KENYATAAN PRESIDEN JMM BERHUBUNG PERMINTAAN MAAF DARIPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, LIEW CHIN TONG

311
SHARES
1k
VIEWS

KENYATAAN PRESIDEN JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) BERHUBUNG PERMINTAAN MAAF DARIPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, LIEW CHIN TONG

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong telah mengugut untuk menyaman saya, sekiranya saya tidak membuat permohonan maaf terhadap posting ketika beliau (Liew) memakai pakaian seragam ala-komunis di dalam satu acara rasmi kementerian.

Tindakan Senator Liew Chin Tong yang juga merupakan Pengerusi DAP Johor untuk menyaman saya di atas perkara tersebut (seperti di atas) telah menarik perhatian saya. Saya sekali lagi dengan jelas tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka itu sekiranya pihak DAP tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam serta orang Melayu di Negara ini atas kenyataan yang bersikap kurang ajar dan berbaur anti Melayu Islam serta cemuhan yang telah dilakukan oleh pimpinan DAP sebelum ini seperti berikut:

  1. Nga Kor Ming ada menyatakan perkataan PUKIMAK kepada orang Melayu.
  2. RSN Rayer pula sewaktu menjadi Adun Seri Delima telah mengeluarkan perkataan Melayu Celaka dan beberapa lagi perkataan kesat.
  3. Hew Kuan Yau telah mengeluarkan ayat memaki umat Islam dengan carutan “SOHAI”.
  4. Anthony Loke pula menyatakan bahawa yang memakan babi sebenarnya adalah orang Melayu di dalam ucapannya pada tahun 2016.
  5. Teresa Kok di dalam video sambutan Tahun Baru Cina enggan membuat permohonan maaf setelah dengan sengaja mengeluarkan ayat “Malay Sie” yang bermaksud “Melayu mati”.

Parti DAP sebagai dilihat sebagai parti rasis dan cauvinis selama ini telah menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan biadap serta celupar apabila pemimpin DAP sendiri yang dilihat terus memperlekehkan Islam dan orang Melayu.

Langkah yang pertama yang harus dilakukan oleh mereka ialah membuat permohonan maaf terlebih dahulu terhadap rakyat Malaysia yang beragama Islam dan orang Melayu, kerana jelas merekalah yang memulakan penghinaan terhadap Melayu dan Islam dan saya juga akan membuat perkara yang sama selepas mereka (pemimpin DAP yang disebut) membuat permohonan maaf secara terbuka terlebih dahulu.

Saya juga tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan khususnya daripada pimpinan parti DAP ini dan saya menyeru orang Islam dan Melayu juga harus sedar dan perlu berani untuk bangkit serta menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pimpinan DAP ini.

Selaku pemerintah melalui parti DAP, mereka harus menunjukkan sikap menghormati orang Melayu dan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH

Presiden

JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)

Merangkap Penasihat

GAGASAN TIGA MALAYSIA (G3)

12 NOVEMBER 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts