KERAJAAN DIGESA BERI TUMPUAN SERIUS KEPADA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN – WIRANITA PUTRA

126
SHARES
405
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA

1 Jun 2021

1. Wiranita PUTRA bersetuju dengan kenyataan bekas menteri persekutuan Tan Sri Rafidah Aziz supaya rakyat tidak membanjiri pusat pemberian vaksin (PPV). 

2. Kerajaan seharusnya sedar dan mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk mengatasi dan tidak menggalakkan kesesakan berlaku di tempat-tempat PPV supaya dapat kluster pusat vaksinasi Covid-19 dapat dielakkan. 

3. Wiranita juga bersetuju dengan kenyataan Rafidah mempersoalkan kenapa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Norhisham Abdullah tidak menganggotai badan bertindak imunisasi Covid-19 (CITF) dalam Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

4. Kerajaan seharusnya tidak membuang masa atau wang ringgit untuk melaksanakan program “berskala mega” dan bersikap realistik untuk menangani perkara ini.

5. Kerajaan perlu memandang serius bahawa berjuta angka masih lagi menunggu giliran tetapi berapa peratuskah yang telah sampai ke Malaysia? Selain itu isu kadar pendaftaran untuk program vaksinasi juga amat rendah.

6. Wiranita PUTRA amat kecewa kerana sistem pendaftaran yang digunakan tidak menepati sasaran dan amat bercelaru.

7. Lebih mengecewakan apabila ada yang mendaftar awal namun masih belum dihubungi untuk menetapkan tarikh divaksin ditambah pula dengan PPV yang sesak dan kelam kabut. Tambah mengecewakan apabila golongan berusia turut mengambil masa yang lama untuk beratur dan menunggu giliran masuk dewan untuk divaksin.

8. Adakah pihak yang dipertanggungjawab untuk pengurusan vaksinasi ini tidak mampu berfikir mencari kaedah yang lebih baik untuk dilaksanakan? 

9. Persoalannya kenapa kerajaan menghadkan PPV sehingga beribu rakyat perlu hadir secara serentak untuk mendapatkan vaksin? Sepatutnya di setiap Parlimen telah wujud hospital dan klinik kerajaan termasuk juga ratusan klinik swasta boleh digunakan untuk tujuan PPV ataupun menggunakan dewan yang besar yang terdapat di sekitar Parlimen tersebut.

9. Kerajaan juga boleh melantik kordinator dengan melibat kan wakil-wakil parti politik tidak kira apapun parti dalam Parlimen tersebut untuk membantu urusan pendaftaran oleh wakil KKM. Kerajaan juga boleh mengarahkan kakitangan hospital dan klinik swasta untuk menguruskan pemberian vaksinasi kepada 20 atau 25 orang secara serentak.

10. Wiranita PUTRA mencadangkan agar sistem pendaftaran dibuat seperti sistem check in online untuk menaiki pesawat. Penumpang hanya perlu mencetak bording pass di rumah atau pejabat. Tetapi hanya check in online dengan pengesahan panggillan, mengesan lokasi serta masa untuk mendapat maklumat penerima.

11. Penerima perlu memasukkan maklumat kad pengenalan dalam peranti dan mengambil nombor giliran serta menunggu sehingga nombor dipanggil yang tertera pada mini skrin digital. 

12. Semua siatem ini boleh dibuat dengan harga yang rendah. Malah perisian juga sudah tersedia dan hanya perlu memasukkan data tanpa memerlukan peruntukan yang besar berjumlah RM70 juta. Hanya perlukan sedikit kebijakkan untuk mengurus sistem ini supaya tiada kesesakan yang berlaku di PPV.

13. Wiranita PUTRA turut menggesa pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini supaya rakyat tidak keliru dengan pengaliran wang yang besar sebanyak RM70 juta.

Terima kasih.

Oleh Ros Hanita Bt.Mohd Basir

Ketua Pergerakan Wiranita PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts