Sejak 2 hari lepas, saya menerima beberapa mesej Whatsapp menyeru agar umat Islam jangan sesekali memuatnaik gambar haiwan korban, proses menyiang dan sebagainya.
Alasan adalah bagi menjaga hati rakan-rakan bukan Islam dan mengelak agama ini dilihat ganas.
Saya nak beritahu ibadat korban ini bukan saja syariat, tetapi juga syiar. Takut untuk menyebarkan syiar hanya kerana takut disalahfaham adalah sifat malu melampau kepada agama sendiri.
Sejak bila kita semua menjadi segan kepada syariat Tuhan?
Kita ini sudah 62 tahun Merdeka. Sepanjang tempoh itu kita tidak pernah merasa sensitif apabila ada gambar hidangan babi dan arak di meja rakan bukan Islam ketika perayaan mereka. Bukannya kita ada di situ dan jamah sekali.
Begitu juga dengan rakan bukan Islam. Apakah kalian merasa mereka terlalu bodoh untuk terasa hati melihat kita menjalankan ibadah korban? Bukannya kita sembelih lembu belakang rumah mereka. Tiada rakan bukan Islam saya yang pernah menegur begitu.
Dan jika ada yang sensitif tidak bertempat, itu bermakna mereka sendiri gagal memahami hidup bermasyarakat.
Kenapa perlu apologetik sangat? Berhentilah bertolak ansur tidak bertempat. Sebarkan syiar dan tegakkan syariat.
Hiduplah berprinsip. Nescaya orang akan hormat.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu.
ULASAN:
Perkara seperti ini sudah mula diperdengarkan, kononnya menyembelih lembu dan kambing di kawasan public adalah sesuatu yang tidak sensitif kepada bangsa-bangsa lain di negara ini, terutama kepada orang beragama Hindu.
Ini adalah cara mereka untuk menghalang kebebasan kita menjalankan majlis keagamaan.
PERSOALANNYA:
Kalau menyembelih lembu di tempat-tempat awam dilihat sebagai satu penyiksaan kepada binatang dan sebagainya.
BAGAIMANA PULA:
Dengan perayaan Thaipusam, di mana orang-orang beragama Hindu berarak dan mencucuk badan, lidah dan muka mereka dengan besi dan sebagainya.
Bukankah ini penyiksaan kepada tubuh badan manusia?
Kitapun tidak larat hendak tengok.
Ada kita complain agar ketika mereka berarak dari satu kuil ke Kuil Besar di Batu Caves, mereka lakukan perarakan secara tertutup?
CUBA JAWAB PERTANYAAN INI?
Tolenrasi antara kaum diperlukan di negara ini bukannya rasa kebencian antara satu sama lain.
Salam.
DSBA
12 Ogos 2019
3.57 pm.