{"id":11213,"date":"2019-08-15T02:41:54","date_gmt":"2019-08-15T02:41:54","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11213"},"modified":"2019-08-15T02:41:54","modified_gmt":"2019-08-15T02:41:54","slug":"keangkuhan-koon-yew-yin-zambry-abd-kadir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11213","title":{"rendered":"KEANGKUHAN KOON YEW YIN &#8211; ZAMBRY ABD. KADIR"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Oleh Dr. Zambry Abd. Kadir<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Keangkuhan dan kesombongan seorang manusia bernama Koon Yew Yin tidak dapat digambarkan dalam kehidupan bernegara di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: arial, helvetica, sans-serif; font-size: 12pt;\">Seorang yang kaya-raya bermula sebagai jurutera di PWD (JKR), kemudian membina empayar peniagaan sebagai pemain saham yang aktif, dan pemilik sektor hartanah dan lain-lain, kesemuanya bermula di atas tanah yang dipanggil negara Persekutuan Tanah Melayu <em>(Federated of Malay States<\/em>) dan kemudian dikenali sebagai Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Orang inilah kini menganggap bangsa Melayu yang berada dalam sektor perkhidmatan awam, tentera dan guru sebagai golongan yang dipenuhi oleh mereka bermutu rendah (<em>mediocre<\/em>) dan tidak ada kelas untuk mentadbir sebuah negara dan negeri.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di Perak beliau mencipta pelbagai kontroversi dengan memandang rendah kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Beliau secara terang-terangan membantu dari sumber kewangannya yang berlimpah kepada pihak DAP dan PH untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO\/BN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau dilantik oleh kerajaan PH Perak sebagai Penasihat Ekonomi selepas PRU-14. Tetapi oleh kerana sentiasa memikirkan bahawa dirinya sahaja yang terbaik jawatan beliau ditarik balik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun beliau tidak berpuas hati dan cuba mengaitkannya dengan Istana, serta membuat tuduhan terhadap Almarhum Sultan Azlan bahawa perlu membayar kepada Istana untuk mendapat anugerah pingat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DAP sentiasa menyanjung beliau sebagai pejuang tegar bersama mereka yang mahu menukar pemerintahan kerajaan BN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam posting Facebook-nya pada 25 Jun 2018, beliau begitu kecewa Nga tidak dilantik sebagai Menteri. Begitu juga pada 2 Julai, 2018, beliau mempertahankan tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malah beliau turut seolah-olah memperkecilkan kebolehannya bertutur dalam Bahasa Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ketika bekerja sebagai Jurutera di PWD (JKR) dalam tahun 1960 beliau disuruh belajar Melayu dan mendapati terlalu sukar untuk menterjemah \u201c<em>Fire,fire, call the fire brigade<\/em>\u201d dan sukar untuk menterjemah ke Bahasa Melayu, dengan menterjemahkannya \u201capi, api, panggil api kereta\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau pernah menganggap negeri Perak sebagai negeri kedua termiskin kerana dipimpin oleh pemimpin-pemimpin UMNO\/BN.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Meskipun Khazanah Research menafikan analisis tersebut, beliau tidak pedulikannya kerana matlamatnya untuk melihat pertukaran kerajaan, dan kebenciannya yang menebal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau bersama dengan gerakan DAP Perak sepanjang sebelum PRU-14 menyebarkan segala keburukan ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia mencetuskan sikap sombong tahap tinggi yang begitu angkuh dengan kedudukan kuasa dan kekayaan. Inilah refleksi sikap tinggi diri (<em>superiority complex<\/em>) yang ada dalam dirinya dengan memandang bahawa dia dan kumpulannya lebih hebat daripada kumpulan dan bangsa lain yang berada di tanahair ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia menggambarkan bagaimana suatu bangsa yang menganggap keagungan budayanya (<em>cultural supremacy<\/em>) dengan memandang budaya kehidupan bangsa lain hina dan rendah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kononnya mereka lebih rajin, manaka Melayu adalah pemalas, mereka lebih bijak, manakala Melayu adalah dungu, mereka lebih berkeusahawanan, manakala Melayu hanya menadah bantuan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Inilah yang dicanangkan sekian lama seperti yang disebut dalam <em>The Myth of the Lazy Natives<\/em>, oleh Prof Syed Hussien al-Attas, bagaimana minda terjajah dimainkan oleh penjajah terhadap pribumi Melayu dan Jawa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh kerana Melayu tidak mahu berada dalam gengaman kapitalisme penjajah, maka dibiarkan Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani. Kemudian dibiarkan Melayu tinggal di kampung-kampung sambil menyebut mereka malas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Koon Yew Yin begitu berani ke hadapan dengan merobekkan lagi imej orang Melayu kerana selama ini keceluparannya tidak dipedulikan oleh sesiapa. Dia merasakan dalam dunia Malaysia Baru ini, dia lebih bebas untuk berkata apa-apa sahaja terhadap kakitangan awam, tentera dan guru yang majoritinya terdiri dari kalangan Melayu \/Bumiputera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Maklumlah antara penerima bantuan kewangan darinya adalah Parti Bersatu Perak sendiri dengan disaksikan oleh Tun M, TS Muhyiddin dan Mukhriz.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada 24 Julai, 2019, beliau sekali lagi menghina graduan-graduan Universiti Awam kita sebagai \u201c<em>low-grade<\/em>\u201d (kelas bawah). Daripada 20 buah universiti awam, hanya 6 saja yang ada \u201c<em>ranking<\/em>\u201d dan 14 lagi dianggap gagal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan majoriti bilangannya adalah orang Melayu hasil kepada graduan kelas-bawah ini memberi kesan kepada pembangunan negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau menghina golongan penjawat awam yang dengan berani katanya tiada meritokrasi. Ketika beliau menulis tentang kenapa Malaysia masih tidak mencapai status negara maju dengan sombongnya dia menyebut \u201c<em>almost all Malaysian civil servants are Malays. What can we expect when Malaysia is managed by thousands of low-grade graduates<\/em>? (hampir semua kakitangan awam adalah orang Melayu. Apa yang boleh anda harapkan bila Malaysia ditadbir oleh ribuan graduan kelas bawah?)<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beliau menghina Angkatan Tentera Malaysia yang dilihatnya hanya makan minum sahaja dan tidak pernah melepaskan peluru di medan perang dan selayaknya mereka dihantar bekerja di sektor perladangan Felda.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sungguh biadab menghina anggota tentera hingga ke tahap itu. Adakah beliau ingin melihat negara ini berada dalam kekacauan dan peperangan bagi menjustifikasikan kedudukan ketenteraan kita?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah beliau akan tinggal dalam negara Malaysia ketika suasana itu berlaku?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Adakah beliau akan boleh bermain saham dan mengaut jutaan ringgit bila mahukan anggota kita berada dalam suasana peperangan?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Langsung tidak ada perasaan hormat kepada peranan anggota tentera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Peranan anggota tentera adalah untuk menjaga keamanan negara dan sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, termasuk bersiap untuk melepaskan peluru kepada musuh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apa yang terbit dari tulisan dan luahan Koon Yew Yin adalah gambaran mental golongan seperti beliau yang sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas ini mungkin dengan mudah beliau akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia, kakitangan awam dan tentera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Itulah jalan mudahnya. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti tulisan beliau, akan dapat membuat kesimpulan tentang proses kebencian yang dibina dan tersemat sekian lama dalam jiwanya.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Dr. Zambry Abd. Kadir Keangkuhan dan kesombongan seorang manusia bernama Koon Yew Yin tidak dapat digambarkan dalam kehidupan bernegara di Malaysia. Seorang yang kaya-raya bermula sebagai jurutera di PWD (JKR), kemudian membina empayar peniagaan sebagai pemain saham yang aktif, dan pemilik sektor hartanah dan lain-lain, kesemuanya bermula di atas tanah yang dipanggil negara Persekutuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":11215,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[123,212],"tags":[382,1028,691,186,1165],"class_list":["post-11213","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ulasan","category-utama","tag-angkatan-tentera-malaysia-atm","tag-biadap","tag-koon-yew-yin","tag-melayu","tag-zambry-abd-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11213","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11213"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11213\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11216,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11213\/revisions\/11216"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11215"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11213"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11213"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11213"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}