MDN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KSN

68
SHARES
218
VIEWS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara kelmarin.

Dalam suasana perbincangan santai tetapi penuh bermakna, mereka menumpukan perhatian kepada beberapa isu utama termasuk keselamatan negara, status kewarganegaraan dan cabaran berkaitan pelarian.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan memperhalusi strategi bagi menangani cabaran-cabaran semasa negara.

Keutamaan diberikan kepada usaha memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin, sambil menjaga hak dan kebajikan semua pihak yang terlibat. Ini adalah selaras dengan aspirai Kerajaan Madani yang mengutamakan keseimbangan antara  keamanan, keadilan, dan kemanusiaan.

Mereka turut berkongsi wawasan serta komitmen untuk memperkukuhkan dasar-dasar penting demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Dengan semangat kerjasama, kita yakin usaha-usaha ini akan terus membawa manfaat besar kepada Malaysia.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts