kluster mahkamah. Adakah perjuangan seperti ini yang mahu disokong oleh umat Melayu-Islam?

Lihat sahaja fenomena luar biasa yang baru berlaku di Pulau Borneo kerana Ekspedisi DiRaja Kembara Kenali Borneo. Itulah tanda besar sambutan dari rakyat terhadap kebangkitan Raja-raja Melayu di Nusantara.

Kebangkitan Raja-raja Melayu di Nusantara atau dari Timur adalah tanda runtuhnya hegemoni demokrasi dan kapitalisme versi Amerika dan Barat. Sama ada kita semua sedar ataupun tidak, dunia sedang mengalami perubahan besar. Proses islah dan tajdid atau restorasi dan transformasi sedang berlaku.

Kemakmuran dunia sedang berpindah dari barat ke timur. Ibu Kota Nusantara atau IKN sedang dibangunkan oleh Indonesia di Pulau Borneo. Pulau Borneo sedang berubah menjadi “the next big deal” dalam era All Digital ini untuk memenuhi tuntutan akhir zaman.

Dunia sedang merindui kepemimpinan Islam atau Ulil Amri atau Raja-raja Melayu. Itu yang dipertontonkan oleh rakyat di Pulau Borneo. Sedangkan kita di sini masih bertelagah atau meneruskan ‘duel‘ kita dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Politik adalah medan argumentasi idea-idea yang hebat. Bukan medan pertembungan hujah-hujah sampah. Berhentilah dari menjadi badut politik. Belajarlah bernegara dengan mencintai Raja dan watan agar kita dapat mencapai kestabilan dan kemakmuran.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts