ANTARA SEDEKAH AL-FATIHAH, SEEKOR LEMBU DAN BIOLA

173
SHARES
557
VIEWS

Kembalinya anggota bomba muda, Muhammad Adib Mohd. Kassim ke Rahmatullah, yang akan melangsungkan perkahwinannya beberapa hari lagi – akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman, diratapi seluruh negara.

Tidak kurang juga komen-komen sinis dan kurang ajar termasuk biadab diutarakan oleh netizen Cina dan India. Ada seorang wanita muda Cina bekerja di sebuah syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn Bhd (Honda Sri Utama Auto) melalui laman Facebook-nya, memuat naik komen:

“Bukan kerajaan gagal.. Tuhan U yang gagal tidak sembuhkan Adib.”

Sudahlah tidak bersimpati, namun menghina agama lain pula. Kalau Tuhan dia dihina mau kecoh satu negara DAP sensasikan dan kata Melayu rasis macam kes perempuan Cina Carlsberg tempohari.

Sebagai rekod, syarikat pengedar Honda tempat wanita muda Cina itu bekerja, hari ini menggantung tugasnya supaya siasatan dalaman boleh dijalankan dan syarikat sedia mengambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku.

Selain itu, komen negatif beberapa netizen berketurunan India turut dizahirkan secara biadab, seolah-olah merestui, menyokong serta gembira dengan insiden Adib dipukul sehingga menyebabkan kematian beliau.

Tiadakah sekelumit rasa simpati ataupun perasaan kemanusiaan dalam hati mereka?

Amboi, bila terkena kaum sendiri, melalak melolong kalian ya?

Siap kata Melayu Islam mahu musnahkan kuil dan cuba membunuh India Hindu dalam kuil, kerana mahu membina masjid?

Kemudiannya apabila dimarahi netizen yang membetulkan fakta beliau, lelaki India ini langsung tidak rasional dengan menyalahkan Dr. Zakir Naik, serta membuat tuduhan Islam ini sebagai pengganas dan mahu menjadikan negara ini sebagai Palestin?

Fakta mana yang mereka gunakan dan siapakah dalang yang meracuni mereka?

Bantahan ke Konsulat Malaysia di India juga dihantar dengan menyatakan Melayu Islam menyembelih wanita dan kanak-kanak India Hindu dalam kes rusuhan di Kuil Sri Mariamman, siapakah dalang yang menyebar fitnah?

Adakah Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan yang menyemarakkan isu perkauman kerana sejak 2011 beliau gigih memburukkan kerajaan di luar negara dengan menyatakan kerajaan Malaysia menindas orang India dan memaksa mereka menukar agama.

Atau adakah Ganabatirau Veraman, Exco DAP Selangor yang memulakan api persengketaan seperti yang boleh dilihat melalui video di bawah termasuk menghina Melayu dengan berkata;

“Meletakkan tangan-tangan kotor mereka (Melayu) ke atas kaum wanita kita (India)”?

https://www.youtube.com/watch?v=vIzf3scVgxo

Ada juga dalam kalangan orang Melayu Islam yang dilantik dalam senarai penceramah mengeluarkan kenyataan populis dengan mengatakan kematian Adib bukan dipukul tetapi terbabit dengan kemalangan.

Masyarakatpun ingin tahu apakah bukti yang Che Ibrahim Mohamed ini ada untuk menyokong kenyataannya yang bercanggah dengan kenyataan Tun Mahathir yang melawat sendiri Muhammad Adib di hospital?

Beliau wajar menyemak kenyataannya dengan Pejabat Perdana Menteri apabila YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri kesal, ketika melawat Adib di hospital sebelum ini dan menyatakan Adib;

“Dipukul dengan niat untuk membunuh beliau.”

Adakah ahli agama hari ini sudah tidak pandai menyemak fakta hanya kerana ingin mencari populariti sementara dan tidak berminat dengan kebenaran?

Malah lebih hina, sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demi untuk mengambil hati masyarakat bukan Islam walaupun dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar?

Jika tidak mahu menyedekahkan Al-Fatihah sekalipun, janganlah biadap sangat.

Bukannya perlu sampai sedekah seekor lembupun.

Atau jika tidak tahu nak buat apa tetapi tetap mahu melakukan sesuatu, mungkin boleh menggesek biola dan adakan konsert?

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts