Oleh Mohd Puad Zarkashi
2 Februari 2019
Tommy Thomas dimalukan apabila M. Puruvalen iaitu peguam yang beliau lantik sebagai wakilnya menyatakan, Tribunal untuk menyiasat salah laku enam bekas ahli SPR itu bersifat akademik dan membuang masa. Ini kerana mereka berenam sudahpun meletak jawatan.
Jelas, “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Puruvalen tidak ikut skrip Peguam Negara. Dia lebih berani dan lebih berintegriti kerana mempertahankan rule of law. Dia tidak boleh dicucuk hidung walaupun bercanggah dengan bossnya.
Malunya bossku.
Tommy Thomas segera memecat Puruvalen yang memalukannya kerana bercanggah pendapat. Tommy Thomas membuat kenyataan media mempertahankan penubuhan Tribunal itu tidak bersifat akademik.
Tommy Thomas wajar meletak jawatan.
Tiga pihak mempunyai pendirian yang tidak memihak kepada Tommy Thomas.
Team peguam yang mewakili enam ahli SPR berhasrat untuk menyaman Peguam Negara.
Peguam Hanif Kathri Abdullah yang pro PKR menuntut Peguam Negara memohon maaf kepada PM kerana memberi nasihat yang salah.
Manakala Pengerusi Tribunal TS Steve Shim Lip Kiong sependapat dengan Peguam Puruvalen.
Tetapi mahukah Tommy meletak jawatan? Sudah tentu tidak.
PM sudah tentu akan menghalangnya kerana bukan mudah mencari ganti orang seperti Thomas yang boleh dicucuk hidung.
#Ketidakadilan mengancam keadilan
#Peguam Negara letak jawatan