- Saya hairan apabila penulis, Zin Mahmud mempersoalkan perhimpunan membantah ICERD pada Sabtu ini
- Beliau bersungguh-sungguh memberikan hujah perhimpunan itu tidak lagi perlu diadakan selepas pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD
- Dengan reputasi buruk kerajaan Pakatan Harapan yang banyak menipu, memungkiri janji maka kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak meyakinkan iaitu sekadar muslihat untuk menggagalkan perhimpunan tersebut
- Pada saya, biarlah perhimpunan aman itu diadakan atas apa nama sekalipun asalkan ia tidak bercanggah dengan hak kebebasan dan demokrasi
- Mengapa Zin selama ini berdiam terhadap beberapa siri penganjuran perhimpunan Bersih? Kenapa perhimpunan Bersih yang acap kali diwarnai ketegangan, provokasi malah keganasan, tidak dibantah oleh beliau?
- Apakah kerana ia dianjurkan oleh DAP dengan sekutu Melayu seperti PKR dan Amanah serta pelbagai pihak bukan Islam antaranya gereja maka ia diwajarkan?
- Kenapa pula Zin tidak mempersoalkan perhimpunan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Tun Mahathir sebagai tindak balas kepada perhimpunan kesyukuran ICERD pada hari yang sama?
- Adalah sangat memualkan apabila Tun Mahathir mengarahkan para penjawat awam menghadiri perhimpunan hak asasi manusia itu, yang sebenarnya dalam diam dibantah ramai
- Mengapa perlu mengheret penjawat awam dalam perhimpunan itu apatah setelah mereka dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh Perdana Menteri dan pemimpin DAP? Para penjawat awam bukan keldai Tun Mahathir dan DAP
- Bukankah sudah diketahui ramai bahawa hak asasi manusia versi Malaysia lebih memperjuangkan kesamarataan agama dan kaum, LGBT dan menulis semula Perlembagaan, adalah agenda DAP selama ini? Dengan kata lain, ia lebih menguntungkan agama dan kaum lain tetapi memudaratkan kepentingan Islam
- Saya melihat Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan tidak berjiwa besar di sebalik melaungkan semangat Malaysia Baru dalam melaksanaan dasar keterbukaan bersuara dan berhimpun
- Malah Tun Mahathir tergamak untuk mensabotaj perhimpunan kesyukuran dan membantah ICERD demi kepentingan Islam. Sebagai pemimpin beragama Islam, ini satu lagi pengkhianatan terhadap Islam
- Ternyata beliau sudah hanyut dengan agenda DAP. Sama juga seperti tulisan Zin yang berkongsi hujah menolak perhimpunan membantah ICERD sebagaimana yang disuarakan pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Ng Kor Ming
- Saya ingin menasihatkan Zin dan penulis dedak yang sejenis dengannya supaya insaf sementara hayat masih ada. Sampai bila mahu terus bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang licik dan halus muslihat mereka untuk meruntuhkan kuasa politik Islam di negara ini?
- Kepada Zin, janganlah dicengkam ketakutan terhadap perhimpunan aman umat Islam. Ambillah iktibar dan mesej daripada perhimpunan berjuta umat Islam di Jakarta pada 2 Disember lalu. Ia menyerlahkan solidariti umat Islam di sebalik berdepan pelbagai cabaran dan isu
- Tiada sesiapapun ahli politik dan penulis beragama Islam yang mempersoalkan perhimpunan di Jakarta itu. Jika ada orang seperti Zin pasti akan dilabel sebagai musuh Islam. Presiden Indonesia Jokowi tidak bertindak balas seperti Tun Mahathir dengan mengadakan perhimpunan lain untuk mengalihkan perhatian rakyatnya apatah lagi untuk sabotaj
- Saya melihat lagi kuat tekanan oleh Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan serta serangan oleh tentera siber DAP dan penulis dedak seperti Zin, lagi kuat gelora umat Islam termasuk penjawat awam untuk menyertai perhimpunan membantah ICERD
- Ini permulaan kepada kebangkitan ummah
Oleh Zamani Zaman
Putrajaya