YB IZZAH, MOHON SELARASKAN PUSAT TVET DENGAN SEGERA

192
SHARES
614
VIEWS

Saranan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak 

bagi mewujudkan sebuah badan induk tertinggi TVET wajarlah diteliti dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Menurut beliau, badan ini perlu diwujudkan segera untuk menyelaraskan kesemua agensi yang melaksanakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET). Badan induk tertinggi itu perlu berperanan sebagai institusi yang bebas bagi mengiktiraf kesemua sijil kemahiran dari semua agensi dan institusi yang menawarkan program TVET. Menurut beliau program ini diuruskan oleh tujuh kementerian tetapi sijil kemahiran yang dikeluarkan masing-masing ada yang tidak diiktiraf.

Selain menyelaras, badan induk tertinggi ini juga boleh berperanan sebagai pemantau syarikat yang diberikan tanggungjawab sebagai penyedia latihan serta memantau keberkesanan program latihan termasuklah kebolehpasaran pelatih latihan TVET tersebut sebaik menamatkan program.

Kerajaan dan rakyat wajar menyambut baik saranan ini agar dilaksanakan serta merta kerana bagi mengelakkan masalah di atas serta ketirisan yang berlaku sebelum ini di mana seperti yang boleh dilihat di Pusat Kemahiran TVET di Kulai, Johor atau lebih dikenali sebagai Skills Johor.

Di mana dikhuatiri berlakunya unsur rasuah, monopoli dan ketirisan apabila pelbagai syarikat yang dikuasai oleh individu yang sama memiliki kepentingan dalam pemilikan tanah serta turut terlibat dalam pembangunan pusat TVET tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts