RATU ELIZABETH MANGKAT, DIGANTI OLEH RAJA CHARLES III

91
SHARES
294
VIEWS

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British meninggal dunia pada usia 96 tahun semalam. Bekas Putera Wales, Putera Charles, berusia 73 tahun akan mengambil takhta monarki Britain dengan gelaran Raja Charles III selepas kemangkatan bondanya. 

Dalam satu kenyataan ringkas Istana Buckingham mengumumkan kemangkatannya serta menetapkan selama 10 hari berkabung sebagai penghormatan terhadap Ratu Elizabeth yang merupakan Ratu paling lama memerintah dalam sejarah monarki di Britain iaitu selama 70 tahun.

Baginda juga telah menjadi Ratu Britain dan lebih sedozen negara lain sejak 1952, termasuk Kanada, Australia dan New Zealand, yang menyaksikan seramai 15 Perdana Menteri berkhidmat yang bermula dengan Winston Churchill dan Liz Truss sebagai Perdana Menteri ke-15 di bawahnya.

Semoga pemerintahan monarki Britain akan terus berkekalan dan penggantinya Raja Charles III akan menjadi pemerintah yang disegani.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts