Rakyat mimpikan kesejahteraan dan ekonomi keluarga yang lebih baik.
Rakyat mimpikan kos sara hidup yang lebih baik dan terkawal. Pendapatan keluarga yang cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga setiap hari, setiap bulan.
Rakyat mimpikan Kerajaan Pakatan boleh membantu golongan B40. Bantuan Sara Hidup (dulu BR1M) yang lebih tinggi.
Rakyat tidak mahu dipanggil pemalas. Rakyat harapkan bantuan kerajaan ketika menghadapi musibah.
Rakyat yang susah mimpikan bantuan kerajaan untuk peneroka, petani, pekebun kecil dan nelayan.
Rakyat mimpikan kehidupan yang lebih baik secara menyeluruh. Masjid dan surau yang baru atau yang lebih baik.
Sekolah Agama dan Sekolah Tahfiz yang lebih baik. Sistem pendidikan yang lebih advance dan sempurna mengikut peredaran zaman.
MIMPI PERDANA MENTERI:
Mimpi Perdana Menteri berbeza.
Perdana Menteri mimpikan KERETA KE-3 NEGARA.
Perdana Menteri mimpikan negara tanpa rasuah.
Perdana Menteri mimpikan berada di pentas dunia. Berucap di United Nation. Berucap di Oxford Union.
Berucap di Vienna.
Perdana Menteri mimpikan Bersatu mengambil alih perjuangan parti UMNO.
Perdana Menteri mimpikan Mukhriz mengambil alih tampuk pemerintahan negara, satu hari nanti.
Perdana Menteri mimpikan legasi beliau akan disimpan di dalam lipatan sejarah selama-lamanya.
Sesungguhnya mimpi Perdana Menteri dengan mimpi rakyat jauh berbeza.
PERDANA MENTERI MAHUKAN KERETA NASIONAL KE 3. RAKYAT MAHUKAN KESEJAHTERAAN HIDUP YANG SELESA.
Salam.
DSBA
23 Januari 2019