• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ARAB SAUDI UMUM KEMATIAN KHASHOGGI BERLAKU DI KONSULAT MEREKA DI ISTANBUL

Siasatan awal menunjukkan beliau terbunuh dalam insiden tumbuk-menumbuk, Timbalan Ketua Perisikan dan Penasihat istana dipecat, 18 orang ditahan

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
October 22, 2018
in Dunia, Utama
0
ARAB SAUDI UMUM KEMATIAN KHASHOGGI BERLAKU DI KONSULAT MEREKA DI ISTANBUL
16
SHARES
180
VIEWS

Arab Saudi akhirnya mengesahkan kematian Jamal Khashoggi ketika berada di Konsulat mereka di Istanbul. Khashoggi, seorang wartawan dari Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat, hilang pada 2 Oktober selepas melawat Konsulat untuk menyelesaikan dokumen berkaitan perceraiannya.

Dalam siasatan awal, perbincangan antara mangsa dan pegawai yang ditemuinya di Konsulat tersebut membawa kepada insiden tumbuk-menumbuk yang berakhir dengan kematiannya, ketika beliau berusaha untuk membebaskan diri.

Lapan belas warganegara Arab Saudi telah ditangkap berhubung kejadian mengejutkan tersebut dan siasatan sedang dijalankan, menurut Agensi Berita Saudi yang memetik kenyataan pendakwa raya.

Kerajaan Arab Saudi menyatakan kekesalan yang amat mendalam berkaitan insiden yang menyedihkan tersebut dan menekankan komitmen pihak berkuasa mereka untuk bersikap telus dengan memberikan fakta dan perincian kepada orang awam.

Mereka juga menyatakan komitmen untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Timbalan Ketua Perisikan Arab Saudi, Ahmed Al-Asiri dan Saud Al-Qahtani yang berperanan sebagai penasihat Mahkamah Agung turut dipecat serta-merta dari jawatan masing-masing.

Tiga pegawai risikan lain yang turut dipecat ialah Mohammad bin Saleh Al-Rumaih, Abdullah bin Khalifa Al-Shaya dan Rashad bin Hamed Al-Muhamadi.

Raja Salman juga memerintahkan Jawatankuasa Menteri yang diketuai oleh anakandanya, Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman, untuk melakukan rombakan dan penstrukturan semula Agensi Perisikan Umum, dalam masa sebulan.

Ahli jawatankuasa tersebut termasuk Menteri Dalam Negeri, Menteri Luar serta serta Ketua Perisikan Umum serta Ketua Keselamatan Negara.

Selain itu, satu pasukan penyiasat khas Arab Saudi telah dihantar ke Istanbul dan bekerjasama dengan pegawai penyiasat Turki, yang telahpun memulakan tugas mereka dan memasuki Konsulat pada Khamis lepas.

Awal minggu ini, Arab Saudi turut menjanjikan siasatan menyeluruh dan telus mengenai apa yang berlaku kepada Jamal di Konsulat mereka di Turki.

Tags: Arab SaudiJamal KhashoggiRaja SalmanTurki
Previous Post

PUTIN: JANGAN BUAT SPEKULASI, TUNGGU KEPUTUSAN SIASATAN

Next Post

EXTRAORDINARY TIMES, NEED EXTRAORDINARY MEASURES

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

MALAYSIA-TURKIYE PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

MALAYSIA-TURKIYE PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

August 6, 2023
YDP AGONG BERTEMU PUTERA MAHKOTA ARAB SAUDI

YDP AGONG BERTEMU PUTERA MAHKOTA ARAB SAUDI

July 1, 2023
MENTERI AGAMA CADANG BAWA SIMPOSIUM PERDANA HAJI KE MALAYSIA

MENTERI AGAMA CADANG BAWA SIMPOSIUM PERDANA HAJI KE MALAYSIA

June 21, 2023
MALAYSIA-TURKIYE PERKUKUH HUBUNGAN PERDAGANGAN DUA HALA

MALAYSIA-TURKIYE PERKUKUH HUBUNGAN PERDAGANGAN DUA HALA

June 20, 2023
MEDIA BARAT ‘BERKEMPEN’ MENENTANG ERDOGAN SEBELUM, SEMASA PILIHAN RAYA

MEDIA BARAT ‘BERKEMPEN’ MENENTANG ERDOGAN SEBELUM, SEMASA PILIHAN RAYA

June 1, 2023
PILIHAN RAYA PENENTU ANTARA ERDOGAN – KILICDAROGLU PADA 28 MEI

PILIHAN RAYA PENENTU ANTARA ERDOGAN – KILICDAROGLU PADA 28 MEI

May 20, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In