MENYELESAIKAN JURANG KOS SARA HIDUP: LANGKAH STRATEGIK UNTUK RAKYAT

63
SHARES
204
VIEWS

Dari Data ke Tindakan — Kepentingan Realiti Di Dapur Rakyat

Memasuki bulan kedua di tahun 2026, EM telah menyorot jurang antara dasar dan realiti kehidupan rakyat di bawah. Laporan-laporan terdahulu menunjukkan bahawa walaupun inflasi menurun dan subsidi diumumkan, rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.

Sekarang persoalannya, bagaimana kita mahu dasar benar-benar sampai kepada rakyat? Serta siapa yang boleh memastikan keberkesanannya?

Langkah-Langkah Strategik Untuk Memastikan Polisi Berjaya

– Pemantauan dan Audit Berterusan

Dasar yang dilaksanakan mesti dipantau secara ‘real-time’. Audit lapangan wajib dilakukan bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan sasaran.

Contoh: Harga barangan asas, bantuan tunai, dan subsidi pengangkutan.

– Integrasi Data Lapangan dan Dasar

Keputusan dasar mesti berasaskan data sebenar di pasar, kedai runcit, dan kehidupan rakyat. Statistik rasmi perlu diselaraskan dengan pengalaman nyata rakyat.

– Penguatkuasaan Harga dan Transparensi

Kawalan harga perlu konsisten di semua peringkat. Laporan harga secara terbuka membantu rakyat dan membina kepercayaan. 

– Penglibatan Strategik Pihak Berkepentingan

NGO, pemimpin akar umbi, dan komuniti lokal perlu dilibatkan bersama dalam komunikasi dasar. Penyelarasan ini memastikan polisi diterima dengan efektif.

– Peranan Media sebagai Platform Penyelesaian

Pihak media termasuklah Editor Malaysia sendiri tidak boleh lagi menjadi sekadar portal berita. Ia boleh berfungsi sebagai;

Pusat Analisis dan Pencerahan Maklumat serta Data
Menyediakan laporan ringkas dan visual untuk pentadbiran dan masyarakat agar memahami sepenuhnya apa yang ingin disalurkan atau disampaikan kerajaan.

Menjadi mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan permasalahan yang berlaku di bawah, apa yang dideritai rakyat serta adakah bantuan atau dasar yang dibuat benar-benar ‘turun’ sepenuhnya.

Rakan Strategik Politik dan NGO
Memberi pandangan berasaskan fakta kepada penggubal dasar, pemimpin politik dan organisasi akar umbi. Tujuannya agar apa yang disampaikan di atas benar-benar dapat dirasai rakyat di bawah serta apa yang dideritai rakyat didengari oleh sepenuhnya oleh mereka yang di atas.

Penyebar Mesej Konstruktif
Membina naratif positif dan solusi praktikal, tanpa terikat pada mana-mana pihak, “no fear or favour” melainkan bekerja demi rakyat dan negara semata-mata. Namun dalam masa yang sama tidak menyorokkan data atau fakta apa yang berlaku di bawah – agar semua pihak mampu anticipate, menjangkakan apa yang akan berlaku lebih awal dan bukannya bertindak di saat-saat akhir. 

Related Posts