{"id":11303,"date":"2019-08-21T08:02:37","date_gmt":"2019-08-21T08:02:37","guid":{"rendered":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11303"},"modified":"2019-08-21T08:02:37","modified_gmt":"2019-08-21T08:02:37","slug":"cara-musuh-hapus-institusi-beraja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/editormalaysia.com\/?p=11303","title":{"rendered":"CARA MUSUH HAPUS INSTITUSI BERAJA"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DALAM SEJARAH DUNIA, LANGKAH PERTAMA UNTUK MENGHAPUSKAN INSTITUSI BERAJA DAN MENUBUHKAN REPUBLIK ADALAH DENGAN MELEMAHKAN ANGKATAN TENTERA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><em><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">(Esei dan gabungan sembilan artikel pendek berkenaan Angkatan Tentera Malaysia dan pertahanan negara sempena Hari Kemerdekaan ke-62)<\/span><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh: ISHAM JALIL<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Baru-baru ini Perdana Menteri Dr Mahathir berkata di satu persidangan antarabangsa bahawa jika mana-mana negara mahu menyerang Malaysia, mereka hanya perlu datang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia tidak akan pergi berperang walau dalam apa keadaan sekalipun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini bermaksud jika ada orang ceroboh, serang atau rampas kedaulatan negarapun Mahathir tidak akan pergi berperang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan Menteri Pertahanan Mat Sabu pula kata kita juga tidak akan berperang sebab kita akan selesaikan apa-apa konflik secara diplomatik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya pernah mengkaji tentang konflik antarabangsa semasa melanjutkan pengajian dalam bidang politik dan ekonomi di Harvard University dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya juga pernah berkhidmat sebagai Komander (kehormat) dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan mula terlibat dengan angkatan tentera sejak di bangku sekolah sebagai kadet tentera selama 5 tahun pada tahun 1989.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya telah melalui latihan perang di lautan, belayar bersama TLDM sehingga berminggu-minggu seawal tahun 1992, dan melalui latihan tempur dan senjata automatik sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika perang berlaku, saya tahu yang besar kemungkinan saya adalah antara orang yang terawal akan dikerahkan dan saya bersedia untuk berjuang untuk negara Malaysia ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun saya bukanlah seorang anggota tentera sepenuh masa, namun saya faham mengapa kita perlu sentiasa bersiap sedia dan perlu ada angkatan tentera walaupun negara Malaysia ini kecil berbanding negara besar yang lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ARWAH SYED DANIAL TIDAK MENYANGKA DIA AKAN TERLIBAT DALAM KONFLIK JALAN RAYA DAN MATI AKIBATNYA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tidak bersetuju dengan pemikiran Mat Sabu dan Dr Mahathir yang seolah-olah memperlekehkan dan mengambil mudah tentang kesiapsiagaan Malaysia dalam menangani konflik antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Mat Sabu rajin membaca sejarah konflik dunia, dia akan tahu bahawa jika musuh hendak serang kita atau ceroboh sempadan kita, mereka tidak akan bagitahu kita dahulu atau minta izin untuk mereka serang supaya kita boleh bersedia untuk berdiplomasi dan bawa berbincang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan Dr Mahathir tentunya tahu bahawa dalam sejarah, semua negara dan rakyat mangsa perang tidak pernah menyangka yang negara aman mereka akan diserang dan suatu hari mereka perlu pergi berperang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Seperti juga arwah Syed Danial yang mati dilanggar akibat pergaduhan di jalan raya baru-baru ini, saya yakin apabila beliau bangun pagi pada hari tersebut beliau tidak terfikir yang beliau akan terlibat dengan pergaduhan jalan raya dan meninggal dunia akibatnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DR MAHATHIR SEPERTI NAVILLE CHAMBERLAIN<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam sejarah perang di dunia, banyak negara diserang secara mengejut sewaktu proses diplomasi sedang berjalan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh serangan tentera Jepun ke atas Pearl Habor, Amerika Syarikat pada tahun 1941, serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Panama pada tahun 1989, serangan tentera Jerman ke atas Poland pada tahun 1939 dan lain-lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semua serangan-serangan ini telah berlaku semasa proses diplomasi sedang berlangsung atau selepas persetujuan diplomatik telah dicapai.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebelum Jerman menyerang dan menakluk Poland pada tahun 1939 dan memulakan Perang Dunia ke-2, Perdana Menteri Britain, Naville Chamberlain yang takut berperang melaksanakan dasar &#8220;<em>Appeasement<\/em>&#8221; atau dasar memberi konsesi (seakan rasuah) kepada kuasa luar seperti Hitler yang agresif supaya Hitler tidak memulakan perang di Eropah atau menyerang Britain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Untuk memujuk Hitler supaya tidak memulakan perang, Naville Chamberlain telah menyerahkan sebahagian daripada wilayah Czechoslovakia kepada Hitler pada tahun 1938 dan menandatangani Perjanjian Munich dengan Hitler.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setahun selepas itu, Hitler, yang tidak mempedulikan Perjanjian Munich yang telah ditandatanganinya, telah menyerang Poland dan memulakan Perang Dunia ke-2.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Beberapa bulan selepas itu, Jerman telah menyerang Britain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akibat malu kerana ditipu oleh Hitler, Naville Chamberlain telah meletakkan jawatan dan diganti dengan Winston Churchill sebagai Perdana Menteri Britain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kini, Mahathir yang kononnya lantang bersuara ke atas konflik antarabangsa, rupa-rupanya sama seperti Neville Chamberlain yang &#8220;segan&#8221; untuk pergi berperang untuk mempertahankan maruah negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mungkin sebab itu Mahathir cepat sahaja serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura beberapa bulan lalu walaupun proses rayuan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa masih lagi berjalan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan dengan perangai Dr Mahathir yang suka bercakap besar mengutuk negara lain namun tidak mahu menguatkan angkatan tentera dan memberi tahu pula satu dunia seolah-olah kita takut untuk pergi perang, adalah tidak mustahil jika suatu hari nanti Malaysia akan diserang mengejut oleh kuasa luar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya bukanlah seorang yang suka dengan peperangan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun kita perlu bersedia untuk berperang sekiranya kita diserang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam hidup ini, walaupun kita tidak suka cari gaduh dengan orang lain, namun kita perlu bersedia kalau-kalau ada orang yang cemburu dengan kita, mahu merampas hak kita dan mencabar maruah kita atau sengaja mencari pasal.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam dunia ini kita perlu terima hakikat yang mesti ada orang yang berperangai seperti Mahathir atau Hitler di mana-manapun dan pada bila-bila masa sekalipun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita perlu bersedia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MAT SABU TAKUT KEJAR KAPAL CHINA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menteri Pertahanan Mat Sabu dalam satu forum antarabangsa berkata kapal perang tentera Malaysia tidak boleh kejar kapal pengawal pantai China yang menceroboh perairan Malaysia, sebab kapal Pengawal Pantai China adalah lebih besar daripada kapal perang Malaysia, katanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya apa yang Mat Sabu tidak faham ialah kapal yang besar kebanyakannya bergerak lebih perlahan daripada kapal yang lebih kecil.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai contoh, satu kapal perang friged TLDM seperti KD Jebat sebesar 2,300 ton mempunyai kelajuan 28 knots.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kapal Pengawal Pantai China CCG 3901 Cutter 1123 yang dihantar ke Laut China Selatan yang selalu bertembung dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah 5 kali ganda lebih besar iaitu sebesar 12,000 ton tetapi hanya mempunyai kelajuan maksimum 25 knots.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, semua angkatan tentera negara lain tentunya tahu ia bukanlah persoalan sama ada kapal perang kita boleh mengejar kapal perang China atau tidak (sebab kapal kita lebih laju), namun ia adalah persoalan sama ada kita mahu atau tidak untuk mengejarnya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu apa yang Mat Sabu sebenarnya buat ialah memberi isyarat kepada seluruh dunia bahawa dia (sebagai Menteri Pertahanan Malaysia) takut hendak kejar dan berhadapan dengan kapal pengawal pantai China, walaupun mereka berkali-kali didapati menceroboh perairan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Belum apa-apa lagi Menteri Pertahanan Mat Sabu dan Perdana Menteri Dr Mahathir telah mengaku kalah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan membuat kenyataan sebegini, ia amat memalukan dan meningkatkan risiko ke atas pertahanan dan keselamatan negara kerana kuasa-kuasa luar, musuh atau pengganas akan lebih berani untuk menceroboh sempadan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan kita bukan sahaja hilang Pulau Batu Putih, namun wilayah-wilayah lain seperti Terumbu Layang-layang dan Kepulauan Spratly juga tentunya akan lebih mudah diambil oleh negara lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">MAHATHIRPUN ADA \u2018BODY GUARD\u2019<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tidak faham mengapa pemimpin-pemimpin kita dalam kerajaan PH ini awal-awal lagi sudah mengaku kalah bila berhadapan dengan kebarangkalian konflik antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Bila di dalam negeri, mereka inilah yang paling kuat berkokok.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mengapa di luar negeri berhadapan dengan delegasi asing tiba-tiba mereka seakan menjadi penakut?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pepatah Melayu ada menyebut, &#8220;Biar putih tulang jangan putih mata.&#8221;<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan pepatah Iban berbunyi, &#8220;Agi idup agi ngelaban&#8221;, yang bermaksud selagi ada nyawa di badan, selagi itu bersedia berjuang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tidak ada pepatah yang kata kita hanya berani dengan negara lebih kecil sahaja, tetapi dengan negara besar kita jadi pengecut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dr Mahathir pergi mana-mana pun mesti ada \u2018<em>body guard<\/em>\u2019 termasuk di rumahnya untuk menghalang kalau-kalau ada pihak yang ingin menceroboh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tapi apabila ditanya tentang kesiapsiagaan negara jika diserang, dia jawab siapa yang hendak serang, datang sahajalah sebab kita tidak akan pergi berperang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika orang menceroboh rumah kita dan cuba merogol anak kecil dan isteri kita, takkan belum apa-apa kita mahu terus menyerah kalah sahaja hanya kerana orang itu berbadan lebih besar dan membawa senjata?<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Lebih teruk jika kita memberikan isyarat awal kepada semua orang bahawa kita tidak akan melawan jika ada orang menceroboh, dan kita akan serah diri sahaja apabila diserang seperti apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir dan Mat Sabu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kita beri isyarat sebegini, budak-budak sekolahpun tahu, lebih teruk orang akan membuli kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekurang-kurangnya kita perlu lawan dengan apa yang ada jika situasi menjadi kritikal, atau menunjukkan isyarat yang kita bersedia untuk melawan di samping selalu bersiap siaga untuk situasi sebegini untuk mempertahankan maruah diri, keluarga atau negara walaupun kita mungkin terkorban dalam pertarungan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika strategi pertahanan negara kita bergantung kepada cara pemikiran Mat Sabu ini, maka saya pasti musuh kita akan menjadi lebih lajak, dan tragedi pencerobohan dan pembunuhan seperti di Lahad Datu sebelum ini akan kerap berlaku lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">RASULULLAH BUKAN PENAKUT SEPERTI MAT SABU<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebenarnya, dalam konflik antarabangsa, keputusan untuk suatu negara itu berperang atau menyerah kalah bukan bergantung kepada sama ada negara itu lebih kecil atau lebih besar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ia bergantung kepada sejauh mana kita mahu mempertahankan maruah kita dan sejauh mana kita tidak mahu dijajah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semasa perang Badar pada tanggal 17 Ramadan tahun 624 masihi, Rasulullah hanya mempunyai kekuatan tentera seramai 300 orang askar sukarela berhadapan dengan 1,000 orang tentera musuh Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika berdasarkan kebarangkalian untuk menang dengan bilangan tentera yang tiga kali ganda lebih kecil pada bulan puasa ketika itu, sudah tentu jangkaannya Rasulullah akan kalah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan jika Rasulullah mengikut pemikiran \u201c<em>defeatist<\/em>\u201d atau cepat mengalah seperti Mat Sabu dan Mahathir, tentunya Rasulullah akan menyerah diri sebelum berperang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun Rasulullah tidak menyerah kalah kerana Baginda bukanlah penakut seperti sesetengah pihak dan Baginda tetap berjuang dan keluar berperang, dan tentera Islam telah menang perang Badar walaupun pada awalnya kebarangkaliannya tidak menyebelahi Baginda.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila tentera Parsi dengan 300,000 bala tentera cuba menakluki Greek pada tahun 480 BC, 7,000 pejuang Greek Sparta telah bangkit untuk menghalang tentera Parsi dari memasuki Greek walaupun pejuang-pejuang Greek ini tahu besar kemungkinan mereka akan terkorban menentang musuh yang 40 kali ganda lebih besar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Mereka telah bertarung selama berhari-hari dan tentera Parsi menghadapi kesukaran untuk menembusi sempadan Greek di Thermopylae.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Walaupun 4,000 daripada 7,000 pejuang Greek ini telah terkorban, namun mereka telah membunuh 20,000 tentera Parsi, dan pengorbanan dan keberanian pejuang-pejuang Greek ini telah membangkitkan semangat seluruh rakyat Greek untuk bangkit menentang tentera Parsi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Setahun selepas itu pada tahun 479 BC, rakyat dan angkatan tentera Greek telah berjaya menewaskan beratus ribu tentera Parsi di pertempuran terakhir di Plataea, Greek.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tentera Parsi telah tewas dan berundur dari tanah Greek.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika 7,000 pejuang Greek ini berfikir seperti Mahathir dan Mat Sabu, maka mungkin Greek telah mudah ditawan oleh Parsi dahulu dan rakyat Greek telah terpaksa menyembah api.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">SEBAB NAJIB BELI KAPAL SELAM<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam zaman moden ini, kebarangkalian untuk negara kecil menang peperangan berbanding negara besar telah meningkat berkali-kali ganda dengan bantuan teknologi dan strategi pertahanan yang baik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas Perang Dunia ke-2, negara China dan Rusia mempunyai rakyat dan jumlah tentera yang paling besar di dunia dan dalam sejarah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun dalam perang dingin yang menyusul, mereka masih tidak berjaya menewaskan Amerika Syarikat yang mempunyai jumlah tentera yang jauh lebih kecil.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini adalah kerana walaupun dengan saiz tentera yang separuh lebih kecil daripada China dan Rusia, tentera Amerika Syarikat mempunyai peralatan perang yang lebih canggih terutamanya pertahanan laut dengan kapal-kapal selam yang dilengkapi dengan peluru berpandu jarak jauh yang mana pergerakan dan lokasi kapal-kapal selam ini tidak dapat dikesan dan diketahui musuh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika pada ketika itu Rusia atau China menyerang Amerika Syarikat dengan sejuta bala tentera sekalipun, Amerika Syarikat hanya memerlukan salah satu daripada kapal-kapal selamnya sahaja untuk menembak peluru berpandu jarak jauh dari lokasi yang tidak diketahui ke negara Rusia atau China dan membunuh berjuta rakyat negara tersebut sebagai tindakan balas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab inilah sehingga kini perang dunia ke-3 tidak berlaku, kerana kuasa-kuasa besar saling menghormati keupayaan pertahanan masing-masing dan berhati-hati kerana kemungkinan tindakan balas, tidak kira negara itu lebih kecil atau besar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebab itu juga semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan, beliau telah menguatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia dengan perkakasan tempur yang moden termasuk dua kapal selam, supaya kita dihormati di mata negara-negara lain sama ada kawan ataupun lawan, atau sekurang-kurangnya kita tidak mengundang banyak pencerobohan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Banyak kritikan dibuat oleh ahli-ahli politik PH atau konco-konco mereka terhadap langkah pemodenan angkatan tentera oleh Najib termasuk pembelian dua kapal selam tersebut sehingga ada yang mencadangkan supaya kita menjualnya semula, namun melelong aset ketenteraan bukanlah satu langkah yang bijak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kesiapsiagaan pertahanan negara bukanlah satu komoditi perniagaan yang boleh dijual beli.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Malaysia adalah sebuah negara maritim.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebahagian besar daripada sempadan kita dikelilingi oleh lautan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sebagai sebuah negara maritim, adalah tidak masuk akal jika kita mempunyai tentera laut yang lemah. Sebab itu Najib beli kapal selam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sudah tentu kapal selam kita tidaklah sekuat kapal selam Amerika Syarikat, namun ia adalah suatu permulaan ke arah yang betul.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sama ada kita sedar atau tidak, negara jiran kita yang jauh lebih kecil iaitu Singapura mempunyai enam buah kapal selam berbanding kita yang hanya ada dua.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">KEMUNGKINAN SINGAPURA MENAKLUK MALAYSIA?<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika kita tidak ada kekuatan tentera untuk memantau perairan dan sempadan negara kita, maka bukan sahaja kita berhadapan dengan risiko negara yang lebih besar menceroboh dan menyerang kita, namun kita juga berhadapan dengan risiko negara yang lebih kecil atau kumpulan pengganas menceroboh dan menyerang, seperti yang berlaku di Lahad Datu sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dalam sejarah, negara Jepun yang jauh lebih kecil daripada negara China telah menyerang dan menakluk jajahan China sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1894, 1931 dan 1937.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dan dalam perang Yom Kippur pada tahun 1973, tentera Israel yang lebih kecil dengan seramai 415,000 tentera telah menewaskan gabungan tentera liga Arab dari Mesir dan Syria dengan kekuatan dua kali ganda lebih besar iaitu seramai 950,000 tentera.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya Angkatan Tentera Malaysia dinyahtentera atau dilemahkan mengikut cadangan pemimpin-pemimpin kerajaan PH atau konco-konco mereka termasuk taikun perniagaan kroni DAP Koon Yew Yin, tentunya negara-negara jiran seperti Singapura yang jauh lebih kecil daripada Malaysia akan mempunyai keupayaan tentera yang lebih kuat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Singapura mempunyai angkatan tentera yang agak signifikan walaupun ia adalah sebuah negara kecil.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Jika Malaysia tidak ada angkatan tentera atau mempunyai angkatan tentera yang lemah, negara kecil seperti Singapura atau Israel pun tentunya akan berani untuk menjajah kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya ini berlaku, kita akan menjadi seumpama seorang pondan tua yang berbadan sederhana tetapi tidak ada otot dan kekuatan langsung.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kita akan dicemuh dan berani diceroboh oleh musuh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Angkatan tentera bukan sahaja diperlukan untuk menangani ancaman dari luar, tetapi juga dari dalam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selepas Perang Dunia ke-2 semasa zaman Darurat, Tanah Melayu dan Borneo telah diserang oleh pengganas komunis kerana pada ketika itu negara kita tidak ada angkatan tentera yang mencukupi sebaik sahaja selepas tentera British dan Jepun berundur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya pasti, jika angkatan tentera lemah, maka zaman Darurat boleh berlaku lagi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">&#8230;&#8230;..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">DALAM SEJARAH DUNIA, LANGKAH PERTAMA UNTUK MENGHAPUSKAN INSTITUSI BERAJA DAN MENUBUHKAN REPUBLIK ADALAH DENGAN MELEMAHKAN ANGKATAN TENTERA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Apabila angkatan tentera tiada atau menjadi lemah, negara akan menjadi kacau bilau.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini memberi peluang kepada segelintir pihak untuk menghasut rakyat untuk mencetuskan revolusi supaya menjatuhkan institusi beraja dan menjadi sebuah negara republik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Perkara ini telah banyak berlaku dalam sejarah di mana banyak institusi beraja telah jatuh apabila angkatan tentera menjadi lemah atau dihasut untuk memberontak menentang raja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada tahun 1918, Maharaja Empayar Rusia yang terakhir iaitu Tzar Nicholas II dan keluarga diraja Romanov telah dijatuhkan dalam revolusi Rusia selepas angkatan tentera Rusia menjadi lemah dengan kekalahan dalam perang Rusia-Jepun pada tahun 1905 dan perang dunia pertama pada tahun 1914.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Tzar Nicholas II dan keluarganya telah dibunuh dan berakhirlah institusi beraja di Rusia; Rusia telah menjadi negara republik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di Perancis pada akhir kurun ke-18, beribu-ribu pegawai dan askar yang setia kepada raja telah terpaksa keluar tentera dan meninggalkan Perancis kerana masalah ekonomi negara yang teruk.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Akibatnya, ia telah melemahkan angkatan tentera Perancis yang sebelum itu mendukung institusi beraja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pada tahun 1789, revolusi telah tercetus yang menyaksikan berakhirnya riwayat institusi beraja di Perancis.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Di China pada akhir kurun ke-19, kuasa-kuasa besar dari barat telah memaksa negara China untuk membenarkan import candu dan ini telah menyebabkan masalah ketagihan candu di kalangan rakyat dan tentera China.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ramai rakyat dan askar dalam angkatan tentera China semasa akhir pemeritahan Dinasti Qing telah menjadi lemah, dan dengan peralatan perang yang ketinggalan zaman, tentera China telah kalah dalam beberapa siri pertempuran dengan kuasa luar dan tentera Jepun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Dengan kelemahan angkatan tentera China ini, terjadi beberapa siri kacau bilau di dalam negeri yang berakhir dengan Revolusi Xinhai pada tahun 1911 yang telah menamatkan Dinasti beraja Qing dan menukar China menjadi sebuah republik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya pasti ada faktor-faktor lain yang menyebabkan kejatuhan institusi beraja di negara-negara di atas.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Saya tidak kata apabila angkatan tentera menjadi lemah ia adalah satu-satunya faktor yang telah menyebabkan revolusi di negara-negara di atas yang telah mengakibatkan kejatuhan institusi beraja dan penubuhan negara republik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun jika angkatan tentera menjadi lemah, ia adalah antara faktor pemangkin utama kepada kejatuhan institusi beraja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, jika kita kaji dan belajar dari sejarah, maka tidak mustahil sekiranya ada pihak yang ingin menjatuhkan institusi beraja di sesebuah negara, pihak tersebut akan cuba melemahkan angkatan tentera dahulu seperti yang berlaku di China pada akhir kurun ke-19.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">\u2026\u2026..<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">TAIKUN BOLEH KUMPUL KEKAYAAN SEBAB NEGARA TENTERAM HASIL USAHA ANGKATAN TENTERA DAN PASUKAN KESELAMATAN<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Yang Dipertuan Agong adalah ketua Angkatan Tentera Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Menghina angkatan tentera adalah sama dengan menghina Yang Dipertuan Agong.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sesiapa yang menghina Angkatan Tentera dan Yang Dipertuan Agong perlu diambil tindakan serius dan tidak hanya boleh dilepaskan dengan hanya meminta maaf.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Pengorbanan anggota tentera adalah besar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Gaji mereka bukannya banyak berbanding dengan gaji orang lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Namun mereka sanggup bersiap siaga untuk menggadai nyawa pada bila-bila masa yang diperlukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Kekayaan yang dikumpul dan dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia hanya boleh dicapai sekiranya negara aman, tenteram dan berdaulat serta tidak terjerumus ke dalam konflik.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekiranya angkatan tentera tiada, amat sukar untuk dibayangkan jika negara akan terus aman, tenteram, dan berdaulat untuk rakyat mengumpul kekayaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Oleh itu, jika kita tidak mampu mengangkat senjata dan berkorban nyawa untuk negara, sekurang-kurangnya hormatilah angkatan tentera dan pasukan keselamatan dan jangan caci mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Selamat Hari Merdeka ke-62.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Semoga Allah melindungi kita semua.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik pelindung -Surah Ali Imran, Ayat 173.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">ISHAM JALIL<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">21 Ogos 2019<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">P\/S: Esei ini adalah sedikit panjang dari biasa. Ia adalah gabungan 9 artikel yang saya tulis baru-baru ini yang saya siarkan terus sekali.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sesuatu yang rumit dan penting seperti pertahanan negara sukar untuk ditulis dengan hanya beberapa perenggan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Ini kerana pada hemat saya pengorbanan anggota tentera dan pasukan keselamatan negara perlu diberikan penekanan dan lebih perhatian.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 12pt; font-family: arial, helvetica, sans-serif;\">Sekian, terima kasih, salam.<\/span><\/p>\n<p>https:\/\/www.facebook.com\/220524935369705\/posts\/517430322345830?s=1180765013&#038;sfns=mo<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DALAM SEJARAH DUNIA, LANGKAH PERTAMA UNTUK MENGHAPUSKAN INSTITUSI BERAJA DAN MENUBUHKAN REPUBLIK ADALAH DENGAN MELEMAHKAN ANGKATAN TENTERA (Esei dan gabungan sembilan artikel pendek berkenaan Angkatan Tentera Malaysia dan pertahanan negara sempena Hari Kemerdekaan ke-62) Oleh: ISHAM JALIL Baru-baru ini Perdana Menteri Dr Mahathir berkata di satu persidangan antarabangsa bahawa jika mana-mana negara mahu menyerang Malaysia, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":11306,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"jnews-multi-image_gallery":[],"jnews_single_post":{"override_template":"0","override":[{"template":"1","parallax":"1","fullscreen":"0","layout":"right-sidebar","sidebar":"default-sidebar","second_sidebar":"default-sidebar","sticky_sidebar":"1","share_position":"top","share_float_style":"share-monocrhome","show_share_counter":"1","show_view_counter":"1","show_featured":"1","show_post_meta":"1","show_post_author":"1","show_post_author_image":"1","show_post_date":"1","post_date_format":"default","post_date_format_custom":"Y\/m\/d","show_post_category":"1","show_post_tag":"1","show_prev_next_post":"1","show_popup_post":"1","number_popup_post":"1","show_author_box":"0","show_post_related":"1","show_inline_post_related":"0"}],"override_image_size":"0","image_override":[{"single_post_thumbnail_size":"crop-500","single_post_gallery_size":"crop-500"}]},"jnews_primary_category":{"id":""},"jnews_override_bookmark_settings":[],"jnews_review":[],"enable_review":"","type":"","name":"","summary":"","brand":"","sku":"","good":[],"bad":[],"score_override":"","override_value":"","rating":[],"price":[],"jnews_override_counter":[],"jnews_post_split":{"enable_post_split":"0","post_split":[{"template":"1","tag":"h2","numbering":"asc","mode":"normal"}]},"footnotes":""},"categories":[61,212],"tags":[382,500,381,332,242],"class_list":["post-11303","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","category-utama","tag-angkatan-tentera-malaysia-atm","tag-isham-jalil","tag-mat-sabu","tag-merdeka","tag-tun-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11303","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11303"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11303\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11307,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11303\/revisions\/11307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11303"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11303"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/editormalaysia.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11303"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}