KENYATAAN MEDIA WIRANITA PUTRA SEMPENA HARI WANITA 2020

149
SHARES
482
VIEWS

NAIB KETUA PERGERAKAN WIRANITA PARTI PUTRA MALAYSIA

26 Ogos 2020

WIRANITA PARTI PUTRA menyambut baik dan menyokong sepenuhnya saranan daripada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menggariskan empat perkara yang perlu kerajaan laksanakan sempena Hari Wanita Kebangsaan 2020 tahun ini.

Wanita adalah ‘tulang belakang’ dalam pelbagai aspek dan sektor, sama ada pentadbiran kerajaan, swasta, politik, pendidikan, perubatan, perkilangan dan pelbagai lagi malah yang paling utama sikap keibuan dn kekeluargaan yang menjadi tanggungjawab utama seorang wanita.

Pengorbanan seorang wanita menjaga keharmonian keluarga tidak boleh dinafikan dengan sifat mereka yang amat tabah, cekal dan sabar.

Keperluan wanita terhadap semua aspek ini tidak dapat dinafikan. Tiada apa cabaran yang wanita tidak mampu lakukan malah ada kalanya lebih baik daripada kaum lelaki. Ini tidak boleh dinafikan malah telah terbukti di beberapa negara, kaum wanita diangkat menjadi pemimpin negara tersebut.

Dengan semua penglibatan kaum wanita di pelbagai lapangan ini maka sudah tentu mereka sentiasa bersemuka dan terlibat bekerja dengan golongan yang lain. 

Sungguhpun kaum wanita yang nampak sentiasa tenang dan berani namun hakikatnya mereka tetap memiliki kelemahan dan mudah diambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan. 

Justeru itu, empat perkara yang dicadangkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita atau WAO ialah;

1. Luluskan rang undang undang
gangguan seksual

2. Menjenayahkan amalan menghendap dalam kanun keseksaan.

3. Pinda Akta Kerja dengan memasukkan 7 hari cuti paterniti dan perlindungan diskriminasi ke atas pencari kerja.

4. Bentangkan Belanjawan 2021 yang inklusif terhadap wanita

Wiranita Putra amat menyokong dan menerima cadangan yang dibawa oleh WAO yang amat baik dan seharusnya diambil perhatian oleh pihak kerajaan bagi memperhalusi dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Wiranita Putra juga mendesak Kerajaan Perikatan Nasional untuk menjayakan dan melaksanakan cadangan yang bermanfaat ini khususnya untuk golongan wanita di negara ini. 

Ros Hanita Binti Mohd Basir

Naib Ketua Wiranita PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts