SAIFUL BAHAR: TRAGEDI ORANG MELAYU DI TANAH AIR SENDIRI

1.6k
SHARES
3.2k
VIEWS

TRAGEDI ORANG MELAYU DI TANAH AIR SENDIRI

Oleh Saiful Bahar Mohd. Arshad

18 September 2018

Selepas 9 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) menang PRU-14 dengan majoriti 113 kerusi. Kini mereka berkuasa dengan 124 kerusi. Dr. Mahathir mengumumkan cuti 2 hari untuk meraikan kemenangan PH iaitu cuti pada 10 dan 11 Mei.

PEMBOHONGAN 1
Hakikat Sebenarnya:
Dr. Mahathir beri 2 hari cuti bagi mengelakkan “Stock Market Crash” (kejatuhan pasaran saham).
Selepas itu, pelabur luar negara membawa pelaburan mereka keluar dr Malaysia.

2. Hutang Negara berada di paras sekitar RM686.8 billion ringgit iaitu bersamaan dengan 50.8% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

PEMBOHONGAN KE 2
3. Kerajaan PH mengambil pendekatan yang berbeza mengenai hutang negara. Mereka menggunakan ‘accounting‘ yang berbeza dengan mengambil kira 3 perkara iaitu:

HUTANG NEGARA SEBENAR
RM686.8 billion ringgit – Hutang sebenar negara.

KOMITMEN JAMINAN KERAJAAN (GUARANTOR)
RM199.1 billion ringgit.

KOMITMEN BAYARAN PAJAKAN BAGI PROJEK AWAM SWASTA (GUARANTOR)
RM201.4 billion ringgit.

4. Jumlah keseluruhan hutang negara dan komitmen ‘guarantor’ ini menjadikan jumlahnya: RM1 trillion ringgit.

5. Ini bertujuan menakut-nakutkan rakyat bahawa negara berada di ambang kegawatan ekonomi. ‘Financial Crisis‘. Semuanya disalahkan terus kepada Najib Razak.

PEMBOHONGAN KE 3
6. Janji-janji pilihanraya tidak dapat ditunaikan kerana kerajaan BN terdahulu telah meninggalkan legasi KEWANGAN YANG AMAT BURUK. Negara tidak terurus, penjawat awam korup, hutang negara terlalu banyak, pejawat awam tidak berkerjasama dengan kerajaan PH.

7. Yang menghairankan kenapa ‘FINANCIAL HOUSE‘ DUNIA memberi Rating A- kepada Kerajaan BN Najib ketika BN memerintah.

KERAJAAN PH YANG RAPUH
8. Kerajaan PH tidak boleh memerintah negara ini dengan baik kerana pakatan mereka sebenarnya sangat rapuh. Dengan majoriti hanya 124 kerusi, sekiranya Datuk Seri Anwar (selepas jadi Ahli Parlimen), keluar draripada Pakatan dengan membawa 37 Ahli Parlimen (10 MP bersama Azmin Ali), maka tumbanglah Kerajaan PH – 124 – 37 = 87 MP.

HAKIKATNYA JUGA
9. GST adalah lebih telus dari SST.

10. Kutipan GST jauh lebih bagus daripada SST. Dengan memberi 3 bulan percuma tanpa sebarang cukai GST, Kerajaan PH kononnya untuk menunaikan janji manifesto PH dan untuk cuba menjadi kerajaan yg popular di mata rakyat, telah kehilangan pendapatan sebanyak lebih kurang RM10 billion ringgit.

11. Kekurangan pendapatan RM10 billion ringgit ini secara langsung menyebabkan kerajaan PM mengalami kegawatan punca kewangan. Ini juga berkemungkinan mendatangkan masalah untuk kerajaan PH membayar gaji penjawat awam, membayar pencen, membayar BR1M dan lain-lain perbelanjaan kerajaan seperti membayar kontraktor yang telah menyiapkan projek-projek kerajaan.

MENGAMBIL JALAN MUDAH
12. Untuk mengambil jalan yang mudah, kerajaan PH SALAHKAN KERAJAAN NAJIB RAZAK, untuk terus menjadi popular.

13. Rakyat perlu disedarkan dari DRAMA WAYANG TINGGI & OPERA CINA yang dimainkan oleh kerajaan PH, DAP dan Dr. Mahathir ini.

14. Sesungguhnya kekalahan UMNO di PRU-14 adalah satu suratan takdir daripada Allah SWT Yang Maha Esa. UMNO perlu memperkukuhkan bahtera mereka untuk menghadapi ujian yang getir ini.

15. UMNO perlu berdiri teguh di belakang kepimpinan UMNO iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

16. UMNO juga harus terus berada di samping kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin, Naib-Naib Presiden UMNO.

INILAH TRAGEDI ORANG MELAYU DI TANAH AIR SENDIRI.

SALAM PERJUANGAN
SAIFUL BAHAR MOHD. ARSHAD
18 September 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts