{"id":10866,"date":"2019-07-20T08:21:11","date_gmt":"2019-07-20T08:21:11","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=10866"},"modified":"2019-07-20T08:21:11","modified_gmt":"2019-07-20T08:21:11","slug":"br1m-dan-era-ekonomi-najib-berbanding-mahathir-dan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=10866","title":{"rendered":"BR1M DAN ERA EKONOMI NAJIB BERBANDING MAHATHIR DAN ANWAR"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semalam kerajaan PH bersetuju untuk memberi wang tunai untuk menggantikan subsidi petrol.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini seakan samalah seperti bantuan tunai BR1M yang kerajaan BN buat dahulu semasa rasionalisasi subsidi minyak pada tahun 2016.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum PRU-14, ketua pembangkang Dr. Mahathir ketika itu berkata bahawa BR1M adalah rasuah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun sebaik selepas menang pilihan raya, Perdana Menteri Dr. Mahathir berkata bantuan wang tunai (ala BR1M) kerajaan adalah bukan rasuah malah salah satu penyelesai masalah sosial (dan ekonomi) negara.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya sudah lama kata perkara ini dan adalah salah seorang pendokong dasar BR1M semasa saya berada dalam kerajaan dahulu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lepas menang pilihan raya, dia (Mahathir) membuat U-turn dan berkata bantuan wang tunai itu bagus pula seperti apa yang saya kata dulu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini cadangan mekanisme rebat subsidi minyak mereka tidak menjadi maka mereka (PH) mahu meniru kita semula.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan PH kini sibuk berpolitik 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk berebut kuasa sesama sendiri dan tidak ada masa untuk menguruskan negara.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu negara semakin hari semakin huru-hara dan kebajikan rakyat tidak terjaga dan teruk kerana mereka.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika semua benda tidak tahu buat dan asyik meniru dasar BN sahaja, baik bubar sahaja Parlimen dan beri BN memerintah sahaja.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekurang-kurangnya negara tidak hancur di tangan PH dan kebajikan rakyat akan terjaga.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ikuti ulasan lanjut dalam artikel yang saya tulis dua tahun lepas iaitu pada awal tahun 2017 berkenaan BR1M dan era ekonomi Najib berbanding Mahathir dan Anwar:<\/span><\/p>\n<p><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(Artikel ini diterjemah daripada bahasa Inggeris daripada artikel bertajuk &#8220;<a href=\"https:\/\/www.nst.com.my\/node\/201196\/amp\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><strong>BR1M part of bigger picture<\/strong><\/a>&#8221; yang disiarkan di akhbar The New Straits Times pada 2 Januari 2017)<\/span><\/em><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada Hari Natal, Tun Dr Mahathir Mohammad, Pengerusi PPBM dan <em>de facto<\/em> ketua pembangkang (ketika itu) mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah satu bentuk rasuah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau berkata ketika 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau tidak perlu mengagihkan wang kepada rakyat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sehingga tahun lalu (2016), 63 negara seluruh dunia, baik negara sedang membangun mahupun negara maju mempunyai suatu bentuk sistem bantuan kewangan yang mempunyai pelbagai nama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di UK, ia dipanggil \u2018<em>Income Support<\/em>\u2019, di USA namanya \u2018<em>Temporary Assistance for Needy Families<\/em> atau TANF\u2019, di Peranchis pula, \u2018<em>Revenu de Solidarite Active<\/em> (RSA), di Mexico ia dipanggil \u2018<em>Oportunidades<\/em>\u2019 dan di Brazil, \u2018<em>Bolsa Familia<\/em>\u2019.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan satu dari tujuh penduduk dunia menerima bantuan kewangan secara terus dari kerajaan masing-masing.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika BR1M dianggap sebagai rasuah, maka negara-negara di atas dan rakyat mereka tentunya bersalah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya, BR1M adalah salah satu komponen utama dalam usaha kerajaan dalam pembangunan jaringan keselamatan sosial negara.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam tahun 80an hingga 90an (zaman Mahathir PM-4), ketika kita sibuk membina menara pencakar langit, pembangunan jaringan keselamatan sosial seolah dilupakan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun kadar kemiskinan ketika itu setinggi 30%, hanya segelintir yang menerima bantuan kewangan dari kerajaan dan tiada yang mendapat bantuan kewangan jika mereka dibuang kerja atau menghadapi krisis kewangan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak menghairankan ketika krisis ekonomi 1997-1999, apabila jumlah penganggur meningkat mendadak, ramai yang mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim turun protes di jalan raya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kebanyakan mereka hadir bukan untuk Anwar tapi kerana mereka marah dan kecewa akibat kehilangan kerja.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada sistem yang boleh membantu mereka dan Anwar Ibrahim nampak ini sebagai satu peluang untuk mengumpulkan pengikut dalam mengejar cita-cita politik beliau.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam masa yang sama, kadar jenayah dan keganasan turut meningkat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun ramai yang memuji tindakan Dr Mahathir dalam mengatasi krisis kewangan pada 1999, ramai pakar yang berpendapat bahawa Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan krisis tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">George Soros hanya mengambil peluang dalam kelemahan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi ketika itu yang mula merekah berbulan-bulan sebelum krisis tersebut berlaku.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika tahun 80an-90an jika anda memandu Porsche, anda akan mendapat bantuan subsidi lima kali ganda lebih banyak dari pemandu Kancil dan jauh berganda-ganda berbanding penunggang motorsikal kapcai.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih mewah gaya hidup anda, lebih banyak bantuan subsidi diterima. Ini sangat tidak adil.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, dalam program rasionalisasi subsidi di bawah pentadbiran Dato&#8217; Seri Najib Abdul Razak, jika anda kaya-raya anda tidak mendapat banyak subsidi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tapi jika anda dari golongan kurang berkemampuan dan miskin, kerajaan akan membantu anda dengan menggantikan subsidi minyak dengan memberikan bantuan wang tunai melalui BR1M.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan cara ini, bantuan subsidi dapat diberikan kepada golongan sasar dengan lebih berkesan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hasil dari pengurusan rasionalisasi subsidi, pada 2015 kerajaan dapat menjimatkan RM6 billion setiap tahun dan penjimatan ini dimanfaatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat yang memerlukan dalam bentuk BR1M serta untuk mengurangkan defisit fiskal.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Alternatif kepada bantuan tunai adalah jika kerajaan memberikan bentuk jenis bantuan barangan yang difikirkan perlu kepada rakyat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contohnya, jika kerajaan fikir rakyat perlukan bantuan baju baru maka kerajaan akan mengedarkan bantuan baju-baju baru ataupun kupon bantuan pembelian baju baru kepada rakyat yang memerlukan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Teknik yang sama juga akan dipakai untuk barangan lain yang difikirkan perlu oleh kerajaan seperti makanan, telefon, membaiki rumah dan sebagainya dengan mengedarkan barangan atau kupon berkaitan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tiada bantuan berbentuk wang tunai di situ.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin ada sesetengah pihak yang lebih suka dengan cara sebegitu, dengan membiarkan kerajaan untuk memikirkan segala-galanya untuk rakyat termasuk jenis pakaian yang mesti dipakai, makanan yang mesti dimakan dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun ini tidak baik untuk rakyat. Sebab ia adalah dasar jenis kerajaan yang tidak percayakan rakyatnya jika diberi wang tunai atau menganggap rakyatnya tidak tahu berfikir.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Nasib baik, kerajaan dan kepimpinan Malaysia (zaman Najib) tidak bersifat autokratik sebegitu rupa.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya adalah mustahil untuk kerajaan mengetahui apa yang semua orang perlukan. Ia tidak masuk akal.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengharapkan kerajaan untuk mengetahui dan membuat keputusan ke atas setiap keperluan rakyat adalah satu kerja gila.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Rakyat lebih tahu apa yang mereka benar-benar perlukan. Ada yang lebih perlukan makanan, pakaian, alat tulis sekolah atau peralatan membaiki pukat nelayan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mana mungkin kerajaan boleh beri kupon atau bantuan produk untuk segala jenis perkara, jika kerajaan cuba juga, akan mengakibatkan ketirisan dan pembaziran yang berleluasa.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan definisi bantuan keperluan asasi menjadi semakin kabur dari hari ke hari menjadikan bantuan barang asasi secara terus sangat tidak efisien berbanding dengan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerana hari ini si nelayan mungkin ada ikan dan makanan di dapur tapi dia lebih memerlukan wang untuk membaiki peralatan menjala dan memukat lantas memerlukan wang tunai.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itu sebab wang tunai adalah raja.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bukan dalam konteks sinikal seperti yang dicanangkan oleh sesetengah pihak, tapi hakikatnya wang tunai adalah satu medium yang dapat menyelesaikan masalah berkaitan pelbagai keperluan yang bermacam rupa berbanding dengan bentuk-bentuk bantuan yang lain.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah jika kerajaan menggunakan bantuan barangan, ia adalah lebih sukar untuk diuruskan dan terdedah kepada penyelewengan orang tengah yang mungkin mengambil peluang untuk mengaut keuntungan, menjadikan teknik ini tidak efisien dan mudah mengalami ketirisan dan pembaziran.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Satu kajian yang dijalankan oleh US Naval Postgraduate School ke atas program-program bantuan rakyat di Mexico mendapati bahawa penerima bantuan wang tunai menerima kesan positif dari segi keseimbangan nutrisi dan kesihatan kanak-kanak yang sama tahap dengan penerima bantuan barang makanan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akan tetapi, kos pengurusan bantuan barang makanan adalah 20% lebih tinggi dari kos pengurusan bantuan wang tunai.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kajian tersebut juga mendapati penerima bantuan wang tunai tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli rokok atau arak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah, dengan lebihan wang tunai dari bantuan yang diterima, mereka dapat menggunakannya untuk sekolah, perubatan dan pengangkutan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup mereka.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Masalah kos sara hidup masa kini adalah juga disebabkan oleh polisi yang dilaksanakan pada tahun-tahun 90an.<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika itu, kebanyakan infrastruktur disediakan dengan polisi penswastaan dan dibiayai oleh rakyat yang menggunakan infrastruktur tersebut dan membayar kepada syarikat pengendali swasta berdekad-dekad lamanya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada ketika itu, ekonomi sedang rancak menaik. Pengunjuran ekonomi yang terlalu optimistik oleh pentadbiran pada ketika itu telah mengakibatkan rakyat terpaksa membayar harga atau tarif yang tinggi kepada pemegang konsesi swasta dan juga kepada syarikat pengeluar tenaga bebas.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Idea penswastaan sebenarnya adalah baik jika dilakukan dengan berhemah dan betul.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi jika ia diseleweng, maka harga servis atau tarif yang perlu dibayar oleh rakyat akan dinaikkan setinggi-tingginya dan rakyat yang terpaksa membayar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kerajaan hari ini (zaman Najib) bertindak mewujudkan BR1M sebagai salah satu mekanisme menangani kenaikan kos sara hidup.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada era 80an-90an (zaman Mahathir PM-4) ada pemimpin mempercayai bahawa jika kita membina beberapa syarikat besar, manfaat dan kekayaan dari syarikat tersebut akan turun secara tidak langsung kepada rakyat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika itu para pemimpin berpendapat, jika kita membantu beberapa orang untuk menjadi kaya-raya, orang-orang ini akan turut turun membantu rakyat yang papa kedana.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pentadbiran ketika itu menggunakan idea ini sebagai polisi dalam usaha menyalurkan sebahagian besar sumber-sumber negara kepada beberapa peniaga terpilih untuk menjadi taikun bidang perniagaan masing-masing.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ramai yang duduk di atas menjadi kaya. Akan tetapi tak banyak dari kekayaan ini turun kepada rakyat jelata.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara tahun 1989 ke 1997 jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan B40 yang berpendapatan rendah menurun dari 15% ke 13% berbanding dengan golongan T20 yang berpendapatan tinggi yang meningkat jumlah perkongsiannya dari 50% ke 52% dalam masa yang sama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Peribahasa \u201cOrang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin\u201d adalah menjadi sangat benar ketika itu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengambil pengajaran supaya tidak terjadi lagi seperti di atas, pemimpin dan pentadbiran hari ini melakukan yang lebih baik iaitu berusaha mengembangkan ekonomi melalui peningkatan perniagaan sektor swasta dan dalam masa yang sama tidak melupakan golongan miskin dan juga sederhana seperti era 80an-90an.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika Dato&#8217; Seri Najib menjadi Perdana Menteri, kerajaan berjaya mengurangkan insiden kemiskinan tegar dari 3.8% pada tahun tersebut kepada kurang dari satu peratus ketika ini dengan mengeluarkan 100,000 keluarga dari kepompong kemiskinan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika era kebangkitan &#8216;ekonomi <em>dotcom<\/em>&#8216; pada awal tahun 90an, ekonomi Amerika Syarikat berkembang dengan pesat.<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sungguh pesat hinggakan dari tahun 1992-1997, kepesatan ekonomi AS menyumbang kepada penyusutan defisit fiskal lima tahun berturut-turut.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia turut menjadikan ekonomi global ketika itu berkembang dua kali ganda dan banyak negara ketika itu berkembang naik ekonominya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malaysia juga turut merasai nikmat dari peningkatan ini dan sepertimana kebanyakan negara lain ketika itu, ekonomi Malaysia berkembang sehingga lebih 7% setahun.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin lebih mudah untuk mengurus dan mengembangkan ekonomi negara ketika seluruh dunia menikmati peningkatan yang sama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak dinafikan, kita berjaya menaikkan ekonomi ketika itu tapi kita juga bernasib baik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada masa tersebut, kita bersama-sama negara lain menikmati limpahan kemewahan ekonomi sedunia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Melihat secara objektif, mungkin gelaran \u201cKeajaiban Malaysia\u201d tahun 90an bukanlah satu keajaiban sebenarnya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adalah lebih sukar untuk mengembangkan ekonomi semasa kelembapan ekonomi dunia seperti sekarang (zaman Najib), namun Najib berjaya membuatnya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Singapura misalnya turut merasai tempias dengan menghadapi masalah untuk berkembang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ekonominya bergerak perlahan kepada tahap kurang dari 1%. Seramai 13,000 orang telah hilang pekerjaan di sana baru-baru ini, kadar paling tinggi sejak krisis kewangan 2009.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Meskipun ada pihak PH yang mencaci dan berfikiran negatif terhadap ekonomi Malaysia (pada zaman Najib), pada hakikatnya ekonomi negara berkembang pada kadar lebih 4%, iaitu lebih tinggi dari purata perkembangan ekonomi dunia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kadar pengangguran negara berada serendah 3% dan kemiskinan tegar dikekang di bawah 1%. Bank Dunia turut menjangkakan pada tahun 2017 ekonomi Malaysia akan menjadi lebih baik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Dato&#8217; Seri Najib Razak yang berani menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan demi rakyat walaupun kecekalannya membuat perkara yang betul menggugat kedudukan politiknya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah teras \u201cNajibnomik\u201d, pendekatan pengembangan ekonomi walaupun terpaksa membuat pilihan politik yang sukar, dan pada masa yang sama memastikan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik mendapat pembelaan sewajarnya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Najib pernah berkata, ketika pentadbirannya, tiada siapa yang akan ditinggalkan di belakang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada tahun-tahun 70an, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Razak berjaya menaiktaraf kehidupan berjuta-juta keluarga miskin keluar dari kedaifan.<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini adalah jasa dan legasi Tun Abdul Razak dan ianya terus diwarisi oleh anakandanya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada pengakhirannya, sebagai sebuah masyarakat kita akan dinilai bukan dengan bagaimana kita melayan orang-orang yang kaya raya, tetapi dengan bagaimana kita melayan orang-orang miskin dan yang tidak bernasib baik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan penzahiran idea di atas, seperti pembangunan rangkaian keselamatan sosial kepada golongan rakyat di bawah dan pertengahan dan kebajikan kepada orang-orang miskin, akan menjadi salah satu legasi penting Dato&#8217; Seri Najib Tun Abdul Razak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">-Penulis, Isham Jalil, ialah Presiden Sukarelawan Malaysia<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/499044550851074?s=1180765013&#038;sfns=mo<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil Semalam kerajaan PH bersetuju untuk memberi wang tunai untuk menggantikan subsidi petrol. Ini seakan samalah seperti bantuan tunai BR1M yang kerajaan BN buat dahulu semasa rasionalisasi subsidi minyak pada tahun 2016. Sebelum PRU-14, ketua pembangkang Dr. Mahathir ketika itu berkata bahawa BR1M adalah rasuah. Namun sebaik selepas menang pilihan raya, Perdana Menteri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":10867,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[500,253,1115,242],"class_list":["post-10866","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-isham-jalil","tag-najib","tag-najibnomic","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10866","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10866"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10866\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10868,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10866\/revisions\/10868"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10866"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10866"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10866"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}