Semakin jelas mainan Tun Faisal. Sudah pertikai kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO yang bakal mengadili beliau. Nampak sangat mahu ‘discredit‘ lembaga tersebut sedangkan proses pengadilan belumpun bermula.
Bila sudah mula pertikai lembaga yang akan mengadili beliau, maknanya beliau memang tiada keyakinan akan diadili secara adil dan telus. Jadinya, Tun Faisal tunggu apa lagi?
Bolehlah angkat kaki cepat jika sudah tiada keyakinan kepada lembaga disiplin yang bakal bersidang. Buang masa semua pihak sahaja jika lembaga disiplin meneruskan proses. Tun Faisalpun buang masa juga hadir nanti.
Tun Faisal asyik meratib “No Anwar, No DAP“. Mulut kata lain, perangai buat lain. Taktik Tun Faisal adalah tunggu kena pecat. Hendak jadi ‘hero’. Ini perangai Anwar! Ini juga perangai DAP.
Anwar sampai ke sudah tidak mahu keluar parti walaupun kehadirannya hanya memecah belahkan parti yang disertai. Baik dalam UMNO mahupun PKR. Dalam UMNO, kena pecat konon jadi ‘hero’. Dalam PKR jadi presidenpun konon jadi ‘hero’.
Sama juga perangai DAP. Siap beritahu ahli parti jangan letak jawatan pengerusi GLC walaupun kerajaan telah bertukar. Biar sampai kena pecat. Konon hendak jadi ‘hero’ juga. Muka tembok memang begitu.
Makanya, Tun Faisal juga muka tembok. Mulut kata lain, tindakan buat lain. “No Anwar, No DAP” tetapi perangai ikut Anwar dan DAP.
Menunggu tindakan UMNO untuk memecat beliau biarpun sudah ada bayangan ditunjuk jalan keluar oleh pimpinan parti.
Jika sayang UMNO bukan begitu caranya. Barangkali ramai juga yang lain tidak bersetuju dengan Presiden UMNO sekarang namun memilih bersuara mengikut saluran parti. Jangan beri peluru kepada musuh untuk tembak kita balik!
Kepada Tun Faisal, jadilah anak jantan dalam pertarungan ini. Biarpun banyak halangan, anak jantan tidak sesekali mengkhianati dan mencari seribu satu alasan.
Gelanggang adalah proses pengadilan yang bakal beliau tempuh. Jangan menyerang sebelum wisel permulaan ditiup oleh pengadil.
Jangan jadi seperti bang Sajat. Berani dari luar sahaja. Bila mahu ditangkap dan dibicarakan, lari entah ke mana.
Kita harap Tun Faisal tidak begitu. Hanya pondan sahaja yang berselindung di sebalik perempuan walaupun dia sebenarnya lelaki…
Paku Warren