MEMARTABATKAN NILAI KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN DALAM MORALITI SEKSUAL DAN UNIT KELUARGA

219
SHARES
705
VIEWS

MACSA menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama), YB Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook-nya bertarikh 10 Julai 2020 yang meminta Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk tidak hanya menahan transgender tetapi juga memberikan pendidikan agama sehingga masyarakat transgender dapat “kembali ke jalan yang benar”.

Kenyataan itu, yang dibuat berikutan suatu kontroversi baru-baru ini yang berlaku akibat perkongsian gambar-gambar lucah oleh pengusaha kosmetik transgender terkenal, adalah satu langkah meraikan seruan untuk menegakkan tradisi agama dan rohani Islam mengenai hubungan seksual yang terdiri daripada pasangan lelaki-wanita dan unit keluarga tradisional iaitu suami-isteri-anak-anak.

Namun, kami kesal melihat maklum balas daripada pihak-pihak tertentu terhadap kenyataan Menteri itu yang mengkritik dan menuduh kenyataan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan merendah-rendahkan golongan ‘trans.’

Sungguhpun kami ambil maklum akan kebimbangan yang diluahkan oleh NGO mengenai penganiayaan yang dilakukan terhadap orang-orang trans oleh pegawai pihak berkuasa yang tidak mematuhi prosedur operasi standard. Akan tetapi, sangkaan kononnya pernyataan itu dengan sendirinya akan menambah diskriminasi, keganasan dan penganiayaan terhadap golongan transgender secara sistematik tanpa hukuman ke atas pegawai penguatkuasa Jabatan Islam dan juga orang awam, kami berpendapat bahawa masalah ini harus ditangani secara berasingan dan tidak mengaitkan penganiayaan terhadap orang-orang trans dengan seruan Menteri untuk menegakkan perintah etika dan moral seperti yang termaktub dalam Islam dan ajaran agama lain.

Kami sering menyatakan bahawa komuniti transgender harus diperlakukan seperti manusia lain yang turut dijamin maruah diri, layak untuk hidup dan memiliki akses kepada semua tempat awam seperti yang termaktub dalam Artikel 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam (CDHRI) dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD). Mereka seharusnya tidak dipinggirkan, ditolak atau dikecam tetapi berhak untuk disantuni oleh orang ramai dalam kegetiran yang mereka lalui.

Apa yang dikatakan Menteri itu tidak lebih daripada sekadar menuntut masyarakat Islam pada umumnya untuk menjaga maruah mereka dan mempertahankan moral masyarakat yang menyokong ketatatusilaan, kesopanan dan saling menghormati serta tingkah laku masyarakat dalam hubungan seksual mengikut prinsip dan ajaran Islam sebagai agama Persekutuan.

Perlindungan terhadap Tatasusila & Kesopanan Awam

MACSA menekankan bahawa kenyataan Menteri tersebut yang dikeluarkan berdasarkan peruntukan Seksyen 28, Kesalahan Jenayah Syariah (Akta Wilayah Persekutuan) [Akta 559]. Peruntukan ini memberi kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menyiasat mana-mana lelaki yang, di mana-mana tempat awam, memakai pakaian wanita untuk tujuan tidak bermoral. Seksyen 29 memperuntukkan pegawai-pegawai ini untuk menyiasat mana-mana orang yang melakukan perkara bertentangan dengan Undang-undang Islam serta bertindak atau berkelakuan tidak senonoh di mana-mana tempat awam. Peruntukan ini mencerminkan pemahaman Syariah yang selari dengan ajaran Islam yang kini menjadi sebahagian daripada sistem perundangan Malaysia untuk melindungi masyarakat Islam daripada tindakan tidak senonoh dan tidak bermoral. Oleh itu, peruntukan-peruntukan tersebut harus dihormati sebagai undang-undang Wilayah Persekutuan.

Hak Orang Transgender untuk Mendapatkan Ilmu dan Pendidikan

Islam dan agama-agama penduduk Timur lain seperti penganut Kristian mewajibkan pengikutnya untuk mendidik mana-mana individu yang menjalani gaya hidup yang terpesong dari jalan kebenaran seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, atau kitab suci Kristian.

Ini termasuk mendidik dan menasihati golongan trans yang datang secara sukarela untuk mendapatkan pertolongan dan kefahaman. Bagi individu-individu yang secara sukarela meminta pertolongan serta mencari jalan keluar, kewujudan mereka seharusnya diakui dan golongan ini mempunyai hak untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman agama bagi kesejahteraan diri mereka sendiri. Mereka tidak sepatutnya dihalang daripada menikmati hak-hak tersebut akibat mengikut naratif semasa, kononnya perubahan sukar untuk berlaku dan kononnya mereka terpaksa menyerahkan diri kepada pihak berkuasa agama, serta akibat khuatir terpaksa menghadapi penolakan daripada kumpulan LGBTQ yang lebih luas selain ancaman disisihkan oleh orang awam dan sebahagian besar masyarakat Muslim sendiri.

Menyalah tafsirkan Program Pendidikan

Dalam usaha mendidik golongan transgender ini, terdapat saranan dan penekanan bahawa program pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak penguatkuasa agama adalah tidak lebih dari “terapi pembetulan atau penukaran” yang menggunakan kaedah kerohanian dan keagamaan yang kemungkinan akan membawa kesan berbahaya, termasuk kemurungan, cubaan dan idea untuk bunuh diri serta mencederakan diri. Malahan terapi ini kononnya dikatakan sebagai salah satu bentuk penyeksaan yang boleh mendatangkan berbagai ancaman pada individu terbabit malah orang sekeliling mereka yang tersayang.

Tuduhan dan kenyataan sedemikian adalah dangkal dan tidak berasas. Manual pendidikan yang digunapakai oleh JAKIM bertujuan untuk mempromosikan serta mendidik golongan transgender Muslim mengenai prinsip-prinsip asas Islam. Perkara ini mempunyai justifikasi yang  benar dan sah di sisi undang-undang. Penyertaan dalam program Mukhayyam adalah sepenuhnya sukarela tanpa unsur paksaan dan sangat jauh daripada terapi penukaran yang diamalkan oleh negara lain yang melibatkan unsur paksaan. Realitinya, Mukhayyam adalah nama umum untuk mana-mana kem spiritual yang biasanya diadakan oleh sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk para pelajar juga dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta untuk kakitangan Muslim mereka sebagai sebahagian daripada pembentukan pasukan dan input motivasi. Ringkasnya, Mukhayyam yang diadakan untuk individu trans sebenarnya menekankan sifat toleransi dan tidak diskriminasi dalam kalangan pihak penguatkuasa agama bagi menyediakan pendidikan dan pembangunan kesedaran sebagai sebahagian daripada hak agama mereka. Perkara ini telah berulang kali disahkan oleh peserta-peserta program Mukhayyam yang lalu.

Proses pendidikan ini dijalankan untuk menanam serta memupuk rasa hormat dan penerimaan antara masyarakat Melayu-Islam dan nilai-nilai keagamaan dan budaya penganut lain. Mereka berusaha untuk mengubah perspektif dan pemikiran orang awam selari dengan ajaran Islam dan budaya keagamaan. Menyalah tafsir program pendidikan yang dirancang khusus untuk komuniti trans Muslim, sebagai terapi pembetulan atau penukaran adalah suatu salahnyata fakta. Jelas perkara tersebut adalah suatu diskriminasi terhadap kumpulan agama dan menghalang hak mana-mana kumpulan agama untuk mengamalkan kebebasan beragama dan menjalankan urusan agama mereka sendiri. Sekiranya kerisauan dan keprihatinan sebahagian masyarakat adalah terhadap kesan dan penyalahgunaan terapi secara berbahaya, perkara yang sama harus disokong dengan bukti kukuh sehingga masalah utama dapat ditangani dengan perhatian yang sewajarnya.

Menjatuhkan Nilai Agama dan Kerohanian Majoriti

Kami merasa khuatir serta gusar dengan promosi awam mengenai gaya hidup dan nilai LGBTQ. Dalam menghormati hak semua orang untuk mengekspresikan dan menjalani gaya hidup mereka sendiri, kami berpendapat bahawa nilai-nilai dan gaya hidup yang dipromosikan dan ditunjukkan oleh kumpulan LGBTQ adalah bertentangan dengan nilai-nilai agama dan kerohanian Islam serta tradisi agama lain.

Ini mencemarkan nilai etika dan moral kesucian seksual, kesusilaan dan unit keluarga tradisional yang sekian lama telah diamalkan oleh semua penganut agama.

MACSA turut memperhatikan dan meluahkan rasa bimbang terhadap perkembangan negatif dan sikap angkuh sesetengah pendokong dan pembela gaya hidup LGBTQ dengan  terutama ketika mereka keluar untuk menyerang dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas terhadap kumpulan agama konservatif dan orang-orang beragama sebagai fanatik. Sebilangan besar yang disebut sebagai pembela kebebasan ini menyelar sebarang kritikan sebagai penghalang kepada kehidupan progresif, oleh demikian berhak untuk dikecam dan dikritik ketika mereka tidak bersetuju dengan promosi LGBTQ. Contohnya adalah serangan baru-baru ini terhadap penulis & pengarang, JK Rowling berikutan tweetnya yang benar-benar menyatakan kegusarannya terhadap aktivisme trans baharu yang mengikis definisi undang-undang seks sehingga mengancam hak wanita dan anak-anak perempuan.

Hormati Rukun Negara kita

Oleh kerana Rukun Negara adalah ideologi utama negara bangsa moden di Malaysia, kami menyeru setiap rakyat Malaysia untuk menegakkan dan menghargai prinsip-prinsip Rukun Negara, khususnya ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Ini adalah perlu bagi menyemak semula trend baharu yang lebih cenderung untuk meraikan posting lucah dan tidak senonoh yang dikongsi di media sosial. Trend tidak bermoral ini membimbangkan kerana ianya semakin meningkat dan akhirnya akan merosakkan moral, kesopanan dan kesusilaan masyarakat yang sekian lama terjalin dengan pelbagai agama dan tradisi budaya yang unik.

Seharusnya mudah bagi rakyat Malaysia untuk menerapkan prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara dan melakukan usaha secara kolektif bagi memastikan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bersama ini tidak terhakis atau lenyap bersama demi sebuah Malaysia yang baik dan sejahtera.

KENYATAAN BERSAMA:

LUKMAN SHERIFF ALIAS ialah Pengasas Malaysian Lawyers’ Circle (MLC) merangkap Pengerusi MACSA.

PROF MADYA DR. RAFIDAH HANIM MOKHTAR ialah Presiden, Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) merangkap Pengerusi Bersama MACSA.

Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) adalah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan sivil Malaysia yang diwujudkan bagi tujuan memantau dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu hak asasi manusia di Malaysia bagi tujuan Proses Semakan Berkala.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts