MCW MENGUTUK KERAS ANCAMAN RAFIZI TERHADAP KP SPRM

118
SHARES
380
VIEWS

Kenyataan media MCW

17 November 2022

1. MCW memandang serius ancaman Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM ekoran siasatan awal yang dilakukan oleh agensi penguatkuasa tersebut terhadap Rafizi.

2. MCW dengan tegas mengutuk ancaman tersebut dan meminta Rafizi untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas ucapan yang beliau keluarkan semasa kempen pilihan raya tersebut. MCW juga menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan serta mengganggu-gugat siasatan pihak SPRM yang sedang berjalan.

3. Sebagai sebuah agensi yang bebas dan telus, SPRM pastinya memerlukan sokongan semua pihak terutamanya iltizam politik yang kuat dan konsisten untuk membenarkan SPRM menyiasat; proses mengumpul bukti dan menyelesaikan kes tanpa ada rasa takut.

4. Kami yakin dan percaya bahawa setiap rakyat Malaysia sentiasa menyokong SPRM. SPRM mesti terus tegas dan berani bertindak menyiasat sesiapa sahaja bagi memastikan segala dakwaan kes rasuah dibongkar sehingga akar umbi.

5. Kebijaksanaan SPRM dalam menjalankan siasatan tidak wajar dipertikaikan dan ahli politik yang disiasat perlu memberi kerjasama penuh dan dinasihatkan untuk mengelakkan membuat kenyataan yang kelihatan menganggu atau mencampuri urusan siasatan bagi memastikan siasatan yang telus dapat dilaksanakan.

Malaysia Corruption Watch (MCW) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts