36 JAM TANPA HENTI BUMI MUALLIM JADI TEMPAT BERADU IDEA PEMIMPIN MUDA

121
SHARES
390
VIEWS

Tanjong Malim – Pada malam semalam, 30 Mei 2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan bangganya mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan UPSI Leaders Colloquium 2023 di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Majlis dirasmikan oleh YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia, dan Sukan. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Bin Salimin serta Penasihat Gerakan Mahasiswa Perak, Encik Muhammad Zafir Bin Mohd Saman.

Dalam ucapan perasmian, YB Encik Khairudin memberikan sokongan penuh terhadap matlamat program dalam memupuk bakat-bakat belia. Katanya lagi dalam ucapan, “Buat para pemimpin muda, binalah karakter diri. Gilaplah bakat-bakat yang ada dalam diri. Pupuklah diri menjadi pemimpin yang hebat.

Tambahan lagi, program UPSI Leaders Colloquium adalah inisiatif yang bertemakan kepimpinan dan memiliki objektif sebagai “The Longest Non Stop Public Speaking Event” dalam Malaysia Book of Records. Program ini mengadakan sesi pengucapan awam yang akan berlangsung selama 36 jam mulai dari 30 Mei 2023 hingga 1 Jun 2023. Pentas pengucapan awam itu juga, bakal disertai oleh lebih dari 250 orator dari seluruh Malaysia, termasuk pelajar mahasiswa dan masyarakat umum, pelajar sekolah dan juga pemimpin tempatan.

Program tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan di kalangan belia, terutama di negeri Perak. Pengarah program, Siti Fairuz Rohaliza Binti Ejahar berkata, “Saya melihat adanya banyak bakat hebat dalam kepimpinan di kalangan kawan-kawan yang harus diketengahkan. Oleh kerana itu, saya ingin menyediakan platform bagi mengasah bakat mereka. Saya berharap program ini bakal menjadi salah satu platform yang terbaik dalam memberikan ruang kepada kawan-kawan saya untuk mengembangkan potensi kepemimpinan mereka.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, yang merupakan salah satu wadah untuk melibatkan mahasiswa dalam pengorganisasian acara ini. UPSI Leaders Colloquium 2023 diharapkan dapat memberikan inspirasi, pemahaman, dan keterampilan kepemimpinan kepada peserta, serta memperkasa bakat kepimpinan mahasiswa dalam rangka mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa depan yang berkualiti.

Oleh Siti Fairuz Rohaliza Binti Ejahar

YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah memberikan ucapan perasmian di Majlis Perasmian Pembukaan UPSI Leaders Colloquium 2023

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts