Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan bertemu dua anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam lawatannya ke Kelantan kelmarin.
Dalam lawatan sehari tersebut Anwar turut ditemani isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pertemuan itu turut disertai oleh Wan Ji Wan Hussin yang amat kontroversi sebelum ini apabila tular videonya yang berkata Institusi DiRaja dan monarki di negara ini akan tamat dalam jangka masa sepuluh tahun.
Walaupun pertemuan antara Anwar dan Nik Muhammad Abduh serta abangnya Nik Omar Nik Abdul Aziz dikatakan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik, namun sebenarnya tiada apa yang mahu dipelikkan.
Ini kerana pertemuan Haji Hadi dan pimpinan PAS bertemu Tun Mahathir juga berlaku malah ada sesi menandatangi Proklamasi Orang Melayu itu jauh lebih pelik kerana masing-masing sudah berumur tetapi masih mahu membuang masa beretorik ‘sampah’ kononnya Melayu semakin hilang kuasa dan kedudukannya di negara ini.
Tua-tuapun masih mahu bermain dengan isu perkauman yang hakikatnya sejak zaman Tun Mahathir memerintah selama 22 tahun dahulupun hanya kroninya yang kaya raya, bukannya orang Melayu.
Malah hanya dalam 22 bulan, Tabung Haji terjejas teruk, Tun Mahathir biarkan ia dijarah oleh Lim Guan Eng sesuka hatinya dan puluhan aset negara terlepas kepada pihak lain. Atas kebodohan Tun Mahathir ketika itu, yang dilipatgandakan oleh Tommy Thomas, aset negara milik Petronas bakal dilelong jika tindakan mencegahnya lambat diadakan.
Tambah bodoh, Haji Hadi dan PAS masih mahu percaya kepada beliau walaupun sedar realiti Tun Mahathir dan partinya ditolak rakyat sehingga masing-masing bukan sahaja kalah teruk di PRU-15 malah kehilangan deposit.
Sungguh memalukan, rakyat Langkawi sendiri sudah ‘mengajar’ Tun Mahathir tetapi Hadi dan PAS sanggup ‘memperkuda’ agama dengan berkata pertemuan mereka itu seumpama “asal perjuangan Islam”.
Ini lagilah pelik.