ANWAR RASMI PAMERAN SAMUDERA BERBICARA: PEMBENTUKAN DUNIA MELAYU-ISLAM

69
SHARES
222
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan isteri hadir ke Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di Kuala Lumpur untuk meluncurkan pameran “Samudera Berbicara: Pembentukan Dunia Melayu-Islam” yang cukup istimewa dan unik kerana ia menelusuri perkembangan Islam di Alam Melayu.

Pameran ini melihat Alam Melayu dalam bingkai Islam dari sisi pandang yang berbeza dengan kepelbagaian budaya dan seni bersandarkan kehebatan sejarah dan warisan yang menjadi kebanggaan rantau Alam Melayu.

Perdana Menteri sempat menyentuh pengalaman Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz membawa pulang manuskrip “Aqa’id al-Nasafi” pada tahun 1984 dari Eropah, suatu karya penting dalam akidah yang diterjemahkan pada abad ke-16.

Ia juga merupakan salah satu penemuan penting oleh Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengupas mengenai manuskrip ini dalam bukunya “The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of The Aqa’id of Nasafi“. 

Manuskrip seumpama ini dan sumbangan tokoh ulama seperti Syamsudin as-Sumatra’i, Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri memberi gambaran bagaimana rantau ini kaya dengan pengalaman intelektual dan debat dalam pelbagai disiplin ilmu.

Beliau juga menyeru agar institusi pendidikan, universiti, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Arkib Negara berkerjasama dengan MKIM dalam menjayakan inisiatif sebegini.

Tahniah dan setinggi penghargaan juga kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan MKIM atas inisiatif penganjuran pameran ini. Semoga usaha ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dalam memahami mesej dan ibrah di sebalik artifak, manuskrip dan karya yang dipersembahkan dalam pameran ini.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts