Video yang baru sahaja tular memaparkan bagaimana peniaga gerai food truck A.R Ikan Patin Masak Tempoyak di Jalan Genting Kelang, Setapak diserbu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara samseng dan tidak bertamadun.
Inikah kualiti staf DBKL yang kini di bawah Khalid Samad, yang dahulu selalu dikutuk dan kini semakin terkutuk, yang sepatutnya tidak berlaku lagi di zaman Malaysia Baru ini.
Atau sememangnya ini cara kerja DBKL sejak dahulu yang sentiasa bertindak samseng terhadap peniaga makanan tepi jalan terutama kaum Melayu?
Persoalan yang lebih utama adalah, kenapa DBKL hanya berani bertindak samseng terhadap warganegara sendiri dan tidak kepada peniaga warga asing yang isunya jauh lebih membarah tetapi dibiarkan berleluasa?
Mereka bukan sahaja melakukan kesalahan berniaga, malah turut melakukan kesalahan imigresen apabila menyalahgunakan permit pekerjaan dengan bekerja di luar bidang yang dinyatakan.
Selain ramai yang bekerja tidak mengikut permit pekerjaan masing-masing serta berniaga ikut suka, mereka juga duduk melebihi waktu di negara ini.
Jika operasi bersepadu dilakukan, pelbagai isu warga asing akan terbongkar, yang sepatutnya diutamakan.
Jika tidak mahu menangani warga asing sekalipun, janganlah pula warga sendiri dilayan seperti penjenayah.
Berhemahlah walaupun mereka berniaga tanpa lesen ataupun tidak mempunyai permit berniaga, malah dari diserbu lebih baik dibantu.
Tetapi apa yang menyedihkan, jika dilihat dari video yang tular ini, salah seorang pemuda food truck tersebut dicekak leher dan ditarik dari belakang oleh staf DBKL ketika sedang melipat mejanya.
Jika bersalah sekalipun namun beliau bukanlah penjenayah dan pihak polis wajar menangkap staf DBKL tersebut kerana bertindak samseng dan melampau.
Tentunya perkara ini satu kesalahan jenayah yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Jika Papagomo boleh ditangkap dan ditahan reman hanya kerana dituduh ‘mencekak’ leher Syed Saddiq, apatah lagi anak muda yang hanya mampu berniaga food truck tepi jalan dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah ini.
Bahkan Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan boleh membela mereka dengan menyeret staf DBKL yang samseng ini ke muka pengadilan, seperti yang beliau buat terhadap Papagomo yang dituduh mencekaknya.
Apapun, pemuda ini dan rakan-rakannya yang berniaga mencari rezeki dalam keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing ini, tidak wajar dilakukan secara samseng oleh sesiapapun, apatah lagi oleh pihak berkuasa tempatan.
https://www.youtube.com/watch?v=nIgiYqstHBA