{"id":10572,"date":"2019-06-26T06:58:45","date_gmt":"2019-06-26T06:58:45","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=10572"},"modified":"2019-06-26T07:15:47","modified_gmt":"2019-06-26T07:15:47","slug":"tragedi-pasir-gudang-berulang-lagi-di-mana-suara-pejuang-alam-sekitar-ph-khususnya-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=10572","title":{"rendered":"TRAGEDI PASIR GUDANG BERULANG LAGI: DI MANA SUARA PEJUANG ALAM SEKITAR PH KHUSUSNYA DAP?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Anuar Shaari<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">1. Tragedi pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang Mac lalu masih segar dalam ingatan. Situasi gawat ketika kejadian berlaku sepatutnya menginsafkan kita agar ianya tidak berulang. Kerajaan Negeri dan Persekutuan sepatutnya lebih agresif memantau pembuangan sisa toksik supaya keadaan orang ramai di kawasan sekitar lebih selamat dan terjamin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">2. Lagi pula, YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari DAP telah berjanji memastikan tragedi ini tidak akan berulang. Kerajaan negeri juga membuat komitmen akan mengerahkan segala kekuatan agar kawasan Pasir Gudang selamat dari pencemaran sisa toksik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini, di sebalik janji-janji tersebut, kawasan Pasir Gudang sekali lagi dilanda tragedi pencemaran sisa toksik. Beberapa buah sekolah telahpun ditutup akibat murid-murid mengalami sesak nafas yang serius.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">3. Apakah janji-janji ini hanya tinggal janji? Adakah ini satu lagi episod &#8216;janji dicapati&#8217; oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan dari kerajaan Pakatan Harapan? Nyata kenyataan YB Yeo Bee Yin bahawa kawasan sekitar Pasir Gudang telah selamat hanyalah satu pembohongan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kenyataan terdahulu dari Exco Kesihatan Johor, Dr. Sharudin Jamal (kini Menteri Besar Johor) yang akan memantau sepenuhnya keadaan di Pasir Gudang tidak lebih dari sekadar &#8216;janji manis&#8217; yang amat berbahaya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">4. Kejadian terbaru ini adalah sama bahaya dengan tragedi Sungai Kim Kim dahulu. Kerana itulah Perdana Menteri menyifatkan kejadian yang berulang ini adalah sesuatu yang sangat bodoh. Tidak masuk akal bagaimana tragedi yang menggemparkan negara sehingga ada cadangan diisytiharkan darurat, boleh berulang kembali.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tentunya Perdana Menteri menghidu sesuatu yang tidak kena sehingga boleh mengeluarkan perkataan bodoh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">5. Adakah tragedi kali ini melibatkan sisa buangan toksik baru? Jika benar, siapa pula yang terlibat kali ini? Jika ia melibatkan sisa toksik yang lama, kenapa masih mengeluarkan gas sedangkan YB menteri telah menyatakan sisa telah terhapus semuanya dan kawasan sekitar dijamin selamat?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa pula yang terjadi dengan peruntukan RM10 juta bagi membersihkan sisa toksik yang diberi Mac lalu? Jika berkaitan, SPRM perlu bertindak menyiasat hal ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">6. Tragedi ini adalah isu yang amat serius kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa manusia. Namun kita amat hairan, ke mana hilangnya suara-suara garang aktivis alam sekitar terutamanya dari DAP. Jika isu Lynas yang belum terbukti kesannya kepada manusia, tragedi Pasir Gudang pula amat jelas buktinya. Pening kepala, mabuk, muntah, sesak nafas dan bermacam-macam kesan lagi ke atas masyarakat Pasir Gudang, bukti apa lagi yang DAP mahukan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">7. Di mana suara Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack yang menjadi juara Lynas suatu ketika dahulu? Kini beliau mempunyai kedudukan yang lebih berpengaruh dan tentunya suara beliau akan lebih didengari jika beliau bersuara dalam tragedi Pasir Gudang yang terkini? Begitu juga Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka adalah antara pejuang alam sekitar yang bangga berbaju hijau berdemo anti Lynas sedikit masa dulu. Kini masing-masing amat berpengaruh di dalam kerajaan PH. Gunalah pengaruh yang ada untuk menghentikan tragedi ini dari berulang lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">8. Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Fuziah Salleh dan Xavier Jayakumar dari PKR juga lantang memakai baju hijau menentang Lynas dahulu. Kini mereka semua berjawatan tinggi dalam kerajaan dan mampu bertindak menghalang tragedi ini.\u00a0 Namun kini, jangankan tindakan, suara bantahan terhadap pencemaran alam sekitar tidak lagi kedengaran dari mereka. Yang kita dengar dari mereka sekarang adalah mahu menjadi Perdana Menteri atau mempertahankan bos mereka untuk jawatan Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">9. Dahulu ketika tiada jawatan, sibuk mendesak pihak membuat itu dan ini. Siap mengemukakan formula atau tindakan yang boleh menyelesaikan masalah rakyat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini, setelah memegang tampuk kuasa dan memegang jawatan berkaitan, tidak pula mereka sibuk nak menyelesaikan masalah rakyat. Yang mereka sibukkan adalah mengenai jawatan dan menjaga tembolok sendiri. Rakyat yang menanggung masalah kian dilupakan&#8230;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masih belum terlambat untuk kerajaan PH bertindak membendung perkara ini. Rakyat Pasir Gudang masih menanti tindakan konkrit dari kerajaan agar nasib mereka terbela dari terkena tempias &#8216;air kotor&#8217; Pakatan Harapan&#8230;<\/span><\/p>\n<p><em>(Diambil dari blog beliau, <a href=\"http:\/\/anuar-shaari.blogspot.com\/2019\/06\/tragedi-pasir-gudang-berulang-lagi.html?m=1\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">&#8220;Anuar Shaari Menulis&#8230;&#8221;<\/a><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Anuar Shaari 1. Tragedi pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang Mac lalu masih segar dalam ingatan. Situasi gawat ketika kejadian berlaku sepatutnya menginsafkan kita agar ianya tidak berulang. Kerajaan Negeri dan Persekutuan sepatutnya lebih agresif memantau pembuangan sisa toksik supaya keadaan orang ramai di kawasan sekitar lebih selamat dan terjamin. 2. Lagi pula, YB [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":10574,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[563,150,241,913,911,923],"class_list":["post-10572","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-anuar-shaari","tag-dap","tag-pakatan-harapan","tag-pasir-gudang","tag-pencemaran-toksik","tag-yeo-bee-yin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10572","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10572"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10572\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10579,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10572\/revisions\/10579"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10574"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10572"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10572"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10572"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}