ROMBAKAN KABINET SELEPAS PRN, RAFIZI ANTARA NAMA BAKAL DIGANTI, DITUKARKAN?

131
SHARES
423
VIEWS

Benarkah pengasas Invoke Malaysia yang juga Menteri Ekonomi Rafizi Ramli antara nama yang bakal disingkirkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi? Cuma sama ada beliau bakal dikeluarkan terus atau ditukar ke kementerian lain masih belum ada ketetapan yang dibuat oleh Perdana Menteri. 

Selain itu ada juga ura-ura seorang Menteri bertaraf Senator dari UMNO juga dikatakan bakal digantikan namun Presiden UMNO sudahpun dimaklumkan awal. Sama seperti GRS di Sabah dan GPS di Sarawak, Pengerusi masing-masing telahpun dimaklumkan awal dan mencari nama lain sebagai ganti mereka yang akan dikeluarkan. Formula penggantian ini dijangka tidak menyukarkan mana-mana parti kerana telah diberitahu awal, ini termasuklah seorang Menteri DAP juga terlibat sama. 

Berbalik kepada Rafizi yang lebih banyak berteori dan asyik memberi formula sebelum ini, cara beliau ketika ini selaku Menteri Ekonomi dilihat tidak banyak berubah, isu matawang jatuh juga beliau tersalah memberi jawapan, jauh sekali mahu memulihkan ekonomi yang sedia tenat. 

Jika dahulu beliau asyik menyalahkan kerajaan kini hanya pandai memberi alasan, bukannya bekerja keras memastikan ekonomi dipulihkan sekaligus menenteramkan rakyat yang marah apabila kos sara hidup semakin meningkat tanpa ada apa-apa perubahan signifikan dilakukan. 

Secara tidak langsung beberapa Menteri yang tidak perform seperti Rafizi ini semakin menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk melakukan perubahan dalam pentadbiran. Oleh kerana itulah beberapa Menteri dan Timbalan Menteri ini akan dikeluarkan dan digantikan dengan rakan lain sesama parti. 

Rombakan juga dijangka melibatkan jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan Ketua Pengarah jabatan, yang diharapkan mampu memberi perubahan dan melicinkan pentadbiran dalam negara kelak, in sha Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts