Program Semarak Madani Edisi Ke-6 berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan dengan kehadiran lebih 850 komuniti daripada tujuh buah kampung dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).
Majlis dimeriahkan dengan acara kenduri rakyat yang memasak pelbagai jenis juadah tempatan diikuti dengan acara padang yang menampilkan pelbagai jenis sukan rakyat.
Di samping itu, program turut diserikan dengan konvoi lebih 30 buah motosikal penduduk kampung dan acara pameran yang disertai oleh lebih 10 agensi seperti Angkatan Tentera, FAMA, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), zakat dan Giat Mara.
Program Semarak Madani yang berusaha meningatkan kefahaman komuniti kepada konsep Malaysia Madani akan menjelajah ke negeri-negeri dalam usaha memastikan hasrat tersebut dicapai sehingga ke peringkat akar umbi.
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)