PERSENDA BENCANA TURKIYE: PELUANG PERANCIS HARAMKAN TERUS CHARLIE HEBDO

76
SHARES
245
VIEWS

Jika naratif kebencian dan menyemai Islamophobia terus dimainkan oleh majalah mingguan Charlie Hebdo gagal dihentikan oleh negaranya sendiri, maka kenapa perlu satu dunia bersusah-payah mendesak mereka menarik balik terbitannya yang sentiasa biadap dan menyemai kebencian?

Jika negaranya sendiri gagal menangani majalah tersebut tanpa mengira apa jua mediumnya maka kenapa perlu bersusah-payah mahu Charlie Hebdo menghentikan satira mereka mengenai serangan terhadap agama? Termasuk yang berlaku di Turkiye melalui kartun “Seisme en Turquie“, di mana boleh dilihat sama ada Perancis benar-benar menghormati agama dan negara lain atau hanya berpura-pura selama ini.

Musibah melalui bencana gempa bumi yang melanda Turkiye bukanlah satu perkara yang boleh dimain-mainkan atau dijadikan bahan politik, apatah lagi jika dijadikan jenaka satira yang pasti mengundang kebencian. Dikhuatiri insiden pada tahun 2015 akan berulang, yang dicetus oleh keceluparan dan sikap biadab dan provokasi melampau oleh Charlie Hebdo sendiri. 

Masyarakat dunia juga mahu tahu bagaimanakah agaknya reaksi kerajaan Perancis jika negaranya pula dilanda gempa bumi sama seperti Turkiye dan dalam masa yang sama ada majalah tertentu mempersenda bencana tersebut. Mungkinkah Perancis akan bergelak ketawa dengan jenaka tersebut atau mengecam keras majalah itu termasuk meminta negara asalnya mengharamkan terus penerbitannya?

Justeru, jika benar-benar Perancis jujur, inilah masanya negara itu haramkan terus Charlie Hebdo dan bawa pemiliknya ke muka pengadilan kerana provokasi melampau dan adu-domba, selain menjadi ejen penyebar kebencian. 

Jika tidak, jelas sama ada Perancis tidak ikhlas mengekang kebencian dan Islamophobia, atau memang benarlah dakwaan bahawa Charlie Hebdo sememangnya didalangi oleh organisasi tertentu selama ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts