90 JUTA JADI MODAL PAKATAN HARAPAN DI SEMENYIH

152
SHARES
487
VIEWS

Kerajaan Pakatan Harapan semakin terdesak mencari strategi untuk menang PRK Semenyih yang akan diadakan tidak lama lagi.

Masing-masing telah mengemukakan calon iaitu Zakaria Bin Haji Hanafi dari Barisan Nasional-PAS dan Muhammad Aiman Bin Zainali dari Bersatu-Pakatan Harapan.

Jika Zakaria menggunakan slogan “Bukti bukan sekadar janji”, tetapi Aiman dan Pakatan Harapan mahu menabur janji apa lagi?

Apa janji Pakatan Harapan kepada pengundi Semenyih?

Bagaimana mungkin kerajaan hendak menawarkan janji-janji baru sekiranya janji-janji lama masih belum ditunaikan?

Dalam masa yang sama, memberi alasan hutang negara tinggi dan alasan ini sudah tidak dipercayai lagi.

Rakyat mula percaya bahawa apa yang ‘dimomokkan’ sebelum PRU-14 dan dikatakan sebagai propaganda, kini semuanya benar kerana banyak yang telah berlaku depan mata mereka sendiri.

Kerjasama PAS-UMNO menggerunkan kerajaan terutamanya DAP

Kerajaan dan DAP tahu kekuatan kerjasama Islam melalui pengalaman bertahaluf siyasi dengan PAS dahulu.

Mereka tahu bagaimana kekuatan orang-orang Islam sekiranya bergabung, apatah lagi Himpunan 812 Bantah ICERD menjadi bukti di depan mata.

Atas dasar itulah mereka akan berterusan menyerang apa jua jenis gabungan ataupun penyatuan Islam di negara ini dengan pelbagai manipulasi dan fitnah.

Mitos PAS terima 90 juta ringgit daripada UMNO

Maka mereka mengharapkan kisah 90 juta oleh Claire Brown mampu memperdaya pengundi-pengundi di Semenyih.

Jika tidak mengundi Pakatan Harapan sekalipun tidak mengapa, asalkan pengundi-pengundi yang termakan fitnah 90 juta ini akan boikot dengan tidak keluar ketika hari mengundi.

Pakatan Harapan sendiri sudah menjangkakan pengundi-pengundi mereka ada yang tidak akan keluar  mengundi kerana kecewa dengan cara kerajaan memerintah selama 9 bulan ini.

‘Bukti’ dari Claire, Ambiga, Husam

Sehingga kini, Claire Brown, Ambiga, Husam mahupun sesiapa jua yang terlibat memfitnah, masih tidak berupaya menunjukkan bukti jelas yang tidak boleh dipertikai, termasuklah money trail antara PAS dan UMNO.

‘Bukti’ yang ada hanyalah kenyataan mereka yang mengatakan, “PAS menerima 90 juta dari UMNO” sahaja.

Logik dan rasional di sebalik fitnah tersebut

Semua akaun bank Datuk Seri Najib dan UMNO dibekukan seawal bulan pertama Pakatan Harapan memerintah, bertujuan untuk menyiasat akaun-akaun tersebut.

Logiknya tentulah jika ada sebarang transaksi melibatkan PAS maka akaun PAS juga akan dibekukan serta merta.

Atau setidak-tidaknya akan ‘menyalak’ sakan Pakatan Harapan dengan ‘penemuan’ tersebut.

Tentunya Pakatan Harapan akan lakukan kerana ‘penemuan’ tersebut boleh memalukan dan mengancam kredibiliti PAS selaku parti yang memperjuangkan Islam, selama-lamanya.

Kisah 90 juta akan dijaja sehingga PRU-15 demi menggagalkan kerjasama PAS-UMNO

Jika strategi ini berjaya maka irama 90 juta ini akan didendangkan berterusan sehingga ke PRU-15 kelak.

Ini semata-mata untuk menunjukkan bahawa bukan sahaja UMNO yang rosak malah PAS yang memperjuangkan Islam juga terpalit sama.

Mereka telah berjaya ke atas UMNO dan kini PAS pula menjadi mangsa.

Jangan jatuh dalam lubang yang sama

Manusia dianugerahkan akal untuk berfikir dan melalui pengalaman, mereka akan lebih berhati-hati dan tidak akan mudah terpedaya.

Dalam 9 bulan Pakatan Harapan memerintah ini, adakah dalam berjanji, mereka mungkiri, adakah dalam berkata-kata, mereka berdusta dan adakah apabila diberi amanah, mereka khianat?

Jika ya, maka cukup-cukuplah, kerana;

لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Seorang Mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts