{"id":11087,"date":"2019-08-05T05:01:37","date_gmt":"2019-08-05T05:01:37","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11087"},"modified":"2019-08-06T05:08:34","modified_gmt":"2019-08-06T05:08:34","slug":"bahagian-deb-mana-perlu-dihapuskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11087","title":{"rendered":"BAHAGIAN DEB MANA PERLU DIHAPUSKAN?"},"content":{"rendered":"<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<p class=\"lead\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\"><em>Bagi mendapatkan pandangan sama ada wajar DEB diteruskan atau sebaliknya, wartawan Mingguan Malaysia,\u00a0<strong>SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH<\/strong>\u00a0bersama jurugambar\u00a0AMIR KHALID\u00a0dan juru video,\u00a0<strong>MOHD. KAMARUL HASIFI KAMARUDIN<\/strong> menemubual <strong>Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),\u00a0PROF. TAN SRI DR. NOOR AZLAN GHAZALI<\/strong>\u00a0di pejabatnya baru-baru ini.<\/em><\/span><\/p>\n<p class=\"lead\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MINGGUAN: Adakah cadangan untuk menghapuskan DEB wajar?<\/span><\/strong><\/p>\n<\/div>\n<div id=\"articleBody\" class=\"articleBody\">\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN:<strong>\u00a0<\/strong>Sebenarnya DEB bermula dari 1970 hingga 1990, selepas tempoh itu kita ada dasar-dasar baharu dan namanya juga berbeza seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan dasar Transformasi Nasional yang banyak orang tidak tahu sekarang. Biarpun DEB tiada secara khusus sekarang tetapi roh dan intipatinya terus menjadi antara asas yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi kalau orang kata hendak dimansuhkan DEB, sebenarnya pada 1990 DEB sudah tamat tetapi yang ada sekarang adalah dasar-dasarnya selepas itu mengambil roh dan intipatinya sahaja. Sebab itu, secara umumnya setiap perkara dalam dasar-dasar ini mengambil rujukan daripada DEB dan ia masih relevan hingga hari ini. Jadi, apabila ada pihak yang sebut tidak mahu lagi DEB, kita kena jelas apa yang mereka tidak mahu dan kalau hendak diubah bahagian mana yang perlu diubah.\u00a0\u2028<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Soalan\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apakah kita tidak mahu lagi melihat kepada rohnya atau sudah anggap apa yang hendak diperoleh sudah dicapai?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN: DEB banyak melihat kepada matlamat pembangunan negara yang memerlukan perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang berbeza di Malaysia. Pada masa sama, kedudukan dan peristiwa yang berlaku di Malaysia ketika itu melihat bahawa pentingnya ekonomi yang lebih saksama sebagai asas yang membawa kepada perpaduan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi ekonomi dilihat sebagai perkara penting yang boleh menghasilkan perpaduan dan kemakmuran. Disebabkan itu, dalam DEB dua perkara penting yang disebut adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan yang kedua pula mengenai penstrukturan semula ekonomi supaya menjadi lebih seimbang dan saksama.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ada juga menyebut dasar ini dasar untuk sesuatu kaum sahaja tetapi sebenarnya ia tidak sebut secara khusus mengenai kaum Melayu, yang pasti terdapat usaha untuk membangunkan ekonomi supaya ia dapat dikongsi secara saksama.\u00a0<\/span><\/p>\n<div id=\"div-gpt-ad-1539143786994-0_container\" style=\"text-align: justify;\">\n<div id=\"div-gpt-ad-1539143786994-0\" data-google-query-id=\"CPSep7G27eMCFdYTaAod76QD2A\">\n<div id=\"google_ads_iframe_\/21622890900\/MY_utusan.com.my_pc_article_mid1_336x280\/\/300x250_0__container__\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Bagi saya kalau kita hendak membuat penilaian mengenai matlamat itu pada hari ini kita kena melihatnya pada waktu sekarang. Contohnya, kalau kita ambil isu kemiskinan, sekitar tahun 1970-an kira-kira 49.3 peratus isi rumah di negara ini berada di bawah garis kemiskinan dan hari ini 0.04 peratus sahaja yang berada dalam garis kemiskinan, ini bermakna kita sudah berjaya tanganinya tetapi timbul pula isu baharu selepas itu iaitu melibatkan isu pendapatan rendah yang berbeza dengan isu kemiskinan.<\/span><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isu kedua pula, adakah kemajuan ekonomi yang mana manfaatnya dapat dikongsi secara saksama? Di awal 1970-an ia sangat ketara berlaku seperti sektor perniagaan dikuasai masyarakat Cina, sektor perladangan melibatkan masyarakat India dan sektor pertanian luar bandar tertumpu kepada Melayu, jadi perkara ini nampak sangat dan bila kata miskin dan tidak mendapat pendidikan yang baik, ia selalu dirujuk kepada masyarakat Melayu. Jadi DEB cuba perbetulkan perkara ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Secara rumusan polisi ini adalah polisi afirmatif iaitu satu polisi yang cuba menangani kumpulan-kumpulan masyarakat yang terpinggir akibat daripada kedudukan sosio termasuk melibatkan isu pendapatan, penempatan, akses kepada pendidikan, kesihatan, modal dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita ambil contoh mengenai situasi seorang pelajar, anak kepada penoreh getah dan tinggal di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur dan kemudian dalam peperiksaan dia berjaya memperoleh 3A, kemudian bandingkan pula dengan pelajar di bandar yang mana keluarganya berpendapatan tinggi dan mendapat segala kemudahan, kemudian memperoleh 7A dalam peperiksaan. Kalau mengikut dasar meritokrasi yang mendapat 3A tidak layak ke peringkat seterusnya hanya yang peroleh 7A yang layak.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jadi kepada yang sangat cenderung kepada dasar meritokrasi mereka harus faham, dasar ini ada kelebihannya namun begitu tetap ada kelemahannya. Dalam bahasa ekonomi dipanggil kegagalan ekonomi.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kegagalan pasaran adalah salah satu elemen dalam ekonomi yang menjadi justifikasi kepada pengenalan terhadap polisi-polisi afirmatif. Dalam konteks Malaysia dalam tahun 1970-an kebanyakan orang Melayu berada di luar bandar tetapi apabila kita tanya siapa yang akan mendapat kemudahan infrastruktur terlebih dahulu sama ada penduduk luar bandar atau bandar? Sudah pasti penduduk bandar yang akan dapat jadi secara sendirinya perkara ini akan mewujudkan isu kegagalan pasaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagaimanapun disebabkan yang berada di luar bandar ialah kaum Melayu maka disebabkan itu dikatakan polisi afirmatif ini adalah polisi perkauman sedangkan ia tidak begitu.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada masa sama kita harus faham mana-mana kerajaan yang hendak mewujudkan polisi afirmatif, matlamat dan reka bentuknya mestilah tepat sebab ia amat terdedah kepada manipulasi dan eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu terhadap polisi ini. Perkara ini saya rasa harus dilihat di Malaysia bukan kita ekstrem mahu mengekalkan DEB seperti sebelum ini tetapi dengan perubahan teknologi dan kemajuan yang dicapai sekarang saya rasa adalah adil untuk kita membuat penilaian dan menyusunnya semula supaya mungkin menjadi lebih baik dari sekarang berbanding daripada kita tidak lakukan apa-apa terutamanya dalam usaha untuk membantu masyarakat bumiputera.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Soalan\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah dasar afirmatif tidak menumpukan pada mana-mana kaum?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN: Sama seperti DEB yang tidak merujuk kepada mana-mana kaum.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Soalan\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi dalam DEB ada menyebut mengenai 30 peratus ekuiti bumiputera.<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN: Isu mengenai 30 peratus pemilikan ekuiti adalah lebih baik untuk kita melihat semula, kita semua tahu harapan untuk melihat pemilikan itu tidak berjaya sampai sekarang, mungkin sekitar 20 peratus sahaja tetapi katakanlah sudah mencapai 30 peratus sekali pun, adakah kamu kategorikan diri kamu sudah berjaya?<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tidak kata perkara ini salah cuma bagi saya ia wajar untuk kita melihat semula, yang penting apa saja polisi afirmatif yang hendak dilakukan kena ada matlamat yang hendak dicapai dan sebaiknya bagi sesebuah ekonomi ialah apabila matlamat dalam afirmatif itu dicapai ia mesti dikurangkan atau diolah mengikut keperluan waktu itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bermaksud perkara ini tidak boleh selama-lamanya diberikan kerana dasar afirmatif adalah untuk membantu mereka yang terpinggir dari segi kedudukan sosial.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada masa sama, bagi saya keperluan untuk masyarakat Melayu untuk menyertai dan memiliki aset adalah penting tetapi kita harus lihat kalau kita reka dengan cara salah kemungkinan polisi ini terdedah kepada perkara yang tidak baik kerana kadang-kadang ada pihak yang tidak mahu bekerja dan berusaha, hanya berharapkan bantuan kerajaan di atas tiket saya bangsa Melayu, itu tidak baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam semangat sebenar DEB, polisi afirmatif adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat peluang yang baik untuk berjaya dan bukan tiket untuk membuat kamu berjaya tanpa sebarang usaha. Sebagai contoh, kalau hendak membantu orang Melayu dari segi pendidikan, kerajaan menyediakan sekolah berasrama penuh dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selain isu ini, terdapat juga pandangan ekstrem yang mana dasarnya bukan ekonomi tetapi lebih melihat kepada sejarah yang mana ada pihak menggunakan perkataan wasiat dan ada pula yang menggunakan perkataan ketuanan. Namun begitu, isu di sini lebih kepada isu hak, contohnya dalam sebuah keluarga kaya yang mewasiatkan harta kepada anaknya, kita tidak boleh persoalkan kerana itu haknya, kita tidak boleh kata dia sudah kaya dan tidak boleh mendapat harta daripada ibu bapa dia.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di Malaysia kita campur adukkan antara hak dan keperluan, bagi dasar afirmatif untuk keperluan ia sangat diperlukan bagi menangani isu kegagalan pasaran, ini bermakna kalau kita buat untuk semua kaum pun ia tidak menjadi masalah kerana kita bantu semua kaum.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun begitu, kerajaan perlu berhati-hati supaya tidak terdedah kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan yang merasakan diri mereka perlu terus dibantu sedangkan sudah tiada keperluan lagi untuk menerima bantuan. Pada masa sama, berlaku juga sikap malas dan eksploitasi terhadap sesuatu perkara sehingga wujudnya kes ali baba.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sedangkan sebelum ini kerajaan sentiasa mengutamakan syarikat bumiputera tetapi kenapa sehingga hari ini kita tidak dengar syarikat bumiputera yang mampu membina jalan dan bangunan yang hebat-hebat dan memiliki jentera yang canggih sedangkan yang mendapat kontrak semua ini ialah orang Melayu itu sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Secara rumusannya DEB itu tidak salah tetapi matlamat, pelaksanaan dan perincian yang telah diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Soalan\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah ini bermakna polisi afirmatif sudah lama wujud?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN: Ya, wujud sudah lama, ia merupakan polisi yang tidak mengikut kuasa pasaran atau berdasarkan meritokrasi. Kalau tiada afirmatif dan DEB tetapi kita hanya menggunakan dasar meritokrasi ia akan menyebabkan berlakunya kegagalan pasaran dan diskriminasi terhadap sesetengah perkara.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Soalan\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kerajaan sekarang mahu memperkenalkan dasar meritokrasi, apakah yang bakal berlaku selepas ini?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN: Saya selalu mendengar mengenai desakan untuk memperkenalkan dasar meritokrasi, sebenarnya ia boleh menyebabkan berlakunya kesan ekonomi yang tidak saksama dan akan menimbulkan keresahan nanti.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita juga akan melihat sesetengah sektor dikuasai hanya oleh satu-satu pihak sahaja sedangkan sektor berkenaan mempunyai rantaian yang lain juga seperti sektor pelancongan yang mempunyai perhotelan, perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Yang kita hendak lakukan sekarang adalah untuk mewujudkan peluang yang adil bagi semua orang mengikut kedudukan sosial. Sebenarnya Bank Dunia pun wujud disebabkan kegagalan ekonomi yang berpunca daripada kegagalan membasmi kemiskinan yang mana ada negara yang orangnya mati kerana terlebih makan tetapi pada masa sama, ada juga negara yang rakyatnya mati kerana tiada makanan. Inilah maksud kegagalan pasaran kerana secara logiknya kenapa makanan yang berlebihan tadi tidak sampai ke sana.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bagi saya kalau hendak diteruskan semangat DEB tiada masalah cuma perlu diolah dan direka semula dan tetapkan garis panduan supaya tidak dieksploitasi.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah, sekarang pun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada bercakap mengenai kemakmuran bersama yang mana bagi saya ia sangat baik untuk kita mengambil peluang ini untuk menyusun semula dasar ini supaya roh DEB yang betul boleh digunakan supaya semua pihak dilayan dengan adil.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Soalan\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apakah elemen yang perlu ada dalam dasar baharu ini?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN: Mana-mana polisi afirmatif perlu melihat tiga peringkat ini iaitu penyertaan, pemilikan atau penguasaan. Penyertaan bermaksud berapa ramai yang terlibat dalam satu-satu bidang itu seperti menjadi doktor dan lain-lain. Pemilikan pula berapa ramai doktor yang memiliki klinik atau hospital sendiri dan penguasaan pula berapa ramai yang menguasai industri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada masa sama, kita juga perlu melihat kepada empat elemen utama iaitu kenapa, siapa, bagaimana dan bila.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Misalnya, kenapa bantuan itu perlu disediakan, bagi saya mengenal kegagalan pasaran adalah isu penting, kita jangan bersikap terburu-buru, kalau dapat pastikan kenapa ia berlaku semua pihak akan dapat dibantu, bukan kaum Melayu sahaja.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kedua, adalah siapa yang hendak dibantu? Bantu orang di luar bandar atau pelajar daripada keluarga yang miskin? Kerana di luar bandar juga ada orang yang kaya dan isu lain pula yang perlu dilihat adakah hendak bantu kaum Melayu sahaja atau Melayu yang ada keupayaan kerana tidak semua Melayu rajin, ada juga malas.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kemudian adalah bagaimana untuk membantu supaya matlamatnya tercapai, namun begitu terdapat satu lagi isu yang mana bilakah pemberian bantuan ini akan berakhir. Masalah di Malaysia adalah banyak program bantuan yang tiada penghujungnya contohnya Bantuan Sara Hidup Rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu, polisi-polisi afirmatif terdedah kepada isu tiadanya kejujuran seperti terus hendak jadi miskin sampai bila-bila bagi mendapat bantuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya apabila sudah dibantu untuk keluar daripada garis kemiskinan dan berjaya memperoleh pendapatan yang tinggi maka tidak perlulah lagi menerima bantuan sara hidup. Itu maksudnya ada kriteria jalan keluar.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Disebabkan itu, saya berasakan kalau Dr. Mahathir menyebut mengenai kemakmuran bersama baru-baru ini maka elemen-elemen afirmatif ini perlu dilihat secara terperinci tetapi insya-Allah kita pastikan hak orang Melayu dan keperluan semua bangsa akan turut sama menikmatinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Soalan\" style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kerajaan bercadang mewujudkan dasar kemakmuran bersama, adakah perlu ditetapkan tempoh masa untuk jayakannya?<\/span><\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">NOOR AZLAN: Dr. Mahathir ada menyebut mengenai sasaran seperti 2030 dan sebagainya tetapi yang lebih penting kena jelaskan tindakan yang hendak dibuat, apa yang hendak \u2028dicapai dan melihat kemajuannya. Contohnya macam isu ekuiti orang Melayu kalau kita letak sasaran dan \u2028kita betul-betul laksanakannya saya rasa kita sudah berjaya tetapi mungkin kita agak lewa dan tidak pantau maka jadi begini.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Subjek orang bumiputera ialah subjek negara Malaysia iaitu mewakili hampir 70 peratus penduduk negara ini, jadi sesiapa pun yang menjadi kerajaan maka dia perlu memastikan subjek ini dilayan dengan adil. Kalau 70 peratus penduduk ini mendapat pendapatan yang baik saya yakin lagi 30 peratus penduduk akan turut mendapat manfaatnya. Kalau orang Melayu dapat pendapatan lebih tinggi mereka boleh membeli kereta, melancong dan membeli rumah. sekali gus ia juga memberi manfaat kepada peniaga.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Satu lagi yang perlu diberi perhatian adalah subjek orang Melayu itu perlu diletak di tengah-tengah contohnya dengan menubuhkan satu suruhanjaya untuk memantau isu kesaksamaan. Dalam suruhanjaya ini juga boleh diletakkan bangsa-bangsa lain untuk memberikan buah fikiran kerana ini merupakan isu ekonomi.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam DEB sudah ada elemen perpaduan, kita hendakkan perpaduan yang asli macam pasukan bola sepak tahun 1970-an yang ada Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, R. Arumugam, Santokh Singh dan James Wong. Ada semua, kita hendak lihat macam itu,<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Jawapan\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sama juga seperti Datuk Lee Chong Wei yang dididik oleh Datuk Misbun Sidek, mereka ini perlu menjadi ikon perpaduan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Body Rencana\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">kita harus faham mana-mana kerajaan yang hendak mewujudkan polisi afirmatif, matlamat dan reka bentuknya mestilah tepat sebab ia amat terdedah kepada manipulasi dan eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu terhadap polisi ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Body Rencana\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2028 Sebenarnya apabila sudah dibantu untuk keluar daripada garis kemiskinan dan berjaya memperoleh pendapatan yang tinggi maka tidak perlulah lagi menerima bantuan sara hidup. Itu maksudnya ada kriteria jalan keluar.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Body Mukadimah\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sejak akhir-akhir ini timbul desakan daripada pelbagai pihak yang mahukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan pada 1970 dihapuskan atau diolah semula.<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Body Mukadimah\" style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah wajar dasar ini dihapuskan selepas berjasa hampir 50 tahun kepada negara?<\/span><\/p>\n<p class=\"BD Body Mukadimah\" style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(Dipetik dari <a href=\"https:\/\/www.utusan.com.my\/rencana\/utama\/bahagian-deb-mana-perlu-dihapuskan-1.941879\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Utusan Online<\/a>)<\/span><\/em><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi mendapatkan pandangan sama ada wajar DEB diteruskan atau sebaliknya, wartawan Mingguan Malaysia,\u00a0SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH\u00a0bersama jurugambar\u00a0AMIR KHALID\u00a0dan juru video,\u00a0MOHD. KAMARUL HASIFI KAMARUDIN menemubual Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),\u00a0PROF. TAN SRI DR. NOOR AZLAN GHAZALI\u00a0di pejabatnya baru-baru ini. MINGGUAN: Adakah cadangan untuk menghapuskan DEB wajar? NOOR AZLAN:\u00a0Sebenarnya DEB bermula dari 1970 hingga 1990, selepas tempoh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":11091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[211,212],"tags":[1142,1143,196],"class_list":["post-11087","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-laporan","category-utama","tag-dasar-ekonomi-baru-deb","tag-dr-noor-azlan-ghazali","tag-utusan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11087","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11087"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11087\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11093,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11087\/revisions\/11093"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}