PM SELEWENG MOTIF TMJ BANGKITKAN ISU STATUT ROM

397
SHARES
1.1k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Kalau TMJ nak pukul orang sesuka hati, Baginda boleh didakwa di Mahkamah Jenayah biasa kerana Baginda TMJ belum menjadi Sultan Johor yang melayakkan Baginda didakwa di Mahkamah Khas atas perbuatan jenayah yang dilakukan atas kapasiti peribadi Baginda.

HAL ini tiada kaitan dengan Statut Rom wahai Tun Mahathir.

Tanpa Statut Rom pun, rejim Tun Mahathir boleh mendakwa TMJ jika Baginda memukul sesiapa.

Jadi jangan kaitkan isu pukul memukul ini dengan isu Statut Rom.

Yang dibangkitkan oleh TMJ adalah proses ratifikasi Statut Rom adalah tidak Berperlembagaan kerana tidak terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Tiada kena mengena sama ada Baginda akan memukul orang ataupun tidak.

Jangan kalih isu lain.

Saya tak tau.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts