DALAM MAHKAMAH RAVUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)
ANTARA
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK
(ΝΟ. Κ/Ρ: 530723-06-5165)
DAN
…PERAYU
1. MENTERI DALAM NEGERI
2. KOMISIONER JENERAL PENJARA
3. PEGUAM NEGARA MALAYSIA
4. LEMBAGA PENGAMPUNAN BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
5. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
6. KETUA PENGARAH BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG DI JABATAN PERDANA MENTERI
7. KERAJAAN MALAYSIA
…RESPONDEN-RESPONDEN
[Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Kuala Lumpur
Di Dalam Wilayah Persekutuan Malaysia (Bahagian Rayuan & Kuasa-Kuasa Khas)
No Permohonan Untuk Semakan Kehakiman: WA-25-136-04/2024
Antara
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
… Pemohon
Dan
1. Menteri Dalam Negeri
2. Komisioner Jeneral Penjara
3. Peguam Negara Malaysia
4. Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Labuan Dan Putrajaya
5. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi)
6. Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Di Jabatan Perdana Menteri
7. Kerajaan Malaysia
…Responden-Responden
Yang diputuskan oleh Yang Arif Dato’ Amarjeet Singh A/L Serjit Singh yang di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 3.07.2024]
AFIDAVIT
Saya MOHAMAD NIZAR BIN MOHD NAJIB (NO. K/P: 780511-14-5659), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dengan alamat penyampaian di No. 25, Jalan 14/2, Taman Tun Abdul Razak, Ampang 68000, Selangor dengan ini sesungguhnya dan ikhlas mengesahkan dan mengikrarkan seperti yang berikut:-
1. Saya adalah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri State Executive Councillor (“EXCO”) bagi Negeri Pahang yang dipertugaskan untuk portfolio Pelaburan, Kemajuan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi.
2. Saya adalah anak kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd Razak, Perayu di dalam rayuan ini. Saya telah diberi kuasa sewajarnya dan diberi kuasa penuh untuk mengesahkan afidavit ini untuk dan bagi pihak Perayu.
3. Di dalam tugasan rasmi saya, saya kerap bermesyuarat dan/atau bertemu dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (“KDPB Sultan Pahang”). KDPB Sultan Pahang juga merupakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI (“YDPA XVI”) pada tempoh 31hb Januari 2019 hingga 30hb Januari 2024.
4. Saya merujuk kepada perkara Titah Addendum yang menjadi asas permohonan “Judicial Review” di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan juga perkara di dalam Rayuan ini. Untuk melengkapkan kontek isi kandungan afidavit saya ini, saya merujuk kepada kesemua afidavit- afidavit yang difailkan dalam Rayuan kes ini, iaitu Rekod Rayuan Bahagian B (Kandungan 5).
5. Pada 4hb Ogos 2024 (Hari Ahad) jam antara 8 malam hingga 9 malam, saya telah berada di Majlis Perasmian Kompleks Kraf Di-raja Tuanku Azizah, Pulau Keladi, Pekan, Pahang di mana perasmian kompleks tersebut telahpun disempurnakan oleh KDPB Sultan Pahang. Di antara dif- dif kenamaan yang hadir di perasmian itu, saya turut hadir sebagai jemputan dan juga sebagai ahli EXCO Negeri Pahang.
6. Pada satu ketika semasa redanya sedikit upacara perasmian tersebut KDPB Sultan Pahang telahpun memberi isyarat dan titah kepada saya untuk membicarakan sesuatu secara peribadi. Saya turut titah Tuanku itu dan KDPB Sultan Pahang titah kepada saya bahawa Baginda Tuanku telahpun membuat keputusan untuk memberikan saya satu salinan Titah Addendum berkenaan yang berada dalam simpanan peribadi Baginda Tuanku. KDPB Sultan Pahang juga terus menitahkan bahawa salinan yang Baginda Tuanku akan berikan kepada saya adalah salinan dari salinan asal yang Baginda Tuanku simpan secara peribadi semenjak 29hb Januari 2024, hari Titah Addendum tersebut dititahkan secara bertulis oleh Baginda Tuanku di akhir-akhir tempoh KDPB Sultan Pahang sebagai YDPA XVI. Baginda Tuanku juga menyampaikan kepada saya bahawa salinan Titah Addendum itu oleh kerana hanya untuk rekod simpanan Baginda Tuanku tidaklah ditandatangani dan di-meteraikan oleh Baginda Tuanku mengikut kelaziman Baginda Tuanku bagi kesemua dokumen-dokumen yang memerlukan tanda tangan Baginda Tuanku. Walaubagaimanapun, Baginda Tuanku memberitahu saya bahawa semua kandungannya adalah sama dengan yang rasmi yang Baginda Tuanku telah tandatangan dan yang di-meteraikan yang juga yang diserahkan kepada Responden Ke-4 pada 29hb Januari 2024 di Istana Negara.
7. Pada 17hb Ogos 2024 kira-kira jam 2.40 petang, berikutan dan selari dengan pesanan Baginda Tuanku saya dihubungi oleh Pengelola Bijaya Di- Raja KDPB Sultan Pahang, Dato’ Hj Ahmad Khirrizal Ab Rahman dari Istana Pahang kerana ada pesanan berbentuk satu sampul surat Di-Raja daripada Baginda Tuanku. Saya terus pada hari yang sama berjumpa dengan beliau di Hotel Hyatt Regency Kuantan Resort, Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang dan menerima sampul surat yang didalamnya sedia ada satu salinan Titah Addendum seperti yang diulaskan oleh KDPB Sultan Pahang pada 4hb Ogos 2024.
7a. Berhubung dengan perenggan 7 di atas, saya mengikrarkan bahawa saya telah menerima Titah Addendum daripada Pengelola Bijaya Di-Raja KDPB Sultan Pahang pada 17hb Ogos 2024 dengan arahan tegas supaya tidak menggunakan dokumen tersebut untuk apa-apa tujuan melainkan setelah saya memperoleh kebenaran nyata daripada Baginda Tuanku. Baru-baru ini, saya telah membuat beberapa permohonan untuk mendapatkan kebenaran tersebut bagi tujuan mengemukakan Titah Addendum itu di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini bagi rayuan tersebut. Saya mengesahkan bahawa saya telah berjaya memperoleh kebenaran Baginda Tuanku pada 2hb Disember 2024.
8. Dilampirkan bersama afidavit saya ini adalah satu salinan Titah Addendum dan sampul suratnya sekali yang kini ditunjukkan kepada saya dan kemukakan disini dan ditanda sebagai ekshibit “MNN-1” dan “MNN-2”.
OLEH ITU, saya menyokong rayuan yang telah difailkan disini.
Afidavit oleh seorang deponen
MOHAMAD NIZAR BIN MOHD NAJIB
Diikrarkan pada: 02 DEC 2024
Di: KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN
Di hadapan saya PESURUHJAYA SUMPAH: ADINUR MOHD SYARIF
(W 761)
CHAMBERS TWENTY-FIVE
NO 25, JALAN TUNKU, BUKIT TUNKU, 50480 KUALA LUMPUR
AFIDAVIT ini telah difailkan oleh TETUAN SHAFEE & CO., peguamcara bagi pihak Perayu yang dinamakan di atas yang mempunyai alamat penyampaian di No. 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur.