Tan Sri Shahrir Samad mengakui memang masih ada pegawai di Suruhanjaya Siasatan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih juuur. Beliau berkata pegawai yang jujur itu ialah Pegawai Penyiasat (IO) dalam kes beliau yang telah dilaluinya selama bertahun sebelum didapati tidak bersalah dan dibebaskan.
Shahrir berkata sedemikian bagi mengulas satu laporan media mengenai kemungkinan pegawai-pegawai SPRM akan dikenakan ujian poligraf bagi mencari pegawai-pegawai jujur berkhidmat untuk badan tersebut.
“Satu-satunya adalah Pegawai Penyiasat (IO) kes AMLA/LHDN saya. Dia bercakap jujur dalam mahkamah yang penyiasatan terhadap saya tidak lengkap dan sempurna.”
“Dia bercakap jujur dalam mahkamah yang penyiasatan terhadap saya tidak lengkap dan sempurna.”
Shahrir turut memuji pegawai penyiasatnya itu sebagai pegawai SPRM yang jujur tetapi mempersoal adakah kejujurannya itu mendapat pujian dari “orang-orang atas”?
Beliau berkata malah mungkin pegawainya itu akan dimasukkan ke ‘cold storage‘ iaitu akan ‘dibekukan’. Bukan dipuji dan dinaikkan pangkat yang sepatutnya diberikan kepada pegawai yang benar-benar jujur dan ikhlas berkhidmat.
Apapun, jawapan tersebut hanya ada pada SPRM, iaitu adakah mereka benar-benar mahukan pegawai yang jujur, seperti mana soalan Shahrir di akhir siarannya iaitu, “Jadi, betul ke yang SPRM hendak pegawai-pegawai yang jujur?“