{"id":11181,"date":"2019-08-14T04:27:54","date_gmt":"2019-08-14T04:27:54","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11181"},"modified":"2019-08-14T04:27:54","modified_gmt":"2019-08-14T04:27:54","slug":"mahathir-bertanggungjawab-menguatkan-dong-zong-selama-22-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11181","title":{"rendered":"MAHATHIR BERTANGGUNGJAWAB MENGUATKAN DONG ZONG SELAMA 22 TAHUN"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semalam Perdana Menteri Dr Mahathir berkata Persatuan Pengurus Lembaga Sekolah-sekolah Cina, Dong Zong adalah rasis kerana membantah cadangan pengenalan tulisan Jawi ke silibus Bahasa Melayu sekolah vernakular Cina.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya memang tidak berkenan dengan Dong Zong ini dari dahulu, terutama sejak mereka melontarkan 83 tuntutan kepada kerajaan BN sebelum ini melalui pertubuhan berkaitan mereka iaitu Suqiu sebelum pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara tuntutan-tuntutan Suqiu (i.e. Dong Zong) ini adalah untuk memansuhkan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam semua bidang, menghapuskan sistem kuota berasaskan kaum dan meratifikasi serta menandatangani semua konvensyen antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (e.g. ICERD, Statut Rom dan sebagainya).<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun saya tidak berkenan dengan Dong Zong ini, ini tidak bermakna saya juga menyokong Dr Mahathir dan ia tidak bermaksud saya menganggap dia sekarang tiba-tiba kembali memperjuangkan kepentingan Melayu apabila dia mengecam Dong Zong semalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ramai orang Melayu menganggap bahawa Dong Zong ini sememangnya cauvinis dan rasis.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir bukanlah orang pertama yang berkata demikian.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah sebelum PRU-10 pada tahun 1999, Mahathir sebaliknya telah bersetuju untuk mempertimbangkan tuntutan-tuntutan Suqiu (dan Dong Zong) seperti di atas untuk meraih sokongan kaum Cina.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun pada pilihan raya umum tersebut, Mahathir telah kehilangan banyak sokongan Melayu dan akibatnya BN telah kalah di banyak kerusi Melayu kepada PAS dan PKR.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setahun selepas itu, selepas menang pilihan raya dengan sokongan kaum Cina akibat bantuan daripada Dong Zong dan Suqiu tetapi dengan hakisan sokongan Melayu, Mahathir telah mengecam pula Suqiu dan memanggil mereka pertubuhan pelampau komunis untuk meraih kembali sokongan Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya kerajaan PH di bawah pimpinan Dr Mahathir kini sedang melaksanakan apa yang Dong Zong dan Suqiu sarankan 20 tahun dahulu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mutakhir ini tiada lagi kuota Bumiputera dalam pembahagian kontrak-kontrak kerajaan daripada Kementerian Kewangan, dan Kerajaan PH di bawah Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 telah menandatangani konvensyen antarabangsa seperti Statut Rom dan cuba meratifikasi ICERD sebelum mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana tentangan kuat daripada rakyat. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tuntutan-tuntutan di atas adalah lebih besar implikasinya daripada isu tulisan Jawi ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu saya tidak percaya yang Mahathir benar-benar menentang Dong Zong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika tidak mana mungkin tuntutan-tuntutan kritikal Dong Zong (dan Suqiu) seperti meratifikasi konvensyen antarabangsa dan menghapuskan kuota Bumiputera diangkat dan dilaksana oleh beliau dan kabinet PH di bawah pentadbirannya baru-baru ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MAHATHIR MENYEBABKAN DONG ZONG MENJADI KUAT<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semasa pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4, ramai taikun-taikun Cina yang menjadi kroninya telah menjadi bertambah kaya-raya, walaupun dia cuba menggambarkan dalam ucapan-ucapannya di Perhimpunan Agong UMNO dan penulisan-penulisannya bahawa dia seorang pejuang Melayu yang menentang monopoli ekonomi kaum Cina.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semasa era Dr Mahathir, pegangan ekonomi untuk golongan miskin di bawah 40% (B40) yang kebanyakannya adalah orang Melayu telah menurun, namun pegangan ekonomi untuk golongan kaya di atas 20% (T20) yang kebanyakannya orang Cina telah meningkat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Antara tahun 1989 ke 1997 jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan miskin B40 telah menurun dari 15% ke 13%.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkongsian pendapatan negara untuk golongan T20 pula telah meningkat dari 50% ke 52% dalam masa yang sama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Peribahasa \u201cOrang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin\u201d telah menjadi sangat benar ketika itu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Banyak taikun-taikun Cina yang menjadi kroni Mahathir dan menjadi kaya raya telah memberikan sumbangan yang banyak kepada Dong Zong.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan sumbangan ini Dong Zong telah boleh membiayai diri mereka sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan dan ia telah berkembang menjadi semakin kuat dan lantang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Secara tidak langsung Dr Mahathirlah yang bertanggungjawab menguatkan Dong Zong selama 22 tahun semasa dia menjadi Perdana Menteri sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Mahathir benar-benar mahu menangani Dong Zong dari dahulu, dia boleh sahaja mengharamkan Dong Zong semasa dia menjadi Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri dahulu iaitu semasa Dong Zong tidak sekuat sekarang, tetapi dia (Mahathir) tidak melakukannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi sebaliknya dia telah membiarkan sehingga Dong Zong menjadi terlalu kuat untuk diharamkan di akhir pentadbirannya sebagai PM-4 dan selepas itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">STRATEGI POLITIK MAHATHIR UNTUK PH DAN DAP<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam PRU-14 yang lepas, Mahathir telah membantu PH untuk mendapat 25% sokongan Melayu untuk menang dalam pilihan raya umum.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun kini dengan penyatuan ummah UMNO dan PAS, untuk PH menang sekali lagi dalam pilihan raya umum dan untuk DAP terus mengekalkan kuasa di Putrajaya, mereka kini memerlukan lebih banyak sokongan daripada orang-orang Melayu iaitu sekurang-kurangnya 30%.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaubagaimanapun kini sokongan Melayu kepada PH semakin terhakis.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka (PH) tahu jika keadaan ini berterusan, PH berhadapan dengan risiko kekalahan pada PRU-15 akan datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir memerlukan satu target dan isu untuk menarik kembali perhatian dan sokongan orang-orang Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lantas Mahathir dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena telah menyerang Dong Zong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang Dr Mahathir buat ini tentunya sudah dirancang dan disengajakan untuk menarik sokongan Melayu kepada Bersatu dan PH.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir memang pakar mencipta krisis untuk kepentingan dirinya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setiap kali sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya jatuh seperti yang berlaku pada tahun 1990-an, Mahathir akan memainkan retorik anti-Cina dan anti-Yahudi untuk menunjukkan yang dia adalah pejuang Melayu dan Islam, walaupun dia sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan kroni-kroninya iaitu taikun-taikun Cina dan juga dengan pihak Yahudi dan Israel.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Contohnya, pada tahun 1990-an apabila sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya merosot akibat kebangkitan PAS, Mahathir telah melaungkan seruan anti-Yahudi dan anti-Israel untuk menarik perhatian dan sokongan orang-orang Melayu dan Islam.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun di belakang tabir, pada tahun 1994 Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Menteri Luar Israel Shimon Peres di Perancis.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di hadapan rakyat Malaysia, Mahathir telah menafikannya walaupun pertemuan ini telah dilaporkan oleh TV Israel dan institusi berita antarabangsa AFP.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dia cuba menunjukkan yang dia kononnya seorang pejuang Islam anti-Israel dan anti-Yahudi di mata rakyat Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tetapi sebaliknya, pada tahun yang sama, pentadbiran Mahathir telah menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel ke Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah perangai munafik Mahathir.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan untuk menunjukkan dia kononnya adalah seorang pejuang nasionalis Melayu pula, Mahathir kerap menyerang dengan retorik anti-Cina.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun demikian, kroni-kroni Mahathir adalah ramai dari kalangan orang-orang Cina yang pada hemat Dr Mahathir \u201cpandai berniaga dan rajin\u201d berbanding orang-orang Melayu yang \u201ctidak pandai berniaga dan pemalas\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISU TULISAN JAWI SENGAJA DIRANCANG<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tentunya isu tulisan jawi ini sengaja dibuat oleh Mahathir dan penasihat-penasihatnya dalam kerajaan dan dalam Bersatu untuk menarik sokongan Melayu kepadanya dan kepada Bersatu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Cadangan tulisan Jawi di sekolah vernakular Cina ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan Bersatu, Maszlee Malik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dr Mahathir dan Maszlee Malik tentunya sudah tahu apabila mereka membuat cadangan tulisan Jawi ini ke silibus sekolah vernakular Cina ia akan mengundang reaksi daripada DAP dan Dong Zong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila DAP dan Dong Zong memberikan reaksi negatif seperti yang dijangka, Dr Mahathir telah membalas reaksi dan menempelak Dong Zong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dia tidak lagi boleh menempelak DAP dan memanggil DAP atau Kit Siang rasis seperti dahulu sebab kini dia memerlukan sokongan DAP untuk kekal menjadi Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu dia hanya boleh menempelak Dong Zong.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kit Siang tahu apa yang Mahathir sedang buat ini adalah sebenarnya baik untuk DAP supaya DAP boleh kekal berkuasa di Putrajaya dengan sokongan mencukupi daripada sebahagian orang-orang Melayu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seperti pada PRU-14, DAP menggunakan Mahathir lagi untuk menarik sokongan sebahagian orang Melayu ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu Kit Siang tiba-tiba menyokong cadangan tulisan Jawi ini dan cuba mempengaruhi pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong DAP supaya tidak memperbesar-besarkan isu ini di kalangan orang-orang Cina.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya DAP dan PH tidak risau dengan sokongan bukan Melayu terutamanya sokongan kaum Cina, kerana mereka yakin walau apapun mereka (PH) buat, sokongan kaum Cina sudah ada dalam poket mereka dan mereka (PH) yakin bahawa orang-orang Cina rata-rata tidak akan mengundi BN lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka hanya risau dengan sokongan Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu Mahathir dan Bersatu perlu tunjuk yang mereka kini kononnya memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu dan kembali menjadi pejuang Melayu dan Islam, walaupun dalam perlembagaan parti Bersatu tidak adapun disebut tentang perjuangan Melayu dan Islam ini seperti yang terdapat dalam perlembagaan UMNO dan PAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MAHATHIR TELAH MEMPERKASA DAP<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini Mahathir telah berjaya memecahkan parti terbesar dalam PH sebelum ini iaitu PKR.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">PKR kini bukan lagi parti terbesar dalam PH kerana ia telah berpecah kepada dua puak, iaitu puak Anwar yang mempunyai 35 Ahli Parlimen dan puak Azmin yang mempuyai 15 Ahli Parlimen.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Atas usaha Mahathir ini, DAP kini telah menjadi parti terbesar dan terkuat dalam kerajaan dan dalam PH dengan 43 Ahli Parlimen.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan sengaja atau tidak, langkah-langkah Mahathir telah memperkasakan DAP dalam kerajaan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Hakikatnya, di sebalik tabir, Mahathir bukan sahaja secara tidak langsung telah menguatkan Dong Zong selama ini, namun dia juga secara langsung telah menguatkan DAP dan melemahkan kuasa politik orang-orang Melayu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mahathir memang amat licik. Namun kini orang sudah boleh baca apa yang beliau buat dan boleh nampak segala helahnya berbanding dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika ada lagi orang Melayu yang masih menyokong Dr Mahathir, maka mereka secara sedar atau tidak sebenarnya menyokong DAP dan Dong Zong, walau bagaimanapun wayang yang Mahathir dan DAP mainkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan jika ada lagi orang Melayu yang masih percaya kepada Dr Mahathir dan masih mudah terperdaya dengan helahnya, saya tidak tahu hendak kata apa.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kepada Dr Mahathir, jika kenyataan saya di atas tidak betul, maka haramkanlah Dong Zong, barulah orang mungkin boleh percaya dengan apa yang anda kata.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Isham Jalil<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">14 Ogos 2019<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/513236032765259?s=1180765013&#038;sfns=mo<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Isham Jalil Semalam Perdana Menteri Dr Mahathir berkata Persatuan Pengurus Lembaga Sekolah-sekolah Cina, Dong Zong adalah rasis kerana membantah cadangan pengenalan tulisan Jawi ke silibus Bahasa Melayu sekolah vernakular Cina. Saya memang tidak berkenan dengan Dong Zong ini dari dahulu, terutama sejak mereka melontarkan 83 tuntutan kepada kerajaan BN sebelum ini melalui pertubuhan berkaitan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":11183,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[150,1160,500,242],"class_list":["post-11181","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-dap","tag-dong-zong","tag-isham-jalil","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11181","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11181"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11181\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11184,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11181\/revisions\/11184"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11183"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11181"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11181"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11181"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}