SINGAPURA MAJUPUN BUKAN KERANA ADA PAS – ISHAM JALIL

116
SHARES
374
VIEWS

Segelintir pemimpin-pemimpin PAS hari ini tidak berpijak di dunia nyata dan jauh terpesong daripada realiti. Terkini Timbalan Menteri Besar Kelantan Nik Mohd Amar Nik Abdullah cuba menuduh kononnya negara jiran Singapura maju kerana tiada UMNO dan Barisan Nasional di negara kecil tersebut.

“Cuba kita lihat Singapura, mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia? Tentulah yang lebih maju ialah Singapura. Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, UMNO ada ke di Singapura?”

“Ada BN ke di Singapura? Tidak ada. Ini bermakna, jika tidak ada UMNO, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara.”

Analogi dangkal dan tidak cerdik ini merupakan cerminan kepada pemikiran negatif dan buruk sangka PAS terhadap parti yang bekerjasama dengannya dalam Muafakat Nasional, namun akhir-akhir ini tindakan mereka seperti sengaja ingin memutuskannya kerana terpesona dengan habuan jawatan dalam kerajaan.

Sedangkan negara Malaysia maju dan menjadi contoh bagi negara-negara membangun lain ketika UMNO dan Barisan Nasional memerintah tetapi semuanya melarikan diri termasuk pelabur-pelabur asing apabila negara diperintah oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Malah pelbagai projek berimpak tinggi turut dihentikan termasuk projek penting G2G dengan Singapura dan China. 

Kenyataan Amar ini juga disanggah oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil yang berkata Singapura majupun bukan kerana PAS ada di negara tersebut.

Beliau dipetik berkata, “Ini lagi seorang pemimpin PAS/PN yang main komen ikut sedap mulut saja tetapi fakta dan pemikiran ke laut. Singapura memang tiada UMNO dan ada PAS (atau serpihannya AIS). Namun adakah Naib Presiden PAS Nik Amar ini ingat Singapura maju pasal ada PAS?”

“PAS/AIS telah bertanding pilihan raya di Singapura di 12 kerusi sejak tahun 1959. Tetapi daripada 12 kerusi yang mereka bertanding itu, kesemuanya telah kalah teruk dan hampir semua iaitu di 11 kerusi atau 11 kali mereka bertanding mereka telah hilang deposit. Mereka tidak pernah jadi wakil rakyat pun di Singapura.”

Isham juga menasihati Timbalan Presiden PAS itu agar usahlah angkuh dan bongkak apabila memberi komen untuk mengutuk orang lain. Bagi rakyat Malaysia pula apabila melihat parti yang kononnya memperjuangkan Islam, semakin keliru kenapa ada segelintir pemimpin-pemimpinnya termasuk Presiden mereka yang tidak menjaga kata, suka menuduh semberono, mengutuk, menyindir, termasuk mengumpamakan orang lain dengan binatang?

Bukankah mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan berakhlak mulia kerana parti itu menonjolkan imej Islamik dan warak. 

Justeru jika inilah ‘tarbiah’ dalam PAS, adalah lebih baik parti ini dikuburkan sahaja di mana-mana pilihan raya yang diadakan sama ada di PRN Johor ataupun PRU-15 kelak. Kita tidak mahu masyarakat Malaysia dipenuhi oleh ahli politik seperti Nik Amar yang bermulut celupar dan tidak mencerminkan Islam yang sebenar – yang akan menjadi contoh buruk buat anak muda di Malaysia.

Memalukan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts