PERKUKUH SINERGI NASIONAL BANTERAS JENAYAH KEWANGAN

63
SHARES
203
VIEWS

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Majlis Amanat Perdana Menteri (PM) Bersama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa Yang Berhubungan Dengan Jenayah Kewangan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, di sini hari ini.

Majlis anjuran Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menjadi platform penyelarasan strategik antara agensi penguatkuasa dalam memperkasa tindakan bersepadu menangani jenayah kewangan yang semakin kompleks.

Dalam amanat yang disampaikan oleh PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada lagi ruang untuk kompromi terhadap penyelewengan, rasuah dan jenayah kewangan serta memberi amaran bahawa pegawai penguatkuasa yang gagal memikul amanah tidak wajar terus diberikan ruang demi kepentingan negara.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan Ketua Pengarah NFCC, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Related Posts